KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH
Showing posts with label KEGURUAN. Show all posts
Showing posts with label KEGURUAN. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

RENUNGAN UNTUK GURU

Monday, October 17, 2011

Dipetik dari sumber melayukuhebat

Assalamualaikum

Bajet 2012 baru-baru ini dikatakan oleh pelbagai pihak sebagai bajet yang julung kalinya amat memberikan faedah lebih banyak kepada masyarakat pelbagai golongan. Semua golongan berpendapat, bajet kali ini mempunyai nilai tambahnya tersendiri dalam usaha menyakinkan kepada rakyat bahawa kerajaan amat membantu rakyat.

Merujuk kepada habuan yang diterima oleh kakitangan awam, mungkin pengunjung telah acapkali menjumpai blog-blog atau forum yang membincangkan habuan ini iaitu kenaikan gaji tahunan yang skimnya telah berubah dari Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Habuan atau tingkat kenaikan gaji tahunan juga turut berubah mengikut gred perkhidmatan seperti yang diumumkan ketika sesi pembentangan bajet 2012 baru-baru ini. Berikut adalah kenaikan gaji tahunan mengikut gred perkhidmatan :

Ini adalah nilai kenaikan untuk gaji pokok setiap tahun dan tarikh kuatkuasa permulaan bayaran hanya mengikut pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Kali terakhir kenaikan gaji kakitangan awam pada tahun 2007 jika tak silap saya. Jadi, buat masa ini tak perlulah kita risau berapa nilai, bila dikeluarkan habuan tu sebab ada kira-kira 2 bulan lagi untuk merangkak ke tahun 2012. Pastinya pihak yang terlibat sedang dalam proses memastikan pengisian bajet 2012 dikemaskini atau dijalankan.
Berikut merupakan tarikh bayaran gaji untuk tahun 2011 dan hanya melibatkan pembayaran bulan 10, 11 dan 12 lagi.



Untuk pembayaran gaji tahun depan, akan dikeluarkan mengikut opsyen yang ada dalam bajet 2012 iaitu SPBA. Manakala pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan tarikh pembayaran gaji adalah JANM dan boleh disemak atau diperoleh tarikh pembayaran gaji di laman web JANM. Apa-apa info tentang pembayaran gaji khususnya boleh rujuk di JANM.

Apa-apa pun bersabarlah tentang kenaikan tu, pasti akan ada. Tahniah kepada kakitangan awam kerana mendapat habuan ini keraja jasa dan tugas yang diamanahkan. Selamat maju jaya.

Friday, October 7, 2011

SBPA GANTI SSM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dalam usaha melakukan transformasi perkhidmatan awam di negara ini supaya lebih dinamik, responsif serta berorientasikan prestasi.

Sistem itu menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi membawa perubahan lebih radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan mereka berasaskan prestasi kerja.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, semalam berkata, antara elemen yang terkandung dalam SBPA termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Selain itu, beliau berkata, melalui SBPA, ia dapat menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya mereka mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.


“Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi berbanding sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum RM6,325.39, kelak di bawah SBPA, gaji maksimum meningkat 37.7 peratus kepada RM8,710.


“Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah RM3,860.52, kelak nanti di bawah SBPA akan meningkat 39 peratus kepada RM5,370,” katanya.

Beliau turut mengumumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 selain faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi mereka yang menerima opsyen SBPA itu.


“Dengan pelaksanaan SBPA ini, 600,000 pesara kerajaan menikmati pelarasan pencen membabitkan peruntukan RM600 juta. Mulai 2013, kerajaan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelaksanaan gaji,” katanya.

Najib turut memberi khabar gembira kepada penjawat awam yang berada pada tahap usia persaraan apabila mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 kepada 60 tahun.


Katanya, ia bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam dan tidak menjejaskan peluang pekerjaan generasi muda kerana sektor awam dan swasta terus mewujudkan peluang pekerjaan.

