KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH
Showing posts with label AGAMA. Show all posts
Showing posts with label AGAMA. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

KAWAL BELANJA KETIKA DI BULAN RAMADAN

KAWAL BELANJA KETIKA DI BULAN RAMADAN


Kawal belanja
Jangan terlalu ghairah membeli untuk keluarga
Ramadan sebilangan orang akan bertukar paten menu mereka. Mana tidaknya, dengan bazar Ramadan dan pelbagai lokasi lagi menyediakan beraneka juadah. Itu bukan amalan yang baik.
Cuma aneka kuih-muih, pelbagai air buah-buahan dan lauk-pauk juga membuatkan anda rambang mata. Mungkin ada berazam ingin berjimat sepanjang puasa tetapi akhirnya kalah dengan keinginan nafsu sendiri. Rata-rata, lazimnya pulang dengan tangan penuh kerana semuanya dibeli.

Justeru, orang ramai perlu bijak merancang dan berbelanja supaya tidak terjerat dengan selera anda, sebaliknya belikan mengikut keperluan.
INFO: Berikut cara untuk berjimat sepanjang berpuasa:
Azam berjimat
Dengan menanamkan pegangan ingin berjimat, ia secara tidak langsung akan menjadi ingatan kepada anda supaya berpada-pada ketika berbelanja ketika berada di bazar Ramadan atau memasak sendiri.
Belanjawan harian
Azam saja memang tidak mencukupi. Anda harus mempunyai belanjawan untuk menyokong keinginan anda itu agar tidak tersasar nanti.
Cara mudah, catat segala keinginan perbelanjaan harian dan ia akan bertindak sebagai panduan bila anda ingin berbelanja kelak.
Jangan bawa duit berlebihan
Taktik ini terbukti berkesan. Bawa duit secukupnya seperti yang sudah dirancang. Biarpun ia agak susah untuk dipraktikkan tapi inilah antara tindakan paling berkesan. Bajet disarankan antara RM10 ke RM15 kerana jumlah ini sudah memadai untuk dua orang makan.
Jangan berbelanja ikut nafsu
Jika kita berkunjung ke bazar Ramadan sekali sekala tidak salah. Kadang-kadang mahu juga merasa kuih-muih atau makanan kegemaran yang ada dijual di bazar Ramadan. Cuma sebaiknya elakkan berkunjung terlalu kerap kerana khuatir akan berbelanja mengikut perasaan.
Latih diri.
Latih dan kawal diri supaya tidak mengikut nafsu. Memang tak dinafikan kalau tengok makanan yang dijual. Sekiranya anda masih bujang dan berkongsi rumah dengan kawan, bolehlah kumpulkan wang untuk membeli bahan mentah dan masak sendiri. Ini lebih menjimatkan.
Kirim juadah
Kalau anda terasa amat sukar untuk mengawal nafsu membeli ketika mengunjungi bazar Ramadan, alternatifnya anda boleh mengirimnya saja daripada rakan ataupun ahli keluarga lain.
Berbuka dan bersahur di surau atau masjid
Antara langkah paling berkesan bukan saja bakal dihidangkan dengan luak pauk enak dan makan mengikut keperluan, tapi anda juga dapat meneruskan pakej solat fardu berjemaah dan terawih.
Berkongsi atau bertukar juadah
Satu lagi cara berjimat ialah berkongsi juadah dengan teman serumah. Setiap seorang beli juadah yang berbeza. Buat mereka sudah berkeluarga anda boleh bertukar-tukar juadah sesama jiran tetangga. Di samping dapat merasa masakan berlainan jenis, secara tak langsung boleh mengeratkan silaturahim sesama jiran.
Air minum buat sendiri
Kita selalu lihat ramai berpusu-pusu membeli air di bazar Ramadan. Sememangnya ada pelbagai jenis warna dan campuran disediakan. Sebenarnya kita boleh banyak berjimat apabila membeli kordial atau jus dibancuh sendiri dan pastinya stok begini cukup untuk berminggu-minggu. Banyakkan pengambilan air masak.
Elak kerap berbuka puasa di restoran atau hotel mewah.
Berbuka puasa di hotel adalah tarikan masa kini. Tepuk dada, tengoklah status kewangan anda. Kalau anda mampu tidak mengapa, kalau tak mampu ukur baju di badan sendiri. Sekali sekala rasanya tidak mengapa tapi jangan pula jadikannya sebagai rutin mingguan.
Utamakan ibadat dan bukannya pembelian.
Ramadan adalah masa untuk kita lebihkan masa beribadah. Janganlah biasakan dengan tabiat membeli-belah di sebelah malam sepanjang bulan puasa kerana ia adalah waktu untuk kita bertarawih dan bertadarus al-Quran.
Langkah kekal sihat sepanjang berpuasa:
Jangan makan terlalu banyak
Panduan ini sangat penting! Elakkan dirinya untuk makan dalam jumlah yang terlalu banyak hanya kerana mahu memastikan diri kekal kenyang untuk tempoh seharian berpuasa. Perbuatan sebegini tidak membawa apa-apa erti kerana ia sama sekali tidak dapat membantu anak anda kenyang dan terus bertenaga sepanjang hari.
Ketika bersahur
1. Pastikan makanan yang diambil anak adalah seimbang seperti yang disarankan piramid pemakanan.
2. Jangan biarkan anak minum terlalu banyak air. Ini bagi mengelakkan perutnya menjadi tidak selesa dan perlu kerap berulang-alik ke tandas.
3. Pastikan anak bersahur lewat agar dia tidak cepat rasa lapar dan letih.
Waktu berbuka puasa
1. Didik anak berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan atau air terlebih dahulu mengikut sunnah Rasulullah SAW.
2. Sebaik-baiknya berbuka dengan minuman tanpa ais untuk mengelakkan rasa lesu selepas berbuka.
3. Jangan makan dalam jumlah yang terlalu banyak ketika berbuka.
4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak, berempah dan pedas.

