KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Monday, November 5, 2012

KATEGORI UNIVERSITI DI MALAYSIA

Universiti Penyelidikan

Universiti Malaya (UM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Komprehensif

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Berfokus

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Tuesday, September 20, 2011

JADUAL WAKTU STPM 2011 PENGAJIAN AM

Ringkasan Jadual Waktu Pengajian Am STPM 2011

Tarikh Waktu Kertas

23 Nov 2010 8.00-11.00 pagi Pengajian Am 2 (3 jam)

6 Disember 2010 2.00-4.00 petang Pengajian Am 1 (2 jam)

*Berusaha dan bertawakkal la. Nescaya kejayaan menanti anda

Tuesday, September 13, 2011

30414 PERMOHONAN RAYUAN DITERIMA MASUK IPTA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia



(STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012.

Daripada jumlah itu, sebanyak 16,159 atau 53.13 peratus permohonan rayuan diterima daripada calon memiliki kelayakan diploma atau setaraf, 12,183 atau 40.06 peratus (STPM), 1,057 atau 3.48 peratus (matrikulasi/asasi) dan 1,015 atau 3.34 peratus (Sijil Tinggi Agama Malaysia/STAM). Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata Mesyuarat Pemilihan Bersama Rayuan akan diadakan mulai Isnin depan sehingga 15 September ini. Beliau berkata, keputusan permohonan rayuan itu akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url upu.mohe.gov.my yang mana calon boleh mencetak surat tawaran menerusi laman web IPTA berkaitan dan mereka yang berjaya dijadual mendaftar di universiti mulai 19 September ini.

Dasar pemilihan rayuan ialah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Isu berbangkit kerana pemohon tidak berpuas hati dengan tawaran atau gagal mendapat tempat, perlu ditangani secara berhemah oleh kementerian. Mengenai isu yang berbangkit, dikenal pasti antara faktor calon tidak mendapat tawaran ijazah pertama ialah tidak memenuhi syarat am ditetapkan. Mungkin calon tidak mendapat pendedahan maklumat tepat dan terkini daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah mengenai dasar serta prosedur permohonan ke IPTA.

Selain itu, calon juga kurang meneliti syarat khas program ditetapkan bagi pengajian yang dimohon melalui e-panduan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar JPT. Akibatnya, calon tidak bijak memilih program pengajian bersesuaian dengan kelayakan dimiliki. Satu lagi faktor ialah kecenderungan calon memohon program pengajian popular atau kompetitif di IPTA yang berfokus di Lembah Klang saja walaupun memiliki kelayakan rendah dan tidak memenuhi syarat khas program ditetapkan oleh IPTA berkaitan. Calon kurang bijak serta tidak strategik dalam pemilihan program pengajian dan juga IPTA ketika mengemukakan permohonan sehingga menyebabkan mereka tidak terpilih.

Seterusnya, Rujhan berkata, kementerian juga mengenal pasti ramai calon aliran sastera, terutama berkelayakan STPM dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) tinggi, tidak mendapat tawaran kemasukan kerana kekurangan tempat disediakan IPTA bagi program pengajian yang dimohon. Beliau berkata, ada calon aliran sains dengan PNGK tinggi pula memohon program pengajian Sains Kesihatan Bersekutu yang mempunyai bilangan tempat kemasukan terhad.

Ketika pemilihan, calon hanya dapat ditawarkan program pengajian yang ada kekosongan, iaitu sains gunaan, sains tulen, kejuruteraan, teknologi dan sains komputer.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

Sunday, August 21, 2011

6 SOALAN YANG HARUS KITA TANYA DIRI KITA

Suatu hari Seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu beliau mengajukan enam soalan…

Pertama …
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab… “Orang tua”, “guru”, “teman”, dan “keluarganya”. Sang Guru menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “kematian”. Sebab kematian adalah PASTI adanya …..

Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua …
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab.“Negara China”, “bulan”, “matahari”, dan “bintang-bintang”.

