KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH
Showing posts with label TEKNIK BELAJAR. Show all posts
Showing posts with label TEKNIK BELAJAR. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

CERAMAH TEKNIK BELAJAR

Ceramah teknik belajar yang dikendalikan oleh guru cemerlang SMK Gadong. Ceramah tersebut disampaikan oleh En. Jailani Edris. Ceramah tersebut berlansung selama 2 hari yang melibatkan calon-calon PMR, SPM dan STPM.
Pelajar Pra-U juga mengambil kesempatan untuk mengikuti ceramah teknik belajar ini memandangkan ianya berguna terutama untuk menghadapi peperiksaan STPM pada November nanti.

Friday, April 8, 2011

CERAMAH PENGAJIAN AM-EN. ONG BOON HOCK




Sunday, July 26, 2009

PAUTAN YANG SANGAT BERGUNA BAGI MENCARI MAKLUMAT

Laman Web Kerajaan


Institut Tadbiran Awam Negara - INTAN (222)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia - MAMPU (185)

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (1689)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (817)

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (140)

Unit Perancang Ekonomi (243)

Pejabat Perdana Menteri Malaysia (269)

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (150)

Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM (286)

Perbendaharaan Malaysia (278)

Media


Utusan Malaysia (3405)

Berita Harian (3221)

New Straits Times (125)

The Star (354)

Bernama (239)

RTM (123)

TV3 (179)

NTV7 (68)

TV9 (69)

8TV (66)

Astro (94)

E-Info


Semak Saman di MYEG (170)

ePerolehan (79)

Direktori Halal (5)

Prasarana ICT


HardwareZone (75)

Lowyat.net (97)

Phone Gadjet (101)

PAUTAN YANG SANGAT BERGUNA UNTUK PEPERIKSAAN

STPM
SPM

Koleksi SoalanSPM1

SPM TRIAL PAPERS 2008 – ALL STATES

Koleksi Soalan SPM2 & Sketma Jawapan

MRSM Trial Papers

Koleksi Soalan Sains Melaka

JOHOR Trial Papers 2008

SBP Tial Papers 2008 – with answers

Trial Papers 2008 – with answers

Koleksi Soalan KARANGAN SPM

Nota SPM

Nota Fizik Form4&5

Koleksi Lengkap Trial PMR & SPM SBP

Dari Akhbar Harian

PMR

Trial Papers with answers 2008

Ulangkaji Matematik PMR

Koleksi Kertas Soalan PMR & SPM

Koleksi Soalan

Banksoalan guru

Tuesday, July 21, 2009

CARA BELAJAR

Tulisan kali ini memuatkan kisah bagaimana Imam Shafie r.a. belajar hadith daripada Imam Malik r.a. Saya petik kisah ini dari buku IMAM SHAFI’I, In Quest of Knowledge. Di bawah sub tajuk, A Feat of Memory, Imam Shafie menyebut, “I picked up a straw and whenever Imam Malik narrated any Hadith, I would wet it with my lips and write out the words on the palm of my left hand.”

Dari kisah ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa Imam Shafie menulis atau membuat gerakan otot semasa ia belajar. Perlu diingatkan ketika hal ini berlaku Imam Shafie baru sampai dari Makkah. Beliau sampai sebelum Maghrib. Beliau tidak mempunyai alat tulis, tetapi dia tetap menulis di atas tapak tangan kirinya menggunakan jerami. Dalam penjelasan kepada Imam Malik tentang perbuatan itu Imam Shafie mengatakan, “I had been using the straw to write on my hand in order that I should remember what had been said, and since I had nothing else to write with, this was the only thing I could have done.” Jelas sekali bahawa kalau kita nak ingat apa yang dipelajari kita hendaklah menulis apa yang kita dengar.

Semasa pembelajaran Imam Shafie telah menggunakan ketiga-tiga kaedah belajar, iaitu belajar menggunakan visual, audiotori dan kinestatik (Kaedah VAK). Imam Shafie memberikan fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Imam Malik, pergerakan tangan Imam Malik dan juga beliau sendiri menggerakkan ototnya semasa belajar hadith itu. Koordinasi antara mata, telinga dan otot akan menjadikan pembentukan sambungan saraf diotak bagai ingatan menjadi lebih cepat dan hebat. Oleh itu ingatan dan kefahaman akan lebih meningkat.

Cuba kita, para guru bandingkan hal ini dengan murid zaman sekarang. Dalam kelas, kita menggunakan alat bantu mengajar. Cuba buat kajian berapa orang yang memberi perhatian ke atas alat bantu mengajar yang diguna. Berapa orang pula yang mendengar, berapa orang yang melihat dan berapa orang pula yang menulis apa yang diajar.