Sunday, November 11, 2012

APA NAK JADI? PERMOHONAN MURTAD DILULUSKAN

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).
Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.
Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.
Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang. Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah – 238, Negeri Sembilan – 172, Selangor – 99 dan Perak – 47.
Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.
“Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
“Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil

Monday, November 5, 2012

KEBESARAN ALLAH



Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta’ala.

Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.

Nama Allah pada 5 Jari Tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

Bilangan Nama-nama Allah Pada Tapak Tangan

Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Saluran Udara Pada Paru-paru Membentuk Kalimah Tauhid

Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Perbuatan-perbuatan Dalam Solat Adalah Simbol Bagi Nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.

احمد = ا + ح + م + د = Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu ‘Yang Terpuji’.

“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: “Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)” …… ” (Surah As-Shaaf : Ayat 6)

Otak Manusia Dalam Keadaan Seperti Orang Sujud Dalam Solat

Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fusshilat : Ayat 53).

Nama Allah Ketika Angkat Jari Telunjuk Pada Duduk Tasyahhud Dalam Solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.

“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)



Sunday, October 7, 2012

MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN


Kita selalu takut untuk mendedahkan kejahatan orang lain itu kerana takut dimusuhi, kerana takut dibenci oleh sesetengah golongan. Dan kita memberi alasan konon tanak mahu membuka kejahatan dan aib saudara sendiri. Tapi tahukah kita jika kejahatan itu melibatkan ramai orang lagi yang bakal dizalimi. Maka itu kejahatan yang WAJIB dibuka?
Berkata Imam Nawawi rahmatullah’alaih.:
Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.
1- Pengaduan penganiayaan.
Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini.

2 – Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran.

Maka harus bagi seseorang menceritakan kepada orang yang diharapnya mampu untuk menghilangkan kemungkaran itu dengan katanya sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian, maka kamu laranglah dia. Dan tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk menghilangkan kemungkaran itu. Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu (bahkan untuk memburuk-burukkannya) maka ia adalah haram.
3 – Bertanya hukum atau cara penyelesaian.
Maka harus baginya berkata bagi orang yang ditanyainya itu (sebagai contoh): Ayahku atau abangku atau suamiku atau si pulan telah menzalimiku dengan begini-begini. Adakah haknya berbuat demikian? Dan apakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini, atau apakah caranya untuk aku dapatkan hak aku, atau apakah caranya untuk aku sekat kezaliman ini atau sebagainya? Semua ini adalah harus kerana hajat tadi. Tetapi yang lebih baik ialah dengan berkata: Apakah pendapatmu tentang seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebutkan nama dan menentukan sesiapa) yang berbuat begini-begini? Ini kerana tujuannya untuk bertanya tadi telahpun terhasil sekalipun tidak dinyatakan seseorang yang tertentu. Walau bagaimanapun menyatakan seseorang yang tertentu adalah harus hukumnya.