Monday, September 26, 2011

SEKOLAH TAKSUB SEMUA A DITEGUR


exam


KUALA LUMPUR: Sekolah yang terlalu taksub untuk mencatat prestasi dengan keputusan semua A dalam peperiksaan awam sehingga sanggup bertindak di luar batasan, ditegur kerana kecemerlangan institusi pendidikan bukan diukur dari segi pencapaian akademik saja.
Sebaliknya, pengiktirafan itu termasuk pemberian ganjaran kepada pengetua, guru besar dan guru di bawah Tawaran Baru, mengambil kira penilaian menyeluruh yang turut meliputi aspek pencapaian kokurikulum dan pelajar serta keberhasilan pembangunan modal insan selaras Falsafah Pendidikan Negara.

Berikutan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pengetua dan guru besar harus bersikap lebih terbuka dalam memahami hasrat kementerian berhubung matlamat pendidikan berkualiti.

Beliau dukacita ada sekolah terlalu taksub seperti itu, sedangkan kementerian tidak menilai kecemerlangan sekolah hanya berdasarkan prestasi semua A dalam peperiksaan. Malah, ada sekolah yang bukan seluruh pelajarnya mendapat keputusan semua A, tetap berjaya menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Jadi, tindakan seperti menyekat calon tertentu menduduki peperiksaan awam bermakna menutup potensi yang ada serta menyebabkan masyarakat menjadi keliru.

Tiga calon Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor, Sarawak, tidak dibenar menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini kerana mereka didakwa lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine serta Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah ketika calon lain menduduki UPSR pada 13 dan 14 September lalu dan mereka hanya dibenarkan mendudukinya pada hari terakhir peperiksaan 15 September selepas ibu bapa membuat aduan polis.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) sudah membuat siasatan awal ke SK Bandar Bintangor Isnin lalu dan mengesahkan berlaku kejadian mengurung tiga calon terbabit.

Mereka masih menyiasat punca kejadian dan ketika ini, guru besar sekolah itu bertugas seperti biasa. JNJK dijangka menyerahkan laporan penuh hasil siasatan itu kepada saya akhir minggu depan. Kita akan meneliti dan membuat beberapa cadangan sewajarnya sebelum dikemukakan kepada menteri.

Beliau berkata, tiga murid terbabit akan menduduki UPSR pada 3 hingga 5 Oktober di sekolah itu dengan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sendiri yang akan bertindak sebagai guru pengawas.

Bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan, beliau berkata, kementerian akan mengeluarkan surat peringatan dari semasa ke semasa kepada pengetua dan guru besar mengenai pekeliling berhubung hak semua pelajar berdaftar menduduki peperiksaan.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon turut kesal dengan kejadian itu yang disifatkan sebagai terpencil dan menggesa suatu peringatan dikeluarkan kepada semua sekolah bagi memastikan calon tidak dihalang menduduki peperiksaan.

Katanya pihak yang bersalah dalam perkara ini mesti dikenakan tindakan sesuai untuk dijadikan amaran dan menjadi pengajaran kepada yang lain.
Disunting Daripada Berita Harian

Wednesday, September 7, 2011

2 GURU SATU KELAS

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.

Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru, termasuk penyertaan dalam terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata satu pelan operasi latihan juga sedang dibangunkan untuk dilaksanakan tahun depan bagi mengurangkan kekerapan guru meninggalkan kelas untuk berkursus.

Malah, katanya, antara perakuan yang sudah diambil tindakan ialah memohon agensi Pusat menempatkan 100 jawatan pembantu tadbir N17 melalui urusan pindah butiran perjawatan di 50 sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1,500 murid untuk mengurangkan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan guru.

Beliau berkata, semua perakuan itu dikemukakan selepas isu beban tugas guru dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Katanya, jawatankuasa itu dalam laporannya turut mendedahkan ada guru memegang dan melaksanakan sehingga 30 tugasan di sekolah serta peringkat daerah dan negeri.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa pelaksanaan ditubuhkan dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan semua perakuan yang kemukakan jawatankuasa berkenaan.