Lalu Sang Guru menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar, tapi yang paling benar adalah “masa lalu” … Siapa pun kita … bagaimana pun kita … dan betapa kayanya kita … tetap kita TIDAK dapat kembali ke masa lalu sebab itu kita harus menjaga hari ini … dan hari-hari yang akan datang …

Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga… “Apa yang paling besar di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab “Gunung”, “bumi”, dan “matahari”. Semua jawapan itu benar kata Sang Guru …

Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”. Banyak manusia menjadi celaka kerana menurut hawa nafsunya. Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu. Kerana itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat) …

Soalan keempat adalah … “Apa yang paling berat di dunia ini …???” Di antara muridnya ada yang menjawab … “Baja”, “besi”, dan “gajah” “Semua jawapan hampir benar …”, kata Sang Guru tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” …

Soalan-soalan yang kelima adalah … “Apa yang paling ringan di dunia ini …???” Ada yang menjawab “kapas”, “angin”, “debu”, dan “daun-daunan”. “Semua itu benar …”, kata Sang Guru, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan ibadah” …

Lalu soalan keenam adalah … “Apakah yang paling tajam di dunia ini …???” Murid-muridnya menjawab dengan serentak … “PEDANG …!!!” “(Hampir) Benar …”, kata Sang Guru, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri …

Wednesday, July 20, 2011

TIPS BELAJAR 3 BULAN TERAKHIR MENJELANG STPM


KETIKA DALAM KELAS

  1. BERIKAN TUMPUAN SEPENUHNYA KEPADA PENGAJARAN GURU. SEBAIK-BAIKNYA ELAKKAN GANGGUAN YANG SEBELUM INI KEBIASAAN PELAJAR BUAT SEPERTI:
    1. BERCAKAP-CAKAP
    2. MEMBUAT KERJA SUBJEK LAIN
    3. MENGAJAK RAKAN LAIN BERBUAL
  2. BUAT PERSEDIAAN NOTA SELENGKAPNYA SEBELUM GURU MENGAJAR.

- NOTA YANG RINGKAS TAJUK BERKENAAN SEMESTINYA TELAH PELAJAR BUAT SEBELUMNYA.

- BERTANYALAH DENGAN GURU TAJUK ULANGKAJI YANG AKAN DI BINCANGKAN PADA P&P SELANJUTNYA.

- SELAIN NOTA SEDIAKAN JUGA SOALAN YANG BERKAITAN TAJUK

  1. SIAPKAN KERJA RUMAH SEBAIK-BAIKNYA SEBELUM P&P

- KERJA RUMAH AKAN SERBA SEDIKIT MENGGANGGU JADUAL ULANGKAJI. OLEH ITU SIAPKAN AWAL KERJA RUMAH. SEMASA P&P BERSEDIALAH UNTUK TUMPUAN P&P.

  1. BANYAKKAN PERBINCANGAN MASA TERLUANG

- BAYANGKAN MASA YG ADA DI SEKOLAH ANDA GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA UNTUK BERBINCANG. NESCAYA ANDA AKAN BERASA MASA UNTUK MENGULANGKAJI MEMANG LEBIH DARI CUKUP. ‘MANUSIA BUKAN GAGAL KERANA TIADA MASA CUKUP TETAPI MANUSIA GAGAL KERANA TIDAK PANDAI MENGURUS MASA’

  1. ELAKKAN GURU MARAH

- PERKARA YANG PALING MENGGANGGU MOOD BELAJAR IALAH APABILA GURU MARAH. JADI ELAKKAN GURU JADI MARAH. PASTIKAN MOOD SENTIASA ENJOY DAN HAPPY KERANA PEMBELAJARAN LEBIH SENANG UNTUK MASUK KALAU BELAJAR ITU SERONOK

  1. PASTIKAN MOOD SENDIRI JUGA STABIL

- PADA AWAL P&P PASTIKAN MOOD SENDIRI BAIK, HAPPY DAN ENJOY. ‘OFF’ KAN SEBENTAR MOOD YANG TIDAK BAGUS DAN ‘ON’ KAN MOOD YANG BAGUS. INI BAGI MEMASTIKAN ANDA LEBIH SENANG MENERIMA PELAJARAN.

