KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Friday, June 24, 2011

TINGKAHLAKU DEVIAN


PDFCetakE-mail

Domain Tingkah Laku Devian mempunyai sembilan indikator seperti yang disenarikan dalam jadual 13. Skor domain tingkah laku devian hanya menunjukkan peningkatan yang sidikit kepada 87.8 berbanding dengan skor 87.4 dalam tahun 2006. Skor domain ini berada di tahap SANGAT BAIK.

Beberapa rumusan yang boleh dibuat berdasarkan indikator domain tingkah laku devian ini:


  • Terdapat pertambahan sedikit dari segibelia yang suka melepak dan yang suka membaca bahan lucah berbanding dengan tahun 2006
  • Belia yang suka menghisap rokok, meminum minuman keras dan yang suka berjudi berkurang sedikit berbanding dengan tahun 2006
  • Belia yang mengaku tidak mengambil dadah juga menunjukkan peningkatan yang sedikit sahaja.



Wednesday, June 22, 2011

OBESITI DAN KANAK-KANAK

leh NOOR AZMAH IBRAHIM

Semua ibu bapa mahu melihat anak-anak sihat dengan memastikan mereka mendapat makanan yang cukup serta berkhasiat. Meskipun begitu, ada di antara ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak sehingga gagal mengawal pemakanan mereka. Pengambilan makanan yang berlebihan serta tidak sesuai menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. Meskipun masalah tersebut adalah biasa di kalangan kanak-kanak, namun ia sukar dirawat.

obesity.jpg

Walaupun banyak usaha boleh dilakukan, ramai kanak-kanak obes akan terus mengalami kelebihan berat badan sepanjang hayat mereka. Situasi ini boleh menyebabkan kenaikan dalam kes sakit jantung, diabetes dan juga sesetengah jenis barah di dalam beberapa dekad yang akan datang.

Setiausaha Persatuan Pediatrik Gastroentorologi dan Pemakanan Eropah, Dr. Johannes Taminuau berkata, ibu bapa harus memainkan peranan untuk menghalang anak-anak mendapat obesiti sejak dari awal. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak yang obes akan terus mengalami kelebihan berat badan sepanjang hayat mereka.

“Merujuk kepada kajian terbaru, semakin awal kanak-kanak menjadi obes, semakin obeslah mereka di kemudian hari.

“Dengan ini, risiko mereka mengidap penyakit kronik juga meningkat,” katanya.

Pensyarah dari Universiti Amsterdam, Belanda ini berkata demikian semasa menyampaikan ceramah yang bertajuk Obesiti: Adakah Anak Anda Berisiko Tinggi pada seminar Program Permulaan Pemakanan Ceria di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut Dr. Taminuau, ibu bapa yang mempunyai anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Ia juga memerlukan kefahaman tentang masalah ini dan menekankan kepentingan tabiat makanan yang sihat.

Jelas beliau, cara yang terbaik ialah dengan mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatrik, pakar pemakanan atau pakar diet kerana obesiti adalah satu keadaan yang kompleks.

“Nasihat pakar penting bagi mengelak penggunaan teknik-teknik diet yang mungkin memberi kesan buruk.

“Suplimen untuk mengurangkan berat badan dan lain-lain penawar juga mungkin membahayakan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak,” tegasnya.

Namun begitu, kata beliau, bantuan pakar tidak menjamin keputusan yang positif.

Faktor-faktor yang menyebabkan obesiti

Obesiti di kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah keturunan atau struktur genetik. Dr. Taminuau menyatakan, hampir 35 peratus kes obesiti dikesan di kalangan kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka mempunyai berat badan normal. Namun begitu, secara amnya, kanak-kanak mempunyai risiko menjadi obes yang lebih tinggi jika ibu bapa mereka juga obes.

Bercakap dengan lebih lanjut tentang peranan genetik, Dr. Taminuau menyebut bahawa sesetengah gen seperti leptin, MC4R, MC3R dan protein berkaitan agouti mengawal selera dan rasa kenyang.

“Kajian ke atas tikus menunjukkan ketidakseimbangan ke atas gen-gen ini boleh menyebabkan kecenderungan untuk makan dengan lebih.

“Walaupun ini merupakan satu maklumat yang menarik, masih terlalu awal untuk kita boleh mengurus masalah obesiti menerusi gen,” katanya.

Tambah beliau, obesiti terjadi apabila terdapat kelebihan tenaga yang positif iaitu berlaku pengambilan makanan lebih dari apa yang diperlukan. Situasi begini wujud apabila kita makan dengan berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal.

“Sebenarnya, badan yang gemuk bukan hanya menyimpan lemak, tetapi ia juga mengandungi otot pejal.

childobesity.jpg

“Jika kita lebih berat, maka lebih banyaklah otot pejal yang diperlukan untuk bergerak dan penggunaan tenaga sewaktu rehat juga lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal,” katanya.

Jelas Dr. Taminuau, hal ini berkaitan dengan faktor belajar yang mana kanak-kanak mencontohi tabiat makan yang kurang sihat seperti makan dengan berlebihan seperti mana yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Sehubungan itu, ibu bapa mesti menjadi teladan yang baik dan mengamalkan tabiat makan yang sihat untuk kebaikan anak-anak mereka.

“Makan dengan berlebihan menyebabkan kanak-kanak menjadi obes. Apabila mereka obes, kanak-kanak cenderung untuk terus makan dengan berlebihan kerana mereka memerlukan lebih tenaga untuk bergerak.

“Jika kita membiarkan kanak-kanak memupuk tabiat makan dengan dengan berlebihan ia boleh menyebabkan satu kitaran yang sukar diputuskan,”tegasnya.
Menurut Dr. Taminuau, ibu bapa mesti terlibat secara aktif di dalam program pengurangan berat badan anak mereka yang obes. Ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengikuti program pengurangan berat badannya jika ibu bapa turut mengambil bahagian.

“Senaman yang banyak mungkin tidak dapat membantu kanak-kanak mengurangkan berat badan dengan dramatik.

“Namun demikian, adalah mustahak bagi kanak-kanak mengikut pelan aktiviti fizikal yang bersesuaian kerana tahap lemak badan berkait secara langsung dengannya,” katanya.

Di samping itu, ibu bapa juga perlu memantau pengambilan makanan kanak-kanak sebagai langkah pertama. Jelas Dr. Taminuau, makanan karbohidrat kompleks (berkanji) adalah mengenyangkan dan mengurangkan kemungkinan untuk makan dengan berlebihan.