Mengenai aduan aktiviti sekolah pada Sabtu, Mohd Puad berkata, pekeliling sudah dikeluarkan dengan membenarkan hanya dua Sabtu dalam sebulan dibenarkan aktiviti sekolah dan kegagalan mematuhinya perlu dilaporkan kepada kementerian.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan kepada pihaknya berhubung kajian yang dilakukan di beberapa sekolah di Johor dan Melaka, termasuk cadangan mengurangkan peperiksaan dan ujian yang diganti dengan penilaian.

Monday, August 8, 2011

BONUS RAYA



Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

BONUS RAYA



Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sunday, April 24, 2011

CUEPACS KEMUKA LIMA TUNTUTAN BARU

CUEPACS KEMUKA LIMA TUNTUTAN BARU

awam

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam

skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Tuntutan lain akan dikemukakan dalam pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, di Putrajaya, Isnin ini ialah kenaikan pangkat berdasarkan 'time base' (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama.

JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan.

CUEPACS juga akan membuat susulan terhadap keputusan kerajaan serta cadangan dikemukakan kongres itu kepada JPA sebelum ini, termasuk cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan.

Bercakap selepas berdialog dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pejabat JPJ Perak di sini. Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula SSM.

Penjawat awam Gred 1 hingga 16 perlu diberikan gaji lebih tinggi bagi membolehkan mereka menyesuaikan dengan peningkatan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Omar berkata CUEPACS meminta kerajaan menimbang pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini bagi mengimbangi bonus diterima mereka yang berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan tertentu.

Monday, May 17, 2010

25 SETIAP KELAS

KUALA LUMPUR: Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban

tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan.

Ia berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Menurut sumber, ia adalah antara 40 cadangan yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Ketika ini, kebanyakan sekolah, terutama sekolah di bandar, mengalami masalah kepadatan kelas sehingga ada yang melebihi 40 murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid yang berbeza, selain kerja merekod, pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan.

Katanya semalam berdasarkan cadangan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah mengatasi masalah kepadatan bilik darjah supaya mencapai jumlah ideal 25 pelajar, termasuk menambah bilangan kelas di sekolah. Jika dilaksanakan, kementerian juga perlu menambah guru.

Tambahnya bagaimanapun secara prinsip, persetujuan sudah dicapai dalam jawatankuasa itu supaya setiap cadangan disokong dengan fakta saintifik yang bernas bersama anggaran kos supaya dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.

Pada majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Peringkat Kebangsaan Ke-39, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan empat syor jawatankuasa khas itu yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru.

Beliau berkata, syor itu ialah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah lebih wajar, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang menjadi antara punca pertambahan beban tugas guru, menyusun semula tugas perkeranian di sekolah dan kursus yang perlu dihadiri oleh guru diselaraskan pada peringkat kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.

Sumber itu berkata, 40 cadangan yang disenaraikan selepas beberapa siri mesyuarat adalah hasil penelitian mendalam dan semakan semula terhadap beberapa kajian utama yang pernah dijalankan mengenai beban tugas guru sebelum ini, termasuk Laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad pada 1997.

Selain itu, beliau berkata, sebahagian daripada saranan dicadangkan oleh pertubuhan perguruan yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan, di samping pemantauan dan hasil soal selidik dengan guru peringkat akar umbi.

Katanya, satu lagi cadangan ialah kementerian mematuhi pekelilingnya dengan memastikan ada guru ganti bagi mengisi kekosongan untuk guru cuti bersalin atau berkursus bagi tempoh lama dan bukan dibebankan kepada guru lain.

Cadangan lain ialah pengagihan tugas yang sama rata kepada semua guru di sekolah dan bukan hanya kepada kumpulan tertentu semata-mata berdasarkan ‘siapa boleh buat kerja.’

Jawatankuasa berkenaan juga mencadangkan supaya kementerian menambah dua lagi kerani di sekolah yang murid melebihi 500 orang dan pentadbiran sekolah diberi kebebasan menentukan pembabitan dalam program anjuran pihak luar tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Katanya ketika ini, sekolah terpaksa akur jika ada arahan menyertai program anjuran pihak luar, walaupun kadang kala ia diadakan secara mengejut. Ini membebankan guru kerana pada masa sama mereka terpaksa menjalankan program lain yang sudah diatur terlebih dulu dalam takwim sekolah.



Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

INSENTIF BARU DIHARAP PENYUNTIK SEMANGAT GURU LEBIH DEDIKASI

17 MEI - INSENTIF BARU DIHARAP PENYUNTIK SEMANGAT GURU LEBIH DEDIKASI

ORANG paling gembira semalam ialah pendidik di seluruh negara apabila kerajaan mengumumkan ganjaran kewangan dalam usaha melonjakkan prestasi sekolah dan ia hadiah paling bermakna sempena sambutan Hari Guru,


seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran. Misalnya, pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) akan menerima ganjaran kewangan RM7,500, lima peratus guru terbaik sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru selebihnya lagi akan menerima RM900.

Ganjaran kewangan itu, seperti kata Muhyiddin tidak terbatas sekali saja untuk setiap sekolah, malah jika sesuatu sekolah terbabit meneruskan usaha tahun berikutnya, ia akan dapat lagi ganjaran. Kita yakin langkah itu bukan saja melonjakkan prestasi sekolah, malah membantu mendidik pelajar dengan lebih cemerlang lagi, sekali gus membantu ke arah membentuk kecemerlangan akademik serta sahsiah pelajar.

Pencapaian setiap sekolah akan dinilai selepas keputusan peperiksaan, sebelum ganjaran itu diberikan kepada mereka yang layak. Beberapa inisiatif lain kepada pendidik turut diumumkan. Antaranya, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) meluluskan sebanyak 25,269 kenaikan pangkat bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma atau bukan siswazah sehingga April 2010 ini.

Malah untuk mempercepatkan proses kenaikan pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam juga bersetuju supaya kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan Gred DG44 dan DG48 bagi Pegawai Perkhidmatan Siswazah akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran.

Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran mungkin tidak dapat memenuhi semua tuntutan, apatah lagi masalah perguruan agak kompleks dan pelbagai. Kita percaya, atas dasar penjimatan, beberapa tuntutan tidak dapat dilaksana dalam tahun ini dan apabila keadaan mengizinkan dan ada peruntukan, kerajaan pasti mempertimbangkannya.

Misalnya, tuntutan menaikkan elaun wilayah yang kerap dibangkitkan kesatuan sebelum ini, tetapi kerajaan belum bersedia memenuhinya. Oleh itu, kita berharap, mana-mana bahagian guru yang tidak memperoleh faedah secara langsung kali ini, selain kesatuan guru bersabar.

Mereka harus faham bahawa kerajaan perlu melihat juga kepada kebajikan kerjaya lain dalam sektor awam dan kita akui tugas pendidik amat penting. Cuma apa yang kita bimbang ialah pelaksanaan proses prestasi sekolah itu nanti, terutama berkaitan KPI yang membabitkan prestasi guru.

Untuk prestasi sekolah rasanya bukan sukar kerana ia digambarkan melalui keputusan peperiksaan umum yang boleh diukur. Ini bermakna, pengetua dan guru besar perlu adil apabila membuat penilaian KPI untuk guru di bawah tanggungjawab mereka supaya tiada salah guna kuasa atau pilih kasih.

Apa pun, insentif diumum Muhyiddin itu diharap sebagai penyuntik semangat untuk guru supaya bertugas dengan lebih dedikasi demi bangsa, agama dan negara.

Kita juga berharap kesatuan guru mengadakan perbincangan terus dengan kementerian jika ada perkara berbangkit untuk diselesai secara saksama dan di belakang tabir tanpa perlu hebahkan kepada umum, seperti kelaziman dilakukan kesatuan lain sebelum ini.



Berita disunting daripada sumber: Berita Harian (Minda Pengarang)

Monday, April 12, 2010

TAHNIAH SEMUA GURU PENGAJIAN AM SABAH

Written by Awang Jaya bin Awang Damit
Sunday, 21 March 2010 22:42
Assalamualaikum wbt., dan Salam 1 Malaysia,
Sektor Pengurusan Akademik dan JPN Sabah ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua Ketua Panitia dan guru-guru Pengajian AM 2009 kerana dengan usaha bersungguh-sungguh keputusan mata pelajaran ini telah meningkat sebanyak 7.66 peratus. Semoga peningkatan ini dapat diteruskan pada tahun 2010 ini. Justeru, Sektor ini meminta kerjasama daripada Ketua-ketua Panitia, Guru-guru Pengajian Am, PGSD Pengajian Am dan para Jurulatih Utama untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini. SYABAS & TAHNIAH sekali lagi.