CHEKLIST PERKARA YANG TIDAK PERLU ANDA BUAT SEMASA DALAM KELAS

BIL

PERKARA

TINDAKAN

1.

BERCAKAP-CAKAP PERKARA YANG TIDAK ADA KAITAN DENGAN RAKAN LAIN

2.

MEMBUAT KERJA RUMAH SUBJEK LAIN

3.

BERMAIN SMS SOROK-SOROK

4.

MELIHAT KELUAR TINGKAP

Tuesday, May 11, 2010

KEPELBAGAIAN CARA BELAJAR

BELAJAR sememangnya menyeronokkan tetapi bagi mereka yang belajar dengan hanya tertumpu pada buku sahaja kadangkala mungkin juga membosankan. Oleh itu murid harus mempelbagaikan bahan, kaedah dan gaya belajar agar ianya menjadi aktiviti harian yang mampu dijalankan tanpa terasa sebagai bebanan.


• Bahan – terdapat pelbagai bahan belajar yang boleh digunakan termasuklah buku teks, akhbar, bahan grafik, lakaran peta minda, bahan audio, video, animasi serta bahan dari internet.


Bahan seumpama ini boleh diperoleh daripada pusat sumber sekolah atau negeri, kedai buku, kedai video dan sebagainya. Bahan yang mempunyai imej atau yang bercirikan multimedia mampu menarik perhatian kita serta mampu mengekal dan menambahkan daya ingatan terhadap fakta-fakta yang dipelajari.


• Kaedah – belajar sendirian adalah suatu amalan yang baik tetapi kadangkala kita mudah rasa jemu, bosan dan mengantuk. Adalah dicadangkan supaya murid-murid mampu berinteraksi atau berbincang dengan rakan-rakan berdasarkan bahan yang dipilih.


Idea yang bernas daripada rakan-rakan mampu memberi maklum balas serta menjadi asas membetulkan kesilapan yang dilakukan. Mencari bahan dengan melayari Internet mampu menambahkan kemahiran penggunaan komputer di samping mendapat bahan atau fakta terkini.


• Gaya belajar – Gaya belajar juga mempengaruhi segala tindakan kita dalam proses mengulang kaji. Oleh itu gaya belajar juga harus dipelbagaikan termasuk kedudukan kita ketika belajar sama ada secara formal berada di kerusi, duduk di lantai atau bersandar di sofa. Ada juga pelajar yang suka belajar sambil mendengar muzik.


Amalan ini boleh dilakukan tetapi dalam keadaan terkawal. Muzik yang didengar itu sebaik-baiknya tidak terlalu kuat sehinggakan hilang daya tumpuan belajar. Walau bagaimanapun anda dilarang mendengar muzik ketika melakukan aktiviti belajar seperti menghafal atau membuat latihan yang mempunyai aras kesukaran yang tinggi yang banyak menggunakan daya berfikir. Menonton televisyen ketika belajar adalah dilarang sama sekali.


Dalam jangka masa terdekat ini murid-murid harus mempelbagaikan cara belajar masing-masing. Keseronokan ketika belajar harus dirasai agar apa yang dipelajari itu difahami dan akhirnya mampu menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, berkeyakinan dan menepati kehendak soalan.

Sumber maklumat : Utusan Malaysia

Monday, April 12, 2010

TAHNIAH SEMUA GURU PENGAJIAN AM SABAH

Written by Awang Jaya bin Awang Damit
Sunday, 21 March 2010 22:42
Assalamualaikum wbt., dan Salam 1 Malaysia,
Sektor Pengurusan Akademik dan JPN Sabah ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua Ketua Panitia dan guru-guru Pengajian AM 2009 kerana dengan usaha bersungguh-sungguh keputusan mata pelajaran ini telah meningkat sebanyak 7.66 peratus. Semoga peningkatan ini dapat diteruskan pada tahun 2010 ini. Justeru, Sektor ini meminta kerjasama daripada Ketua-ketua Panitia, Guru-guru Pengajian Am, PGSD Pengajian Am dan para Jurulatih Utama untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini. SYABAS & TAHNIAH sekali lagi.