4 – Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya.
Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu.
Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini.
Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain).
5 – Jika dia seorang yang jelas menujukkan kefasiqannya atau bida’ahnya.
Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia meminum arak atau orang yang terang-terang merampas harta orang ramai, memungut cukai (duit pau dan sebagainya), mengenakan cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu. Tetapi haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya melainkan jika ia juga diharuskan dengan sebab-sebab lain yang sebutkan ini.

6 – Untuk dikenali

Apabila seseorang yang sudah masyhur dengan gelaran seperti (si pulan) yang tempang, yang tuli, yang buta, yang boleh atau sebagainya, maka harus disebutkan pengenalan mereka tadi. Tetapi haram jika disebutnya dengan niat untuk mencelanya. Dan jika boleh mengenalinya dengan pengenalan lain yang lebih elok, maka itulah yang lebih baik.

Sunday, September 23, 2012

AJARAN SESAT ANCAMAN UMAT ISLAM



Oleh Aninah Janang
Pukul 11.00 malam, cahaya suram menerangi sekumpulan kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 10 tahun. Mereka berdiri dalam satu bulatan kecil di sebuah rumah yang tidak bernombor di Gombak, Selangor. Di hadapan mereka, seorang lelaki berkulit gelap, berusia 30-an, memegang mikrofon dan sekeping kertas berwarna putih. Di luar bulatan kumpulan kanak-kanak tersebut, kelihatan puluhan orang lelaki dan wanita dewasa berdiri sambil memerhati kumpulan kanak-kanak berkenaan.
Dalam suasana sunyi sepi, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara seorang lelaki menyanyikan lagu yang memuji-muji nama beberapa orang individu yang tidak dikenali. Selang beberapa rangkap lelaki berkulit gelap itu mendendangkan lagu tersebut, kumpulan kanak-kanak tersebut serentak menyanyikan lirik yang sama, seperti yang dinyanyikan oleh lelaki terbabit. Mereka bersahut-sahutan.
Semakin lama suara mereka semakin nyaring kedengaran. Kanak-kanak tersebut terkinja-kinja mengikut alunan lagu. Setiap bait lirik lagu yang dilafazkan diiringi dengan aksi melompat sambil menampar dengan kuat bahagian bahu dan dada mereka menggunakan telapak tangan masing-masing, iaitu tangan kiri menepuk dada kanan dan tangan kanan menampar dada kiri. Tamparan itu menghasilkan bunyi yang kuat dan menggamatkan.
Semakin lama, bunyi tamparan itu semakin kuat dan kanak-kanak tersebut seperti dirasuk kerana menjerit tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Menyaksikan keadaan itu, penyanyi tersebut mengulang kembali rangkap lagu berkenaan berpuluh-puluh kali sehingga penonton yang menyaksikan upacara berkenaan asyik dan turut menyanyi serta menampar tubuh mereka.
Peluh mula membasahi tubuh kumpulan kanak-kanak tersebut. Namun begitu, tiada siapa yang mampu menghentikan “keseronokan” luar biasa yang dialami mereka. Penyanyi terbabit meneruskan upacara tersebut tanpa mempedulikan keadaan kanak-kanak terbabit.
Persoalannya, tidakkah mereka berasa sakit? Mengapakah kanak-kanak tersebut berkelakuan pelik sehingga sanggup menyakiti tubuh sendiri?
“Mereka percaya dengan memukul tubuh badan sendiri, diri mereka dapat disucikan daripada dosa. Kebiasaannya upacara ini dilakukan sempena 10 Muharam pada setiap tahun,” jelas Zulhelmi Yatim kepada penulis ketika menyerahkan rakaman video satu daripada kumpulan ajaran sesat persatuan bukan kerajaan (NGO) yang menyebarkan fahaman Syiah di negara ini.