Perlu juga dingatkan bahawa Imam Shafie memang berniat untuk mempelajari ilmu hadith dari kitab Al Mu’atta sejak beliau berada di Makkah lagi. Oleh itu beliau telah membaca kitab hadith itu terlebih dahulu, malah beliau telah menghafaz kandungan hadith itu. Bandingkan anak murid kita berapa orang yang ada niat nak belajar bersungguh-sungguh sebelum memasuki kelas, berapa orang pula yang telah membaca buku teks sebelum memasuki kelas? Itulah antara punca mengapa anak murid sekarang bebal dalam belajar.

Di bawah sub tajuk “The Fajr Prayers and another Teaching Session” Imam Shafie menceritakan bagaimana Imam Malik mengarahkan Imam Shafie mengajar. “But this time, instead of giving them himself, he handed over his book, the Mu’atta to me, and on his instructions I began to read it to the class, reverentially and the pupils began to take notes. And this then become the daily routine, which went on for eight month, during which period I myself managed to learn the Mu’atta by heart.”

Peristiwa ini menunjukkan bahawa kalau kita mengajar sesuatu (tak kiralah sama ada guru atau murid) kepada orang lain kita akan lebih ingat dan lebih faham. Ini juga merupakan kaedah belajar yang jarang digunakan oleh murid-murid. Kepada murid-murid diharapkan dapat menyediakan peluang untuk mengajar rakan-rakan semoga ingatan terhadap apa yang dipelajari akan lebih mantap lagi. Kepada para guru diharapkan dapat menekankan konsep perbincangan dalam kumpulan kecil begi melatih murid-murid berpeluang mengajar rakan-rakan mereka.

Sepanjang penulisan kali ini saya menekankan tentang pentingnya niat dalam belajar, persediaan awal sebelum kekelas, menggunakan kaedah belajar VAK (Visual, audiotori dan kinestatik) semasa mendengar pengajaran guru. Setelah itu cubalah membentuk kumpulan perbincangan untuk memantapkan lagi apa yang dipelajari.

Sesungguhnya pengalaman ulamak silam dalam menghadapi dan menjalani pengalaman pembelajaran wajarlah digali untuk kegunaan para pelajar dan murid masa kini. Sekian, TK.

Wednesday, July 15, 2009

MARI KITA BUAT PETA MINDA

1. Sistem pembelajaran kita pada hari ini kebanyakannya menggunakan otak kiri. Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Sejarah semuanya menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa, linear.Jadi dengan menggunakan peta minda, otak kanan juga dapat dilibatkan. Otak kanan bahagian yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna,kretiviti dan irama . Dengan menggunakan fungsi kedua-dua otak, anda akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan kedua belah kaki dan sebelah kaki. Berlari dengan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik daripada berlari dengan satu kaki betul tak? Begitu juga dengan mendengar. Mendengar dengan kedua belah telinga lebih baik daripada satu telinga. Begitu juga dengan otak. Menggunakan kedua-duanya membuatkan kita lebih baik daripada menggunakan sebahagian daripadanya sahaja. :-)

2. Sebab kedua adalah kebanyakkan perkataan dalam nota adalah kurang berfungsi. “Nama sebenar saya ialah Saiful. Saya tinggal di Pulau Pinang.” Agak-agak anda berapa perkataan yang penting dalam dua ayat di atas? Ya, betul hanya dua sahaja iaitu Saiful dan Pulau Pinang. 2 daripada 9 perkataan sahaja penting. Bermakna hampir 80% perkataan kurang penting. Persoalannya mahukah kita membazirkan masa kita kepada 80% ini. Tentu tidak. Kita hanya memberi fokus pada golongan 20% sahaja. Jadi ini akan memudahkan lagi proses ingatan anda. Cara nota yang lama akan menyukarkan kita. Tetapi dalam peta minda, ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan.

3. Satu perkataan dapat mewakili banyak perkataan. Ya merujuk contoh di atas, perkataan ‘Pulau Pinang’ akan memberitahu bahawa ‘Saiful tinggal di Pulau Pinang’. Nota linear berfungsi berdasarkan ayat. Ini menyebabkan kita terpaksa memberi fokus pada ayat tersebut untuk mengingat berbanding peta minda yang memberi fokus pada perkataan.

4 . Sebab lain kita perlu menggunakan peta minda adalah, satu kertas peta minda sudah cukup untuk memuatkan banyak fakta. Ini lebih memudahkan kita melihatnya untuk mengulangkaji di kemudian hari. Tidak seperti nota linear yang mungkin terdiri daripada beberapa helai kertas. I kertas VS 4 kertas, mana jauh lebih baik?

Sebenarnya banyak lagi kelebihan peta minda. Cuma saya rasa inilah point utama mengapa anda perlu menggunakan peta minda dalam pembelajaran. Jadi mari lakukan perubahan.