“Lemak penting bagi kanak-kanak mendapatkan tenaga, tetapi pengambilan lemak berlebihan akan menyebabkan 90 hingga 95 peratus daripadanya disimpan sebagai lemak di dalam badan.

“Sementara karbohidrat pula, walaupun tenaga berlebihan darinya juga akan disimpan sebagai lemak di dalam badan, jumlahnya adalah lebih kurang 10-20% lebih rendah lemak,” katanya.

Tambahnya, walaupun makanan berprotein adalah penahan selera yang paling mujarab, namun ibu bapa dinasihatkan tidak mengamalkan diet tinggi protein dalam mengurangkan berat badan anak-anak kerana ia mungkin merbahaya.

“Lebih baik menggalakkan pengambilan serat yang tinggi seperti makanan kekacang, buah-buahan dan semua jenis sayur-sayuran kerana ia juga turut mengenyangkan.

“Makanan-makanan ini juga rendah lemak dan mengandungi kandungan tenaga yang rendah ke sederhana,” katanya lagi.

Oleh kerana lebih mudah untuk mengawal pengambilan cecair berbanding makanan pepejal, ibu bapa dinasihat mengehadkan pengambilan minuman bergula. Ini kerana rasa manis menggalakkan makanan dimakan dengan lebih cepat dan pengambilan lemak sebanyak 11 peratus.

ANTIBIOTIK DAN KESANNYA

“Sejak belasan tahun yang lampau,saya tidak pernah mengambil antibiotik dan pil tahan sakit.Jika pil tahan sakit yang diberikan doktor biasanya saya hanya makan beberapa biji dan membuang selebihnya.Bukannya kerana saya lebih informatif tentang bahaya kedua2 jenis dadah ini,tetapi kerana sifat semulajadi saya mungkin,TAK SUKA MAKAN UBAT. Hari ini saya bershukur kerana tabiat TAK SUKA MAKAN UBAT belasan tahun yang lampau rupanya membawa kabaikan setelah membaca banyak perkara mengenai apakah sebenarnya ubat2 yang diperkatakan olih ramai doktor2 yang menjadi bebas setelah mereka bersara dari bidang perubatan. Info2 mengenai pelbagai jenis UBAT bolih didapati dengan mudah melalui internet jika kita rajin mencari dari pelbagai sumber.Terima Kasih kepada teknologi komunikasi yang amat berguna ini. Saya telah memuatkan penulisan salah seorang doktor yang telah menjadi bebas mengenai bahaya penggunaan antibiotik terutamanya pada jangkamasa lama atau diambil dengan kadar kekerapan yang tinggi. Statistik menunjukkan dadah antibiotik adalah penyebab tunggal jenis dadah yang menyebabkan kegagalan fungsi hati.Dadah jenis ini adalah penyumbang utama kepada 13 peratus kepada penyakit kronik berkaitan kegagalan fungsi hati. Kecederaan pada hati bolih disebabkan olih Perskripsi dan bukan perskripsi perubatan Supplimen kesihatan Dan produk2 herba Didalam penyelidikkan yang dilakukan olih Indiana University School of Medicine menyatakan penyumbang kepada kegagalan fungsi hati 75 peratus disebabkan olih perskripsi perubatan,9 peratus supplimen permakanan dan 18 peratus olih agen pelbagai.Pesakit Pesakit yang menggunakan dadah acetaminophen yang berkaitan dengan kerosakkan hati tidak termasuk dalam kajian ini.- [American Gastroenterology Association, news release, Dec. 1, 2008]. Antibiotik adalah penyebab kepada kematian yang dikaitkan dengan kecederaan hati iaitu 45 peratus.Penyebab lain adalah dadah berkaitan sistem deria ( 15 % ).Ini meletakkan dadah antibiotik sebagai dadah yang amat merbahaya. Sementara itu dadah antibiotik ISOMIAZID,MACROLIDES ( jenis erythromycin ),PINICILLIN,CLAVULANIC ACID ( Augmentin ),SULPHONAMIDES,NITRO ( macrobid ) dan TETRACYCLINE memberi kesan toksid yang teruk kepada beberapa induvidu terpilih terutamanya penyakit berkaitan hati.. Saya sedikit terganggu apabila mendengar teman doktor saya menskripsi ERYTHRONYCIN kepada pesakit bengkak korongkong.Tidakkah mereka tahu ia sejenis antibiotik bertoksid?.Ia mempunyai reputasi yang amat buruk semenjak tahun 1960an lagi semasa saya masih belajar di sekolah perubatan.Ia tidak lagi patut digunakan apa lagi dalam keadaan sekarang dimana pinisilin dan dadah2 yang diketogorikan sebagai selamat telahpun gagal. Kebanyakkan dadah antibiotik bersifat pembunuh.Saya tidak akan memberikannya kepada anda kecuali ia benar2 terdesak atau penyakit anda benar2 sedang mengancam nyawa anda.Saya lebih suka menggunakan 50 hingga 100 gm vitamin C dari dadah antibiotik.Lagi pun vitamin C lebih selamat dan pantas bertindakbalas. Orang tidak sepatutnya menggunakan antibiotik sedangkan terdapat lebih 1000 herba alternatif yang berfungsi sebagus antibiotik.-“Prof. Keith Scott-Mumby” http://www.cafemlm.com/mengenai-kanser/apa-kata-pakar Apakah sebenarnya antibiotik dan apakah fungsinya Antibiotik adalah dadah yang membunuh atau melambatkan pertumbuhan bakteria. Antibiotik adalah salah satu kelas antimikrob, kumpulan yang lebih besar yang juga termasuk ubat anti-virus, anti-kulat, dan anti-parasit. Antibiotik merupakan bahan kimia yang dihasilkan oleh atau berasal dari mikroorganisme (bug atau atau kuman seperti bakteria dan kulat). Antibiotik pertama yang ditemui oleh Alexander Fleming pada 1928. Antibiotik adalah salah satu ubat yang paling sering diperskripsikan dalam rawatan moden.Beberapa antibiotik adalah 'bakterisida'( berungsur bakteria ), yang bererti bahawa mereka bekerja dengan membunuh bakteria. antibiotik lain adalah 'bakteriostatik', yang bererti bahawa mereka bekerja dengan menghentikan bakteria membahagi. Terdapat lebih daripada 10,000 jenis antibiotik yang beredar dipasaran dan setiap tahun jenis2 dadah antibiotik dihasilkan didalam makmal diseluruh dunia khususnya di Amerika. Setiap jenis antibiotik yang berbeza mempengaruhi bakteria berbeza dalam cara yang berbeza. Misalnya, antibiotik boleh menghalang keupayaan bakteria untuk mengubah glukosa menjadi tenaga, atau kemampuan untuk membina dinding selnya. Ketika ini terjadi, bakteria mati bukan membiak. Beberapa antibiotik boleh digunakan untuk mengubati berbagai macam infeksi dan dikenali sebagai antibiotik 'luas spektrum'. Kandungan hanya berkesan terhadap beberapa jenis bakteria dan disebut antibiotik 'sempit-spektrum'. Perlu diketahui setiap kali anda mengambil antibiotik,akan terdapat beberapa jenis bakteria yang tidak dapat dibunuh dengan ubat2 tertentu.Pada jangkamasa panjang bakteria2 ini akan bermutasi dan lebih sukar dibunuh dengan antibiotik terdahulu.Ini akan menyebabkan doktor terpaksa menskripsi antibiotik yang lebih kuat.Proses ini akan berulang seandainya anda kerap sakit. Antibiotik yang lebih kuat bukan sahaja sangat mahal tetapi ia mempunyai kesan sampingan yang lebih teruk Adalah mustahak untuk diketahui,antibiotik tidak bolih diambil sekiranya anda tidak memerlukannya Seperkara lagi antibiotik yang anda ambil kekal didalam tubuh anda dan ia bolih diwarisi olih keturunan dibawah anda melalui perkahwinan.Dalam ertikata lain sekiranya anda telah mengambil antibiotik yang kuat untuk penyakit yang anda hadapi semasa remaja,kemungkinan besar anak anda akan memerlukan antibiotik yang lebih kuat dari yang diambil olih anda untuk jenis penyakit yang sama atau kadangkala penyakit yang berbeza.”