Tuesday, February 16, 2010

SENARAI UNIVERSITI TERPILIH DI ASIA

2009 rank School Name Country
Source: QS Quacquarelli Symonds (www.topuniversities.com)
1 University of HONG KONG Hong Kong
2 The CHINESE University of Hong Kong Hong Kong
3 University of TOKYO Japan
4 HONG KONG University of Science and Tech… Hong Kong
5 KYOTO University Japan
6 OSAKA University Japan
7 KAIST – Korea Advanced Institute of Scie… Korea, South
8 SEOUL National University Korea, South
9 TOKYO Institute of Technology Japan
10= National University of Singapore (NUS) Singapore
10= PEKING University China
12 NAGOYA University Japan
13 TOHOKU University Japan
14 Nanyang Technological University (NTU) Singapore
15= KYUSHU University Japan
15= TSINGHUA University China
17 Pohang University of Science and Technol… Korea, South
18 CITY University of Hong Kong Hong Kong
19 University of TSUKUBA Japan
20= HOKKAIDO University Japan
20= KEIO University Japan
22 National TAIWAN University Taiwan
23 KOBE University Japan
24 University of Science and Technology of … China
25 YONSEI University Korea, South
26 FUDAN University China
27 NANJING University China
28 HIROSHIMA University Japan
29 SHANGHAI JIAO TONG University China
30= Indian Institute of Technology Bombay (I… India
30= MAHIDOL University Thailand
32 ZHEJIANG University China
33 KOREA University Korea, South
34 Indian Institute of Technology Kanpur (I… India
35 CHULALONGKORN University Thailand
36 Indian Institute of Technology Delhi (II… India
37 WASEDA University Japan
38 The HONG KONG Polytechnic University Hong Kong
39 Universiti Malaya (UM) Malaysia 40 National TSING HUA University Taiwan
41 CHIBA University Japan
42 EWHA WOMANS University Korea, South
43 National CHENG KUNG University Taiwan
44 SUNGKYUNKWAN University Korea, South
45 NAGASAKI University Japan
46 HANYANG University Korea, South
47 National YANG MING University Taiwan
48 TOKYO Metropolitan University Japan
49 Indian Institute of Technology Madras (I… India
50 Universitas INDONESIA Indonesia
51 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Malaysia 52 SHOWA University Japan
53 KUMAMOTO University Japan
54 YOKOHAMA NATIONAL University Japan
55 YOKOHAMA CITY University Japan
56 OKAYAMA University Japan
57 KYUNG HEE University Korea, South
58 PUSAN National University Korea, South
59 GIFU University Japan
60 University of DELHI India
61 SOGANG University Korea, South
62 KANAZAWA University Japan
63= Indian Institute of Technology Roorkee (… India
63= OSAKA CITY University Japan
63= Universitas GADJAH MADA Indonesia
63= University of the PHILIPPINES Philippines
67 TOKYO University of Science (TUS) Japan
68 GUNMA University Japan
69 Universiti Sains Malaysia (USM) Malaysia 70 TIANJIN University China
71 National SUN YAT-SEN University Taiwan
72 National TAIWAN University of Science an… Taiwan
73 Hong Kong BAPTIST University Hong Kong
74 National CHIAO TUNG University Taiwan
75 XI’AN JIAOTONG University China
76 DE LA SALLE University Philippines
77 National CENTRAL University Taiwan
78 NIIGATA University Japan
79 OCHANOMIZU University Japan
80 BANDUNG Institute of Technology (ITB) Indonesia
81 CHIANG MAI University Thailand
82= KYUNGPOOK National University Korea, South
82= Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Malaysia
84 Ateneo de MANILA University Philippines
85 THAMMASAT University Thailand
86 TOKAI University Japan
87 MIE University Japan
88 CHONNAM National University Korea, South
89 KAGOSHIMA University Japan
90 Universiti Putra Malaysia (UPM) Malaysia
91 CHANG GUNG University Taiwan
92 INHA University Korea, South
93 TOKYO University of Agriculture and Tech… Japan
94 TONGJI University China
95 SOUTHEAST University China
96 HITOTSUBASHI University Japan
97 CHONBUK National University Korea, South
98 AJOU University Korea, South
99 CHUNGNAM National University Korea, South
100 University of PUNE India