Zulhelmi Yatim, 49 tahun, yang merupakan pendakwah bebas bergerak aktif sejak 20 tahun lalu di sekitar Selangor. Beliau menjelaskan bahawa NGO terbabit ditubuhkan sejak 15 tahun lalu dan kini masih beroperasi meskipun beberapa kali program mereka diharamkan dan banyak pengikut serta pemimpin mereka ditahan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Begitu pun, NGO terbabit tidak pernah mengaku kalah. Mereka bangkit menentang undang-undang dan membina rangkaian yang luas. Yang lebih mengejutkan, sehingga kini NGO terbabit berjaya mengumpul lebih daripada 100 ribu orang ahli di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 40 ribu orang ahli dipercayai berada di sekitar Selangor yang menjadi kubu kuat NGO tersebut.
Menurut Zulhelmi Yatim, NGO terbabit terkenal dengan fahaman Syiah yang ekstrem dengan menghalalkan nikah mutaah, menambah nama Sayidina Ali ketika mengucap dua kalimah syahadah, menolak jimak ulama, mempercayai bahawa sesiapa yang menziarahi kubu Sayidina Husain mendapat ganjaran dari syurga, menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab, mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW, menyanjung Sayidina Ali secara keterlaluan, menghina isteri-isteri Nabi Muhammad SAW, dan menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Meskipun undang-undang di negara ini jelas menolak Syiah, kebanyakan mereka percaya bahawa mereka berada di jalan yang benar,” ujar Zulhelmi Yatim.
Syiah ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Jika diteliti, terdapat beberapa aliran Syiah, antaranya Syiah Imam Dua Belas (merangkumi 90 peratus penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq), al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah dan Syiah Imam Bertujuh. Daripada aliran tersebut, terdapat aliran Syiah yang ekstrem.
Di Malaysia,mazhab Syiah ditolak berdasarkan peruntukan undang-undang. Hal ini demikian kerana terdapat cabang Syiah yang diamalkan oleh segelintir umat Islam dilihat cenderung kepada keganasan. Senario tersebut dibimbing mampu mengancam keselamatan negara, seperti yang berlaku di Iraq, Afganistan, dan Pakistan yang menyaksikan pertumpahan darah antara penganut Syiah dengan Sunni.
Begitu pun, ajaran Syiah yang ekstrem bukanlah satu-satunya ajaran sesat di negara ini. Terdapat banyak ajaran sesat yang mengancam umat Islam. “Ajaran sesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan,” ujar Zulhelmi Yatim kepada penulis.
Beliau menambah banyak pengamal ajaran sesat yang beroperasi di negara ini “bertopengkan” amalan perubatan Islam, perniagaan yang berasaskan Islam, rumah kebajikan, dan pusat pengajian Islam.
Sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut? Zulhelmi Yatim mengajak penulis mengunjungi sebuah rumah yang mengamalkan ajaran sesat dengan berselindung di sebalik pengamal perubatan Islam.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Julai 2012

Monday, August 6, 2012

ALLAH MENGANGKAT MARTABATNYA


allah angkat martabat, orang taat, jadi imam, gambar

Masyallah tabarakallah. Walaupun sebagai pekerja pembersihan, berkulit hitam, namun menjadi imam kepada bos, pegawai dan pihak yang lebih atas daripada imam tersebut. Allah mengangkat martabat hambaNya yang beramal soleh dan beriman untuk naik ke darjat yang mulia. Teringat kisah Saidina Bilal bin Rabah, hanya seorang hamba berkulit hitam, tapi diangkat martabat darjatnya oleh Allah SWT dan kemuliaan Bilal sehingga ke hari ini, sehingga kita dapat tahu waktu berbuka dalam berpuasa.

Sesungguhnya manusia tiada bezanya di sisi Allah SWT. Hanya iman dan amal sahaja yang membezakan antara makhluk Allah SWT di sisiNya.