Read more about ANTIBIOTIK DAN KAITANNYA DENGAN KANSER | cafemlm.com on:
http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/antibiotik-dan-kaitannya-dengan-kanser.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&

TENAGA BIOMAS



Proses penghasilan tenaga biomas.

Dengan krisis minyak serta makanan yang semakin meruncing bahan api alternatif yang baru senantiasa dicari antaranya termasuklah tenaga nuklear,tenaga solar,tenaga biomass,tenaga angin,tenaga geoterma,tenaga ombak.Malahan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan sekarang dapat menghasilkan sumber bahan api bukan fosil seperti biofuel dan biodiesel yang berasaskan tumbuhan.



Apakah itu biomas? Tenaga biomas atau biojisim merujuk kepada bahan api berasakan tumbunan atau haiwan.Tenaga biomas dihasilkan apabila tumbuhan atau sisa haiwan terpilih setelah melalui proses tertentu sehingga menghasilkan gas metana dan etanol ( akibat tindak balas mikroganisma) namun begitu gas metana walaupun merupakan antara bahan api paling baik ia turut mencemarkan alam sekitar.Kelebihannya ialah semua lebihan atau sisa pertanian dan haiwan dapat digunakan sebagai tenaga biomas( tenaga boleh diperbaharui).Malahan tumbuhan seperti jagung dan soya turut berpotensi menjana tenaga biomass.Amerika Syarikat membangun tenaga ini melalui penyelidikan yang berterusan terhadap jagung dan kacang soya.Daripada penyelidikan tenaga biomas ini maka terhasillah biofuel ( iaitu gas etanol,metanol,biodesel dan metana)


Malaysia sebenarnya sangat berpotensi untuk memajukan tenaga biomas dan biofule.kita mempunyai banyak sisa tumbuhan terutamanya kelapa sawit.Sejak dulu lagi rakyat Malaysia sudah terdedah kepada tenaga biomas.Sewaktu saya kecil dahulu orang tua saya menggunakan arang pada seterika untuk mengosok baju.Kayu bakau untuk mengahislkan arang sebenarnya merupakan tenaga biomas.Gentian kelapa sawit hasil penyelidikan merupakn sumber tenag biomas yang berguna untuk negara.Mengambil contoh India menggunakan najis lembu sebagai sumber bahan api untuk memasak.Oleh kerana lembu banyak di India( dianggap haiwan suci dan tidak digunakan untuk makanan) najisnya dibangunkan sebagai sumber tenaga alternatif.Najis lembu disimpan di dalam tangki di bawah tanah sehingga menghasilkan gas metana dan digunakan semula sebagi bahan api untuk memasak.Malahan tenaga elektrik turut dapat dijana di India apabila sisa tumbuhan turut digunakan oleh mereka.Sila rujuk sini
Di Malaysia tenaga biomas boleh dijana daripada sekam padi,sisa tebu,tandan kosong kelapa sawit atau pun reja kayu.Semoga penyelidikan yang berterusan akan dapat membangun tenaga ini seterusnya dapat menyumbang kepada sumber tenaga elektrik negara.

BIOJISIM

Biojisim merujuk kepada tenaga yang dijana dari reputan benda-benda hidup. Bahan-bahan ini boleh digunakan sama ada sebagai bahan api atau dalam industri. Selalunya, biojisim merujuk kepada pohonan yang ditanam untuk digunakan sebagai bahan api bio, tetapi reputan pohon atau haiwan yang digunakan dalam penghasilan serat, bahan kimia atau haba juga boleh dikategorikan sebagai biojisim. Selain itu, buangan terbiodegradasikan yang boleh dibakar sebagai bahan api juga dikira sebagai biojisim. Namun bahan organik yang telah ditukar oleh proses geologi kepada bahan seperti arang batuatau petroleum tidak dianggap sebagai biojisim.

Dalam industri minyak sawit, pelepah dan sisi perahan tandan sawit telah digunakan sebagai biojisim bagi memasak buah sawit sebelum diperah bagi mengeluarkan minyaknya.

Monday, June 20, 2011

KANSER KOLOREKTAL BOLEH DIRAWAT


perut-lagi

sakit perut tidak boleh ambil mudah

PAKAR kesihatan memang tidak menafikan bahawa kebanyakan penyakit manusia berpunca dari perut. Ini bermakna tabiat pemakanan menjadi punca utama kenapa seseorang boleh diserang penyakit. Sakit perut biasa memang tidak tidak sama dengan kesakitan yang dialami individu apabila ada ketidakstabilan pada bahagian berkenaan.Ketidakstabilan tersebut mungkin tanda-tanda kehadiran penyakit yang lebih serius termasuk kanser kolorektal iaitu membabitkan bahagian antara usus besar hingga ke rektum.

Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata memang sukar untuk mengenal pasti simptom penyakit kanser kolorektal kerana ia perlu diteliti dari pelbagai aspek. Dr. Jonah berkata simptom awal bermula dengan gastrik, banyak angin di perut, susah membuang air besar atau sembelit. Sembelit yang dimaksudkan di sini ialah keadaan di mana seseorang itu tidak membuang air besar dalam masa hingga sebulan. Kebanyakan kes kanser kolorektal ini menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Bagaimanapun ada juga yang terkena pada usia yang lebih muda. Tambahnya, kepayahan membuang air besar itu biasanya disertai titisan darah dengan kadar yang agak banyak.

Sakit perut merupakan peringkat terakhir kesakitan yang berlaku apabila wujud komplikasi seperti kebocoran. Ketika peringkat ini rawatan segera amat diperlukan. Menurut Dr. Jonah, ketidakseragaman tabiat membuang air besar juga adalah salah satu simptom kanser kolorektal. Selain itu, seperti kebanyakan kanser lain simptom berat badan menyusut juga perlu diawasi.

Diagnosis awal selamatkan nyawa

Ujar Dr. Jonah lagi jangan risau dengan ujian kerana itulah saja cara untuk kita mengesan penyakit dan melakukan rawatan sebaiknya. Kecanggihan penciptaan teknologi perubatan menghasilkan satu alat berbentuk sudu kecil untuk mengesan ketumbuhan di bahagian dubur dan rektum. Pada peringkat awal kanser, pemeriksaan boleh dilakukan dengan hanya memasukkan jari sahaja. Daripada kemasukan jari tersebut doktor akan dapat mengesan sama ada terdapat ketumbuhan di bahagian tersebut. Kemudian pesakit disarankan datang semula untuk ujian kolonoskopi di mana sedikit tisu diambil dan dihantar untuk ujian di makmal. Jika ketumbuhannya kecil sahaja ia boleh terus dibuang dengan scoop dan tidak perlu dibedah

Menurut Dr. Jonah lagi, semua jenis kanser di bahagian usus besar bermula dengan polip dan boleh dikatakan sebanyak 60 peratus polip berpeluang menjadi kanser. Hanya apabila ujian makmal memberitahu bahawa polip tersebut mengandungi sel kanser, barulah pembedahan dibuat, jika tidak pembedahan mungkin tidak perlu. Lebih baik jika individu yang berpotensi menjalani ujian najis. Ujian ini sangat penting bagi mengesan sama ada wujud pendarahan dalam najis akibat pendarahan dalam usus besar. Jika hospital yang merawat tidak menyediakan perkhidmatan tersebut, anda boleh membuat permintaan untuk dirujuk ke hospital lain.

Siapa yang berpotensi hidapi kanser kolorektal?

Biasanya ia berpunca daripada keturunan atau genatik dan jika mengikut etnik pula, orang Jawa ramai yang mengalaminya. Mereka yang tidak makan makanan yang kaya dengan serat juga berpotensi menghidap kanser kolorektal. Dr. Jonah menasihati agar mengamalkan cara hidup yang sihat, makan sayuran lebih, berserat tinggi, banyakkan minum air masak, elakkan alkohol, rokok dan makanan yang pedas.

GREEN BILLING

Monday, April 11th, 2011 11:28:00

PETALING JAYA: Green Billing — an eco-friendly mobile phone billing system developed by PJ-based Sedania Corporation Sdn Bhd — was the only Asian nominee at the Mobile Premier Awards 2001 during the Mobile World Congress in Barcelona, Spain, early this year.

In a statement, Sedania group chief executive officer Azrin Mohd Noor, said: “It is a great honour to receive this global recognition. It shows our dedication and passion in creating innovative solutions that are eco-friendly for our customers. We see it as our responsibility to help our customers take the initial step to fight climate change.

"With the threat of global warming and rising energy costs, producing green technology solutions such as Green Billing helps to reduce carbon footprint and minimise waste. Green Billing also helps mobile operators save costs by eliminating the printing and physical mailing of statements."

Developed with green practices in mind, Green Billing allows paperless phone bills to be sent to customers directly into their mobile phones, anywhere, at anytime. Customers can pay bills using mobile devices, thus avoiding late payments and penalty fees.

Azrin, an eco-entrepreneur, said: “It is our responsibility here at Sedania to drive awareness and create a push factor for eco-friendly products. We want our upcoming generation to enjoy a healthy and greener earth in the future. That is why we will continue investing our time and energy in research and development of green technology solutions.”

Green Billing was also recently listed as a finalist for best mobile applications at the NEF-Awani ICT Awards 2010 co-organised by PJ-based New Entrepreneur Forum (NEF) and Astro's Awani channel.

TEKNOLOGI URUS SAMPAH SISTEMATIK


Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

BUSUK, jijik dan kotor merupakan senario yang sering dilihat di kebanyakan pusat pengurusan serta pengendalian sampah di negara ini.

Sesuatu yang agak mendukacitakan kerana apalah erti pembangunan moden dan canggih jika urusan pengendalian sisa domestik dan sampah sarap ini masih tidak dapat dikendalikan secara bersistem.

Bukan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi itulah realiti yang berlaku terutamanya di kawasan-kawasan kediaman, pejabat dan juga pusat membeli belah.

Melihat permasalahan itu, ia sebenarnya memberi cabaran besar kepada kerajaan terutama di bahagian pembangunan untuk menyediakan mekanisme dan kaedah mengurus sampah lebih berkesan sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Ini kerana, selagi terdapat kehidupan di muka bumi ini, selagi itu sampah akan terus dihasilkan.

Secara umumnya di Malaysia, kebanyakan urusan pengendalian sampah masih mengaplikasi cara konvensional iaitu menggunakan lori sampah untuk memungut dan mengumpul bahan buangan.

Cara tersebut bukan sahaja melibatkan kos operasi yang tinggi, malah turut menyumbang beberapa masalah seperti tong sampah berbau, bunyi bising, kapasiti terhad, mengambil masa yang lama, merbahaya dan memerlukan ruang laluan lebih besar serta pekerja yang ramai.

Membawa kemudahan pengurusan dan pengumpulan sampah bersistematik, sebuah syarikat kejuruteraan tempatan, AWC Berhad (AWC) memperkenalkan teknologi Sistem Pengurusan Sampah Automatik (STREAM AWCS).

Menerusi cara itu, sampah perbandaran dan domestik akan dibawa menggunakan rangkaian saluran bawah tanah berkelajuan tinggi untuk dikumpulkan dalam tong tertutup.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan AWC Berhad, Azmir Merican Azmi Merican, inovasi yang dibangunkan syarikatnya mampu melaksanakan kerja-kerja pengurusan sampah secara lebih cepat, senyap, efisien dan mempunyai kadar kebersihan maksimum.