101= SHANDONG University China
101= The CATHOLIC University of Korea Korea, South
103 HALLYM University Korea, South
104 ULSAN University Korea, South
105 National TAIWAN NORMAL University Taiwan
106 SAITAMA University Japan
107 HANKUK University of Foreign Studies Korea, South
108 KASETSART University Thailand
109 PRINCE OF SONGKLA University Thailand
110= BEIJING Normal University China
110= University of CALCUTTA India
112 RITSUMEIKAN University Japan
113 KHON KAEN University Thailand
114= CHUNG-ANG University Korea, South
114= National CHUNG HSING University Taiwan
116 JILIN University China
117 National CHENGCHI University Taiwan
118 HIROSAKI University Japan
119 BOGOR Agricultural University Indonesia
120 SHINSHU University Japan
121 NANKAI University China
122 KITASATO University Japan
123 KANGNUNG National University Korea, South
124 DOSHISHA University Japan
125= AOYAMA GAKUIN University Japan
125= SUN YAT-SEN University China
127 FU JEN Catholic University Taiwan
128 Kinki University (Kindai University) Japan
129 KONKUK University Korea, South
130= AIRLANGGA University Indonesia
130= University of MUMBAI India
130= YAMAGUCHI University Japan
133 GYEONGSANG National University Korea, South
134 Dongguk University Korea, South
135 SOONCHUNHYANG University Korea, South
136 YAMAGATA University Japan
137 SHIZUOKA University Japan
138 DONG-A University Korea, South
139 DANKOOK University Korea, South
140 EAST CHINA University of Science and Tec… China
141 Indian Institute of Technology Kharagpur… India
142 KYOTO Institute of Technology Japan
143 HUNAN University China
144= NANJING Agricultural University China
144= University of SANTO TOMAS Philippines
146 BEIJING Institute of Technology China
147 KOCHI University Japan
148 EAST CHINA Normal University China
149 SEJONG University Korea, South
150= LANZHOU University China
150= University of SEOUL Korea, South
151= BURAPHA University Thailand
151= SAGA University Japan
151= AKITA Prefectural University Japan
151= CHOSUN University Korea, South
151= HANNAM University Korea, South
151= XIAMEN University China
151= Cheju National University Korea, South
151= YUNNAN University China
151= DALIAN University of Technology China
151= IWATE University Japan
161= DONGHUA University China
161= KYUSHU Institute of Technology Japan
161= SEONAM University Korea, South
161= KUMOH National Institute of Technology Korea, South
161= SOOCHOW University China
161= ANDONG National University Korea, South
161= China Agricultural University China
161= NANJING University of Aeronautics and As… China
161= HUAZHONG University of Science and Techn… China
171= HONGIK University Korea, South
171= Indian Institute of Technology Guwahati … India
171= Pukyong National University Korea, South
171= RENMIN University of China China
171= DIPONEGORO University Indonesia
171= ANYANG University Korea, South
171= NORTHWESTERN Polytechnical University China
171= Myongji University Korea, South
171= MULTIMEDIA University Malaysia
171= SEBELAS Maret University Indonesia
181= Changwon National University Korea, South
181= BEIHANG University (former BAUU) China
181= PAICHAI University Korea, South
181= SICHUAN University China
181= CENTRAL SOUTH University China
181= International CHRISTIAN University Japan
181= SOUTH CHINA University of Technology China
181= YAMAGUCHI Prefectural University Japan
181= SILLA University Korea, South
181= Kookmin University Korea, South
191= University of BRAWIJAYA Indonesia
191= GAKUSHUIN University Japan
191= NANJING Normal University China
191= RIKKYO University Japan
191= Keimyung University Korea, South
191= NORTHEAST Normal University China
191= BEIJING FOREIGN STUDIES University China
191= National CHUNG CHENG University Taiwan
191= National KAOHSIUNG Normal University

Wednesday, August 5, 2009

SUDAH BERUSAHA TETAPI TIDAK BERJAYA JUGA. KENAPA?