Monday, March 8, 2010

PENSTRUKTURAN SEMULA PENGURUSAN SUKAN

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian penderaan kanak-kanak yang terus berlaku menunjukkan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat negara ini masih rapuh.


Perdana Menteri sedih apabila melihat laporan media massa mengenai cerita menyayat hati kes penderaan kanak-kanak sehingga ada yang meninggal dunia. Ini bermakna dalam masyarakat, institusi kekeluargaan masih rapuh dan masih tiada rasa sayang kepada anak kandung,.

Program berkenaan disiarkan oleh TV3 malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar dan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib.

Najib berkata, nilai murni perlu dipupuk ketika negara semakin maju dan membangun supaya wujud masyarakat yang seimbang.

Pada masa sama, Najib mahu kanak-kanak negara ini diberi perspektif yang luas selaras fenomena globalisasi masa kini kerana manusia berada dalam perlumbaan.

Najib juga berkata, kerajaan menghormati hak kanak-kanak di negara ini dengan berusaha menyediakan pelbagai kemudahan, terutama dalam bidang pendidikan untuk mereka.

Malah, beliau berkata, zaman kanak-kanak adalah waktu yang baik untuk memupuk semangat perpaduan selaras konsep 1Malaysia.

Pada majlis itu, Najib turut ditemubual empat kanak-kanak, iaitu Nicholas Tan Hao Yu, 8; Muhammad Arief Nussenie Aman Shah, 10; Natasha Franco Rende, 10; dan M Thivahshini, 11; dari Sekolah Sri Cempaka Damansara untuk siaran televisyen.

Setiap seorang bertanyakan satu soalan kepada Najib mengenai pelbagai isu seperti Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen, Denmark pada Disember lalu, program Permata Negara dan hak kanak-kanak.


Berita Disunting Dari Sumber: Berita Harian

Tuesday, July 21, 2009

5 CARA GURU BELAJAR

Perubahan paradigma pendidikan yang cukup dramatis pada saat sekarang ini, mau tidak mau menuntut para guru untuk dapat menyesuaikan diri dengan berbagai tuntutan perubahan yang ada. Salah satu cara yang efektif agar dapat menyesuaikan diri dengan berbagai tuntutan perubahan yang ada yaitu melalui belajar secara terus menerus. Dengan demikian, tuntutan untuk belajar tidak hanya terjadi pada siswa yang dibelajarkannya, tetapi guru itu sendiri pun justru dituntut untuk senantiasa belajar tentang bagaimana mengajar yang baik. Banyak cara yang bisa dilakukan guru untuk belajar, diantaranya:

1.Guru belajar dari praktik pembelajaran yang dilakukannya

Cara belajar guru yang pertama ini dilakukan melalui usaha untuk senantiasa memonitor, menganalisis dan melakukan refleksi atas setiap praktik pembelajaran yang dilakukannya. Melalui cara seperti ini guru akan memperoleh sejumlah pengetahuan dan pemahaman baru (the best practice) tentang siswa, sekolah, kurikulum, dan berbagai strategi pembelajaran. Kegiatan Penelitian Tindakan Kelas (1, 2) merupakan salah satu bentuk cara belajar guru semacam ini (Cochran-Smith and Lytle, 1993).