''Pembangunan teknologi ini diintegrasikan ketika proses pembinaan sesebuah bangunan di mana saluran paip diletakkan di bawah tanah.

''Dengan cara ini, sampah-sampah dapat dikumpulkan ke satu pusat pengumpulan secara kerap, tidak dapat dilihat, bersih, tidak diganggu haiwan liar dan tidak berbau. Ia juga menjimatkan tenaga dan ruang.

''Teknologi ini terbahagi kepada dua iaitu sistem graviti dan juga vakum penuh di mana ia sesuai digunakan di kawasan kediaman dan bangunan-bangunan sofistikated seperti lapangan terbang, pejabat dan pusat membeli-belah,'' katanya pada taklimat media mengenai teknologi itu di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Setakat ini, teknologi STREAM AWCS telah digunapakai di beberapa bangunan kediaman dan pejabat di sekitar lembah Klang.

Antaranyai Kondominium Kia Peng di KLCC, bangunan Maju Junction, Kompleks Kediaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan.

Meluaskan teknologi berkenaan ke peringkat antarabangsa, AWC turut membawa STREAM AWCS untuk diaplikasikan di beberapa negara seperti Singapura dan juga Abu Dhabi.BUSUK, jijik dan kotor merupakan senario yang sering dilihat di kebanyakan pusat pengurusan serta pengendalian sampah di negara ini.

Sesuatu yang agak mendukacitakan kerana apalah erti pembangunan moden dan canggih jika urusan pengendalian sisa domestik dan sampah sarap ini masih tidak dapat dikendalikan secara bersistem.

Bukan menyalahkan mana-mana pihak, tetapi itulah realiti yang berlaku terutamanya di kawasan-kawasan kediaman, pejabat dan juga pusat membeli belah.

Melihat permasalahan itu, ia sebenarnya memberi cabaran besar kepada kerajaan terutama di bahagian pembangunan untuk menyediakan mekanisme dan kaedah mengurus sampah lebih berkesan sekali gus meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Ini kerana, selagi terdapat kehidupan di muka bumi ini, selagi itu sampah akan terus dihasilkan.

Secara umumnya di Malaysia, kebanyakan urusan pengendalian sampah masih mengaplikasi cara konvensional iaitu menggunakan lori sampah untuk memungut dan mengumpul bahan buangan.

Cara tersebut bukan sahaja melibatkan kos operasi yang tinggi, malah turut menyumbang beberapa masalah seperti tong sampah berbau, bunyi bising, kapasiti terhad, mengambil masa yang lama, merbahaya dan memerlukan ruang laluan lebih besar serta pekerja yang ramai.

Membawa kemudahan pengurusan dan pengumpulan sampah bersistematik, sebuah syarikat kejuruteraan tempatan, AWC Berhad (AWC) memperkenalkan teknologi Sistem Pengurusan Sampah Automatik (STREAM AWCS).

Menerusi cara itu, sampah perbandaran dan domestik akan dibawa menggunakan rangkaian saluran bawah tanah berkelajuan tinggi untuk dikumpulkan dalam tong tertutup.

Menurut Ketua Eksekutif Kumpulan AWC Berhad, Azmir Merican Azmi Merican, inovasi yang dibangunkan syarikatnya mampu melaksanakan kerja-kerja pengurusan sampah secara lebih cepat, senyap, efisien dan mempunyai kadar kebersihan maksimum.

''Pembangunan teknologi ini diintegrasikan ketika proses pembinaan sesebuah bangunan di mana saluran paip diletakkan di bawah tanah.

''Dengan cara ini, sampah-sampah dapat dikumpulkan ke satu pusat pengumpulan secara kerap, tidak dapat dilihat, bersih, tidak diganggu haiwan liar dan tidak berbau. Ia juga menjimatkan tenaga dan ruang.

''Teknologi ini terbahagi kepada dua iaitu sistem graviti dan juga vakum penuh di mana ia sesuai digunakan di kawasan kediaman dan bangunan-bangunan sofistikated seperti lapangan terbang, pejabat dan pusat membeli-belah,'' katanya pada taklimat media mengenai teknologi itu di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Setakat ini, teknologi STREAM AWCS telah digunapakai di beberapa bangunan kediaman dan pejabat di sekitar lembah Klang.

Antaranyai Kondominium Kia Peng di KLCC, bangunan Maju Junction, Kompleks Kediaman Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan.

Meluaskan teknologi berkenaan ke peringkat antarabangsa, AWC turut membawa STREAM AWCS untuk diaplikasikan di beberapa negara seperti Singapura dan juga Abu Dhabi.

GENKIMO BAJA TEKNOLOGI HIJAU

GenKimo baja teknologi hijau


Dr. Ramli Mohd. Noor bangga dengan kejayaannya menghasilkan GenKimo di Serdang, baru-baru ini.


Penggunaan pelbagai jenis racun dalam pertanian menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.

Justeru penggunaannya perlu dihadkan dan digantikan dengan pelbagai mikroorganisma bermanfaat (IMO).

Selain menggantikan racun serangga, IMO boleh digunakan dalam proses penapaian sisa tanaman industri bagi makanan ternakan.

Hasil daripada silaj berkenaan bukan saja boleh digunakan bagi makanan ternakan tetapi juga sebagai baja sekali gus menghalau serangga dan mengurangkan bau busuk.

Justeru penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan kajian menghasilkan silaj makanan ternakan menggunakan IMO.

Mendapat pendidikan di Jepun, Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik, Dr. Ramli Mohd Noor menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan.

Bermula sebagai kajian sampingan, akhirnya Ramli berjaya menghasilkan silaj makanan ternakan menggunakan IMO tempatan.

Produk yang dinamakan GenKimo dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.

"GenKimo merupakan sejenis produk probiotik yang mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel.

"Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru-baru ini.

Produk GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan.

Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal daripada Korea menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal.

Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran tumbuhan dan ketahanan terhadap penyakit.

penapaian nutrien asli

"GenKimo bermula dengan pemprosesan silaj bagi memaksimumkan penapaian nutrien asli yang ada dalam tanaman foraj (daun) atau sisa industri pertanian.

"Silaj merupakan proses bagi menyimpan makanan ternakan dalam tempoh tertentu," katanya.

Secara asasnya, penapaian silaj berlaku secara biasa di bawah keadaan anerobik (tanpa oksigen) dengan kehadiran bakteria yang ada pada tanaman.

Bagaimanapun dalam bidang bioteknologi bilangan inokulan silaj atau bahan tambahan silaj akan ditambah bagi meningkatkan nutrien dan tenaga dalam silaj.