PEPERIKSAAN semakin hampir, masa bergerak dan berlalu begitu pantas sekali. Ada pelajar yang sedar akan hambatan masa ini dan ada juga pelajar yang masih lena dibuai mimpi-mimpi indah ciptaan mereka sendiri. Bagi mereka yang sedar bahawa peperiksaan semakin hampir, syukur alhamdulillah. Diharap kepada pelajar yang masih tidur lena cepat-cepatlah sedarkan diri agar anda tidak ketinggalan dan tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang mendapat kerugian.

Sudah menjadi lumrah dan kebiasaannya, berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah KAM sendiri alami, apabila tibanya dan hampir kepada hari peperiksaan, maka debaran dengutan jantung semakin kencang. Malah keresahan juga menghantui diri. Maka timbullah persoalan-persoalan dibenak fikiran seperti apa yang harus aku lakukan ? Adakah aku sudah betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan akan datang ? Selain itu, ada juga yang bertanya pada diri sendiri, mengapa aku tidak cemerlang sepertimana kawan-kawan yang lain. KAM rasa persoalan-persoalan begini sedang berlegar-legar difikiran pelajar-pelajar sekalian.

Berkaitan tajuk yang dibincangkan pada hari ini, KAM tertarik untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian berhubung dengan pertanyaan daripada adik Fatin Atiqah pada ruangan komentar di laman ini. Pertanyaan beliau ialah :

  • Saya nak tanya, macam mana nak buat agar lebih cemerlang dalam peperiksaan. Apa yang diberitahu telah saya lakukan tetapi tidak berjaya juga ?
  • Saya dan kawan selalu berusaha sama-sama dalam pelajaran, tetapi mengapa kawan saya selalu dapat apa yang dia nak tetapi saya tak dapat ? Contohnya dia dapat 3A dalam peperiksaan baru-baru ini tetapi saya tidak dapat. Apa salah saya ustaz ?

Baiklah…Di sini terdapat beberapa pandangan yang KAM dapat kongsikan berhubung dengan pertanyaan adik Fatin Atiqah di atas. Antaranya ialah :

Hendaklah selalu muhasabah diri

Muhasabah diri di sini bermaksud anda hendaklah mengkaji dan mencari KELEBIHAN dan KELEMAHAN diri. Cuba anda senaraikan di dalam buku catatan apakah kelebihan dan kelemahan diri anda. Maka di situlah anda akan dapat mengetahui siapa diri anda sebenarnya. Apabila anda mengetahui dan menemui keduanya, maka tanggungjawab anda seterusnya ialah menggunakan sebaik mungkin kelebihan-kelebihan yang di anugerah oleh Allah SWT pada diri anda. Dan anda juga hendaklah berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri anda.

Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Semuanya itu adalah ketentuan Allah SWT. Kelebihan dan kelemahan manusia pula adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Sebagai contoh, ada pelajar masa mengulangkaji pelajaran adalah pada waktu tengahari atau waktu petang. Pada waktu ini dia dapat menumpukan sepenuhnya pelajaran dengan berkesan. Manakala ada juga pelajar, masa mengulangkaji yang berkesan pada waktu pagi iaitu sebelum waktu subuh. Walaupun kita lakukan semua tips-tips dan teknik belajar yang berkesan sepenuhnya tetapi masih lagi tidak cemerlang, kenapa ? Mungkin masa kita mengulangkaji pelajaran itu tidak sesuai. Maka KAM harap anda dapat mencari masa yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran bagi diri anda. Insyaallah anda akan mendapat cemerlang sepertimana orang lain dapat.

Hendaklah selalu mendekatkan diri kepada Allah SWT

Kita hendaklah selalu mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Terutamanya mendirikan solat lima waktu. Jangan kita abaikan. Selalulah berdoa kepadaNYA memohon agar diberi kemudahan dan dihindari segala kesulitan dalam hidup. Apabila diri kita sentiasa dekat dengan Allah SWT, maka segala permohonan dan rayuan kita akan cepat dimakbulkan oleh Allah SWT. Selain itu juga, hati kita menjadi tenang dan suci daripada segala dosa yang mungkin menjadi penghalang untuk kita meraih kejayaan.