2.Guru belajar melalui interaksi dengan guru lain

Cara belajar guru yang kedua dapat dilakukan melalui interaksi dengan guru lain, baik secara formal maupun informal. Secara formal, misalnya melalui kegiatan mentoring (tutorial) yang dilakukan oleh guru senior yang berpengalaman terhadap guru baru (novice), berdasarkan penugasan secara resmi dari sekolah. Dalam hal ini, guru baru dapat menimba berbagai pengetahuan dan keterampilan dari mentornya (Feiman-Nemser and Parker, 1993). Sedangkan secara informal dapat dilakukan melalui kegiatan pembicaraan yang tidak resmi, misalnya pada saat berada di ruang guru, halaman sekolah dan tempat-tempat lainnya yang sifatnya tidak resmi. Bentuk lain belajar melalui interaksi dengan guru lain adalah melalui kegiatan MGMP/MGBK dan pertemuan profesional lainnya, dimana guru dapat saling belajar dan berbagi pengetahuan. Kegiatan supervisi pembelajaran, baik oleh guru senior, kepala sekolah maupun pengawas sekolah, termasuk ke dalam kategori cara belajar ini. Demikian juga, program lesson study merupakan salah satu bentuk cara belajar guru melalui interaksi dengan guru lain.

3.Guru belajar melalui ahli/konsultan

Cara yang ketiga, guru dapat belajar melalui ahli/konsultan. Dalam kegiatan ini, sekolah menyediakan seorang atau beberapa orang ahli/konsultan khusus dari luar untuk membelajarkan para guru di sekolah. Secara berkala, ahli/konsultan tersebut dihadirkan di sekolah untuk membelajarkan guru, misalnya dalam bentuk workshop atau layanan konsultasi. Melalui cara ini, para guru akan memperoleh pemahaman tentang berbagai inovasi pendidikan sekaligus memperoleh bimbingan dalam penerapannya. Dalam konteks ini, pengawas sekolah (educational supervisor) seyogyanya dapat diposisikan sebagai tenaga konsultan yang dibutuhkan untuk kepentingan peningkatan kemampuan guru.

4.Guru belajar melalui pendidikan lanjutan dan pendalaman

Asumsi yang mendasari cara yang keempat ini, bahwa semakin tinggi tingkat pendidikan yang diperoleh seseorang, semakin lebih baik pula tingkat kemampuan yang dimilikinya. Oleh karena itu, dalam upaya meningkatkan kemampuan guru, seyogyanya guru didorong untuk dapat melanjutkan studi ke jenjang yang lebih tinggi atau mengikuti pendidikan pendalaman akademik. Pendidikan lanjutan artinya guru melanjutkan studi sesuai dengan bidangnya, misalkan seorang guru Bimbingan dan Konseling yang sudah memiliki tingkat pendidikan S1, kemudian dia melanjutkan lagi studinya ke S2 Program Magister Bimbingan dan Konseling, dan seterusnya. Sedangkan pendidikan pendalaman, bisa dilakukan melalui kursus-kursus dan pendidikan alternatif yang relevan. Misalnya, guru Ekonomi yang berlatarbelakang S1 Pendidikan Ekonomi, untuk pendalaman bidang akademiknya dia bisa mengikuti pendidikan S1 alternatif di Fakultas Ekonomi.
Di samping memperoleh kemampuan yang lebih baik, kegiatan pendidikan lanjutan berkolerasi pula dengan tingkat penghasilannya (Renyi, 1996). Di Amerika, kegiatan pendidikan pendalaman banyak dilakukan pada musim summer atau setelah selesai jam sekolah. Demikian pula, di negara-negara tertentu, guru-guru banyak mengikuti program in service trainning dengan dititipkan (pencangkokan) di Perguruan Tinggi untuk beberapa lama.

5.Guru belajar melalui cara yang terpisah dari tugas profesionalnya.

Cara yang kelima ini, guru belajar tentang hal-hal yang sebenarnya tidak berhubungan langsung dengan tugas-tugas profesionalnya, seperti pengembangan kemampuan intelektual dan moral terkait perannya sebagai orang tua, mengikuti pelatihan sebagai pengurus organisasi di masyarakat, pelatihan kepemimpinan dalam bisnis dan sebagainya. “They learn about nondidactic forms of instruction…”, demikian dikemukan oleh Lucido (1988). Meski tidak berhubungan langsung dengan tugas profesionalnya, beberapa hasil-hasil pelatihan tersebut dapat ditransfer untuk kepentingan penguatan kemampuannya sebagai guru.