Bagi pelbagai aplikasi, Ramli menghasilkan tiga jenis GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.

GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair pribiotik bagi minuman ternakan.

Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa musim hujan.

"Kajian di ladang-ladang ternakan ruminan yang menggunakan GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang tidak menggunakannya," katanya.

GenKimo-1 untuk tanaman pula menggunakan konsep persekitaran hutan yang subur dengan mengumpulkan mikrob berguna dari sana.

Ramli berkata, aktiviti mikrob di hutan yang subur menghasilkan enzim dan asid amino yang baik untuk pereputan dan penghadaman serta meningkatkan bilangan mikrob berguna.

"Mikrob berguna ini amat baik untuk menghalang dan merencatkan bakteria jahat," katanya.

GenKimo-1 untuk tanaman amat sesuai bagi menggalakkan percambahan, tumbesaran, penghasilan dan keranuman produk tanaman.

Selain itu produk ini juga dapat meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman serta menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.

Produk berkenaan juga berupaya menambah daya ketahanan tumbuhan terhadap serangan serangga dan penyakit serta mampu memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.

Ramli berkata, GenKimo-bio pula merupakan makanan aditif (tambahan) ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.

"Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana tidak mengandungi bahan toksik.

"Ia juga berupaya meningkatkan metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan," katanya.

GenKimo-bio juga dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.

Produk GenKimo-composeed atau baja dalam bentuk serbuk mengandungi koloni bakteria terpilih pengurai bahan organik dan pengaktif mikrobial tanah.

Dr. Ramli berkata, produk berkenaan mampu menghasilkan baja organik bermutu tinggi serta mengekalkan mikrob efektif yang mampu memperbaiki kerosakan dan mengembalikan kesuburan fizikal, kimia dan biologi tanah.

"GenKimo-composeed juga mampu merangsang pertumbuhan yang baik serta meningkatkan daya ketahanan penyakit.

"Menyegarkan tanah dan memperbaiki agregat tanah," katanya.

Produk berkenaan mampu dikomersialkan memandangkan ia memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara seperti di Pingat Emas semasa BioMalaysia 2008 dan Pingat Perak semasa SITF 2009 di Seoul, Korea Selatan.

PERISIAN SUMBER TERBUKA

Apakah yang dikatakan perisian sumber terbuka? Adakah ia merupakan perisian percuma yang boleh digunakan sesiapa sahaja?

Daripada:

-Nor Salina, Batu Pahat.

APABILA berbincang berkenaan dengan perisian sumber terbuka, ramai yang mengaitkannya dengan perisian percuma.

Ia jauh sekali berbeza kerana perisian sumber terbuka atau open source mempunyai teori, model dan falsafahnya yang tersendiri.

Namun begitu, perisian berasaskan sumber terbuka ini sebahagiannya bercirikan perisian percuma.

Konsep perisian percuma dan perisian yang berasaskan komuniti sumber terbuka ini dimulakan oleh Richard Stallman.

Seterusnya, ia dikembangkan lagi dengan lebih spesifik dan tersusun dari segi konsep, perlesenan, perkongsian kod sumber, proses pembangunan perisian dan sebagainya oleh Bruce Perens dan Eric Raymond dalam tahun 1998.

Konsep perisian percuma yang diperkenalkan oleh Richard Stallman adalah perisian tersebut diedar secara percuma kepada sesiapa sahaja.

Konsep perisian sumber terbuka yang dipelopor oleh Bruce Perens dan Eric Raymond pula merujuk kepada perisian yang dibangunkan secara konsep yang sama diketengahkan oleh Richard Stallman.

Perisian berasaskan sumber terbuka merupakan perisian komputer yang boleh didapati dalam bentuk kod sumber asal dan para pengguna dibenarkan mempelajari, mengubah dan menambah baikan kod sumber perisian komputer tersebut.

Bagi definisinya yang lebih terperinci lagi boleh didapati di alamat URL, http://opensource.org. Ia jelas menunjukkan ciri-ciri lesen yang perlu dipenuhi oleh sesebuah perisian komputer untuk mencapai kepada status perisian berasaskan sumber terbuka ini.

Di antara ciri-ciri lesen perisian berasaskan sumber terbuka yang dikodkan adalah berkenaan dengan pengedaran semula perisian, kod sumber, perjalanan kerja pembangunan, integriti pemunya asal kod sumber dan tiada unsur-unsur diskriminasi ke atas sesebuah kumpulan atau individu.

Ciri-ciri lain ialah lesen pengedaran, pengkategorian pelbagai bentuk perlesenan dan tiada unsur-unsur diskriminasi terhadap suatu bidang kepakaran.

Apabila dikatakan perisian sumber terbuka ia bukan LINUX semata-mata. Terdapat banyak perisian sumber terbuka yang berkategori pelbagai platform atau untuk sistem pengoperasian Windows sahaja.

Bagi senarai perisian sumber terbuka yang berasaskan Windows, boleh semak di alamat URL, http://opensourcewindows.org.

Perisian sumber terbuka bukan selalunya disediakan secara percuma. Ini apa yang diperlukan sesebuah perisian sumber terbuka adalah kod sumbernya boleh didapati secara percuma.

Jadi, perisian tidak semestinya percuma. Terdapat banyak syarikat yang membuat keuntungan ke atas perisian sumber terbuka ini.

Keuntungan dijana dengan mengenakan bayaran ke atas penyediaan kemudahan sokongan atau penambahan fungsi-fungsi tambahan terhadap sesebuah perisian sumber terbuka.

Kebiasaannya perisian sumber terbuka tersebut akan ada versi percuma dan versi komersial. Sebagai contoh adalah seperti perisian e-mel dan kolaborasi iaitu Zimbra yang menyediakan versi perisian percuma dan versi perisian yang dikenakan bayaran.

Tidak semua perisian sumber terbuka mempunyai sokongan atau sistem bantuan dalam mengendalikan sesebuah perisian seperti mana perisian komersial yang mempunyai sistem sokongan korporat 24 jam.

Kadang kala ia memerlukan bayaran tambahan untuk dapatkan sistem sokongan tersebut.

Namun begitu, perisian sumber terbuka ini mempunyai komunitinya yang sangat cekap dan efektif.

Bantuan boleh didapati daripada komuniti ini menerusi blog-blog, forum, mailing list, e-mel dan sebagainya.

Apabila perisian sumber terbuka memberi capaian secara penuh kepada kod sumber, ia tidak bermakna kod sumber itu perlu dicapai untuk menggunakannya.