Ujian Allah SWT

Jangan kita lupa, setiap apa yang berlaku ke atas diri kita adalah ujian daripada Allah SWT. Di dalam kehidpan manusia pasti akan menghadapi pelbagai cabaran, dugaan dan liku-liku hidup umpama roda yang berputar. Adakalanya kita berada megah di atas dan ada kalanya kita berduka di bawah. Kedua-duanya adalah merupakan ujian Allah SWT bagi kita sebagai hambaNYA di muka bumi ini. Bertujuan untuk mengenalpasti siapakah di antara kita yang paling berkualiti amalnya menerusi cara-cara kita menghadapi ujian-ujian tersebut. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud :

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

Apa yang adik Fatin hadapi sekarang ini adalah ujian daripada Allah SWT. Anggaplah ujian ini sebagai motivasi kepada diri kita agar lebih berusaha dengan gigih lagi untuk mencapai kejayaan cemerlang.

Ketentuan Allah SWT

Selain itu, jangan kita lupa pada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada’ dan qadar Allah SWT. Segala yang berlaku ke atas diri kita sebenarnya adalah ketentuan Allah SWT. Walaupun kita selalu berusaha bersama-sama dalam pelajaran, tetapi mengapa kawan kita selalu dapat apa yang dia nak tetapi kita tak dapat… Ini semua sudah tercatat pada ketentuan Ilahi. DIA yang Maha Berkuasa segala-galanya. Apabila kita yakun dengan ketentuan ini, maka hati kita menjadi tenang dan redha serta bersyukur di atas segala pemberian Allah SWT.

Akhir kalam, KAM percaya masih ada masa lagi untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri. Satu hal yang paling penting bagi anda ialah sentiasa BERDOA + BERUSAHA + BERIKHTIAR + BERTAWAKKAL. Insyaallah anda akan berjaya dan CEMERLANG di dalam peperiksaan nanti. YAKIN pada diri sendiri. Insyaallah anda akan menjadi seorang pelajar yang HEBAT !!!! Wallahu A’lam.

Monday, July 27, 2009

CANTIK

Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!

Wednesday, July 15, 2009

ERTI KEGAGALAN

Apa itu kegagalan? Ianya bukanlah satu unsur tunggal. Ia bukanlah terhasil dalam satu hari sahaja. Sebenarnya ia merupakan hasil kumulatif. Ianya hasil pengumpulan kesilapan kecil yang dilakukan kita berulangkali. Kesilapan kecil ini adalah disebabkan oleh pemikiran, tindakan , perbuatan kita dalam melakukan sesuatu perkara.

Erti kata dengan mudah, kegagalan dapat ditakrifkan sebagai hasil kesilapan kecil kita yang dilakukan berulang kali. Akhirnya sedikit yang kita sangkakan ini bertambah dan membesar. Itulah yang dipanggil kegagalan. Kegagalan berpunca daripada sikap ‘tidak mengapa’ kita.

Sekadar analogi. Kita tahu makanan ringan adalah tidak baik. Tetapi oleh kerana sikap ‘tidak mengapa’, kita pun tidak mengendahkannya. Lama kelamaan, kesilapan kecil ini pun membesar. Akhirnya, ia menjadi kegagalan. Kita mengalami penyakit kronik kesan tabiat pemakanan kita.

Persoalannya, mengapa kita meneruskannya? Sebabnya, perasaan seronok ketika waktu tersebut menutup mata kita untuk melihat kesannya pada masa akan datang.

Begitu juga dengan kesan keputusan dimarahi teruk oleh guru. Kita tahu, jika kita tidak buat kerja sekolah yang diberikan, kita akan dimarahi. Tetapi keseronokan menonton televisyen membuat kita terlupa memikirkan kesan pada masa hadapan ini. Akhirnya kesilapan ini berkumpul. Maka terhasillah kegagalan.

GAGAL KE UNIVERSITI BUKAN PENENTU MASA HADAPAN