Sekiranya tiada kepentingan, kod sumber bagi sesebuah perisian tidak perlu dicapai.

Perisian tersebut boleh digunakan sampai bila tanpa perlu dicapai kod sumbernya atau pengaturcaraannya.

Namun demikian, sekiranya perlu untuk melakukan pengubahsuaian bagi sesebuah perisian sumber terbuka, kod sumber telah sedia ada untuk dipelajari dan diubah suai.

Apabila dikatakan perisian sumber terbuka ini boleh dicapai kod sumbernya, ia tidak bermakna digunakan oleh golongan pengaturcaraan atau pakar teknologi maklumat sahaja.

Ia boleh digunakan oleh orang biasa yang tahu menggunakan komputer mengikut keperluan perisian yang digunakan.

Salah satu kelebihan penggunaan perisian sumber terbuka ini adalah ia boleh digunakan, diubah suai dan disebarkan secara percuma. Ini mengelakkan daripada berlakunya perlanggaran undang-undang terhadap hak cipta, harta intelek dan sebagainya.

Kebanyakan perisian sumber terbuka ini mudah didapati dan dimuat turun daripada Internet. Ia juga menepati satu piawaian yang baik seperti mana perisian komersial. Pihak Microsoft juga ada menyediakan platform perisian sumber terbuka ini di alamat URL, http://www.microsoft.com/opensource.

Perisian yang dikenali sebagai perisian freeware dan shareware yang banyak didapati di Internet tidak dikatakan sebagai perisian sumber terbuka sekiranya ia tidak memenuhi ciri kebolehcapaian kod sumber perisian tersebut.

Ini jelas bertentangan dengan konsep perisian sumber terbuka. Ia hanya percuma digunakan. Kadang kala ia ada tempoh tertentu yang diberikan percuma penggunaannya.

Kadang kala, pengguna sendiri tidak menyedari yang mereka menggunakan perisian sumber terbuka.

Banyak perisian-perisian sumber terbuka yang digunakan sebagai alternatif kepada perisian yang memerlukan bayaran dan pembelian lesen seperti Mozilla Firefox, OpenOffice, WordPress, Thunderbird, Drupal, Ubuntu dan lain-lain.

Itulah beberapa perkara yang perlu diketahui sekiranya mahu menggunakan perisian sumber terbuka atau beralih daripada penggunaan perisian yang berasaskan komersial.

Terdapat banyak perisian sumber terbuka di pasaran.

Oleh itu, pilih perisian sumber terbuka yang stabil, ada kemudahan untuk sokongan, komuniti pengguna yang ramai dan sesuai dengan keperluan penggunaan.

Perisian sumber terbuka sudah berdiri lebih tinggi dan mantap di pasaran perisian dunia sama ada dari segi aspek mesra pengguna, kestabilan perisian dan keselamatan siber.

Malah, ada negara yang mesin wang ATM-nya menggunakan sistem pengoperasian Linux. Sesiapa sahaja boleh menggunakan, mengedar dan mengubah kod sumber perisian sumber terbuka ini.

GENKIMO

TAHUN lalu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengukir nama apabila Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik, Dr. Ramli Mohd. Noor berjaya menghasilkan GenKimo atau dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.

"GenKimo merupakan produk probiotik mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel.

"Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik," katanya semasa ditemui di pejabatnya di MARDI Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Mendapat pendidikan lanjutan di negara matahari terbit, Dr. Ramli juga menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan bagi ruminan serta unggas.

Kini produk berkenaan berjaya dikomersialkan setelah memenangi pelbagai anugerah di dalam serta luar negara seperti di Pingat Emas semasa Pameran BioMalaysia 2008 dan Pingat Perak semasa SITF 2009 di Seoul, Korea Selatan.

GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan.

Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal daripada Korea menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal.

Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran pada tumbuhan serta ketahanan terhadap penyakit.

"GenKimo bermula dengan pemprosesan silaj bagi memaksimumkan penapaian nutrien asli yang ada dalam tanaman foraj (daun) atau sisa industri pertanian," katanya.

Secara asasnya, penapaian silaj berlaku secara biasa di bawah keadaan anerobik (tanpa oksigen) dengan kehadiran bakteria yang ada pada tanaman.

Bagaimanapun dalam bidang bioteknologi bilangan inokulan silaj atau bahan tambahan silaj akan ditambah bagi meningkatkan nutrien dan tenaga.

Bagi pelbagai aplikasi, Ramli menghasilkan tiga jenis GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.

GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair pribiotik bagi minuman ternakan.

Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa musim hujan.

"Kajian di ladang ternakan unggas yang menggunakan GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang tidak menggunakannya," katanya.

Ramli berkata, GenKimo-bio merupakan makanan aditif (tambahan) ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.

"Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana tidak mengandungi bahan toksik.

"Ia juga berupaya meningkatkan metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan," katanya.

GenKimo-bio juga dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.

Produk GenKimo-composeed atau baja dalam bentuk serbuk mengandungi koloni bakteria terpilih pengurai bahan organik dan pengaktif mikrobial tanah.

Dr. Ramli berkata, produk berkenaan mampu menghasilkan baja organik bermutu tinggi serta mengekalkan mikrob efektif yang mampu memperbaiki kerosakan dan mengembalikan kesuburan fizikal, kimia dan biologi tanah.

Bukan itu saja, malah semasa uji rasa ayam dan ikan tilapia yang menggunakan GenKimo mendapat sambutan menggalakkan di kalangan kakitangan MARDI.

Rata-rata mereka memuji kelazatan ayam dan ikan yang menggunakan GemKimo yang disifatkan berbeza dengan yang lain.

Kawal perosak dengan biopestisid

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

INSTITUT Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) baru-baru ini memperkenalkan produk teknologi biopestisid berasaskan virus.

Rumusan tindak balas virus dikenali sebagai Nukleupolihedrosis (NPV) itu berupaya mengawal serangan ulat ratus spodoptera litura pada tanaman sayur-sayuran, buah-buahan organik dan juga orkid.

Di samping itu, penggunaan produk tersebut juga secara tidak langsung dapat membantu para petani mengurangkan kebergantungan terhadap racun perosak.

Secara asasnya, virus NPV mentah mempunyai ciri-ciri seperti jangka hayat yang singkat, mudah terurai dengan sinaran ultraungu (UV) dan perlu disejukbekukan.

Namun, melalui kajian MARDI yang menghasilkan rumusan NPV dalam bentuk serbuk menerusi alat pengering semburan, penggunaannya ke atas ulat ratus dilihat memberi kesan sangat baik.

Bagi memastikan rumusan berkenaan mempunyai ketahanan jangka hayat dan dapat disimpan lebih lama, ia turut dicampurkan bersama material semulajadi lain.

Menurut Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Sumber Strategik MARDI, Siti Noor Ashikin Abdul Hamid, kajian rumusan NPV itu dilaksanakan sejak tahun 2008 menerusi kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

''Ujikaji keberkesanan rumusan NPV ini dijalankan selama 12 bulan dalam persekitaran makmal dan rumah hijau sebelum dibuat di lapangan secara meluas pada tahun ini.

''Daripada segi penggunaan, serbuk NPV perlu dilarutkan di dalam air pada kadar tertentu sebelum disembur pada permukaan atas dan bawah daun tanaman.

''Produk NPV ini pernah digunakan di ladang bendi, sawi dan cili di sekitar Sekinchan dan Puchong selain di ladang organik MARDI,'' katanya.

Pelancaran produk tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd. Johari Baharum di Ibu Pejabat MARDI Serdang, baru-baru ini. Turut hadir , Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman

Untuk kos penggunaan NPV per hektar, ia dianggarkan berjumlah sekitar RM50 hingga RM140 berbanding penggunaan bahan kimia pembunuh serangga iaitu antara RM70 hingga RM200 sehektar.

Untuk pasaran pula, NPV mempunyai potensi kerana keberkesanannya menghapuskan perosak tanaman.

Sempena pelancaran teknologi itu juga, MARDI telah memeterai memorandum persefahaman dan perjanjian dengan syarikat All Cosmos Industries Sdn. Bhd. untuk kerjasama kajian penyatuan bakteriofaj dalam baja bioorganik dan baja biokimia bagi mengawal penyakit tumbuhan tomato serta buah naga.

TEKNOLOGI KITAR SEMULA

Teknologi kitar semula minyak hitam


UMP Green Technology Sdn. Bhd. mengorak langkah dalam industri berkaitan penjagaan alam sekitar dengan terbinanya loji menghasilkan minyak pelincir daripada minyak hitam terpakai.


SEBAGAI pemilik kenderaan, kita rata-ratanya tidak mengetahui bahawa selain melepaskan asap kenderaan ke atmosfera yang mencemarkan alam sekitar satu lagi sumbangan pencemaran ialah minyak hitam.

Apa yang kita tahu apabila cukup tempoh atau meter pada kenderaan kita sudah capai batuan tertentu kenderaan akan dihantar ke pusat servis untuk menukar minyak enjin yang juga dikenali sebagai minyak hitam.

Tetapi berapa ramai yang berfikir ke mana minyak hitam terpakai yang dikeluarkan dari kenderaan kita itu dibuang.

Bayangkan dalam sehari berapa banyak minyak hitam itu dibuang. Ada pula mekanik yang tidak bertanggungjawab yang membuang ke longkang dan seterusnya mengalir ke sungai hingga mencemarkan sumber air kita.

Ini merupakan sebahagian daripada beban kepada alam sekitar.

Dalam menangani masalah itu, seorang penyelidik tempatan berusaha mengurangkan impak pembuangan minyak hitam kepada alam sekitar dengan mencari jalan untuk memanfaatkannya termasuk digunakan semula.

Penyelidikan terbabit yang diketuai Prof. Datuk Dr. Rosli Mohd. Yunus yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan, Pahang telah memulakan penyelidikan mereka pada November 2007.

Penyelidikan yang dinamakan projek teknologi hijau kitar semula minyak hitam terpakai dijalankan secara usaha sama antara UMP melalui anak syarikatnya, UMP Green Technology Sdn. Bhd. dan Urban Environmental Industries Sdn. Bhd. Ia dibiayai di bawah SkimTechnofund, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Rosli yang ditemui berkata, antara manfaat daripada teknologi tersebut ialah ia mampu menyelesaikan masalah melupuskan minyak hitam.

"Minyak hitam merupakan bahan buangan terjadual seperti termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Kebanyakannya diproses menjadi bahan bakar sekali gus mencemarkan alam sekitar dan ia hanya boleh diuruskan dan dilupuskan oleh pihak yang mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar,''katanya.

Menurut beliau, minyak hitam terpakai tersebut dilupuskan dan dibeli oleh pihak tertentu yang tidak mempunyai lesen dan menyalahi undang-undang.

Terdapat juga kes ia diseludup keluar kerana mendapat permintaan dan harga yang tinggi di pasaran.

Oleh itu, kata beliau, dengan adanya teknologi tersebut, ia dapat memberi kesedaran kepada nelayan pengusaha bengkel penyelenggaraan kenderaan, industri kapal dan kilang-kilang untuk menyimpan minyak hitam terpakai dalam tong-tong yang disediakan.

Ia bagi mengelakkan mereka membuang minyak hitam ini di laut, sungai, parit atau ditanam dalam tanah yang boleh mencemarkan air bawah tanah dan alam sekitar .

Istimewanya, teknologi tersebut tidak mengeluarkan sebarang sisa buangan kerana semua ditukarkan menjadi produk minyak dasar dan produk lain seperti gris.

Menurut Rosli, projek berkenaan boleh dianggap sebagai projek teknologi hijau kerana dapat menyelesaikan masalah melupuskan minyak hitam terpakai.

Minyak dasar adalah bahan utama untuk diproses menjadi minyak pelincir sebagai produk akhir.

"'Projek ini memfokuskan kepada pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan," kata beliau.

Objektif projek itu untuk membangunkan kilang pemprosesan minyak pelincir terpakai dengan pengeluaran tahunan berkapasiti 14,000 metrik tan.

Projek berkenaan telah dipatenkan oleh Rosli yang dibiayai oleh Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi dibawah Geran Technofund.

Teknologi yang dibangunkan itu mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti produk berbanding teknologi sedia ada.

Ia menggunakan pelarut komposit sebagai medium utama untuk mendapatkan semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai.

Rosli berkata, bahan mentah yang akan dijadikan asas kepada projek tersebut ialah minyak pelincir terpakai SW 305 dan SW 306 iaitu minyak hidraulik terpakai.

"Kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan iaitu mengekstrak minyak dasar daripada minyak yang terbuang," katanya lagi.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sedang menunggu kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) untuk memulakan operasi pengeluaran minyak dasar dan mengumpul dan membeli minyak hitam terpakai daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Ketika ini, loji penghasilan minyak itu telah siap dengan kapasiti pengeluaran maksimum 40 tan sehari atau 1, 200 tan bulan. Projek yang beroperasikan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.