KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH
Showing posts with label KENEGARAAN. Show all posts
Showing posts with label KENEGARAAN. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

KOLEKSI LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA

Setelah seminggu dihujani kritikan dan cacian, kerajaan ahirnya memutuskan untuk menggantikan logo Hari Kemerdekaan ke-55 yang menenggunakan kempen "Janji Ditepati" kepada logo 1 Malaysia. Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim di laman Twitter. Menurut Rais, langkah ini adalah untuk "membendung salah faham".

Kontroversi logo Hari Kemerdekaan ke-55 tercetus apabila logo rasmi yang diputuskan kerajaan mengetengahkan kempen "Janji Ditepati" yang berbaur politik selain rekaan yang tidak kreatif. Lebih memburukkan keadaan lagu tema "Janji Ditepati" tidak langsung menerapkan elemen patriotisme melainkan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan parti pemerintah.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia, logo dan tema kemerdekaan dikritik begitu hebat. Sebelum ini kritikan hanya bersifat minor seperti logo kemerdekaan negara ke-51 (tahun 2008) yang didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan dan rekaan logo tahun 1977 yang dikatakan meniru pesawat Millennium Falcon dari filem Star Wars.

Sebagai rujukan kami persembahkan kesemua logo dan tema Hari Kemerdekaan sejak diperkenalkan pada tahun 1976 sehingga tahun 2012. Hayati dan bandingkan perbezaan semangat patriotisme yang dipupuk setiap tahun melalaui logo dan tema yang diperkenalkan. Sewajarnya Hari Kemerdekaan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.
1976 - Ketahanan Rakyat

1977 - Bersatu Maju

1978 - Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 - Bersatu Berdisiplin

1980 - Berdisiplin Berbakti

1981 - Berdisiplin Berharmoni

1982 - Berdisiplin Giat Maju

1983 - Bersama Ke Arah Kemajuan

1984 - Amanah Asas Kejayaan

1985 - Nasionalisme Teras Peraduan
1986 - Bangsa Tegas Negara Teguh

1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju

1988 - Bersatu

1989 - Bersatu

1990 - Berjaya

1991 - Wawasan 2020

1992 - Wawasan Asas Kemajuan

1993 - Bersatu Menuju Wawasan

1994 - Nilai Murni Jayakan Wawasan

1995 - Jatidiri Penggerak Wawasan

1996 - Budaya Penentu Kecapaian

1997 - Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 - Negara Kita Tanggungjawab Kita

1999 - Bersatu Ke Alaf Baru

2000 hingga 2006 - Keranamu Malaysia
2007 - Malaysiaku Gemilang

2008 - Perpaduan Teras Kejayaan

2009 - 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2010 - 1Malaysia Menjana Transformasi

2011 - 1Malaysia, Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Sunday, October 17, 2010

INTIPATI BUDGET 2011

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

* Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus

* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia

* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

* Satu projek besar dirancang melibatkan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia seluas 2,680 ekar di Sungai Buloh

* Sistem pengangkutan MRT untuk Greater KL akan dilaksanakan bermula 2011 bertujuan meningkatkan penggunakan pengangkutan awam hingga 40 peratus

* RM100 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program termasuk menyelesaikan isu berkaitan hak tanah Orang Asli dan sempadan penempatan

* Imbuhan guru KAFA dinaikkan daripada RM500 kepada RM800. Elaun bagi imam pula dinaikkan daripada RM450 dan RM750

* Elaun pengerusi JKKK, JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli kpd RM800.
Read more...

Thursday, February 18, 2010

HUKUMAN SEBAT DALAM PERUNTUKAN NEGERI

KUALA LUMPUR: Semua negeri mempunyai peruntukan hukuman sebat mengikut akta, enakmen dan Ordinan Jenayah Syariah tetapi hanya Kelantan pernah melaksanakan hukuman itu terhadap 10 pesalah sejak Undang-Undang Kaedah Hukuman Sebat Kelantan dikuatkuasakan pada 1987.

Pesalah yang disabitkan di negeri lain hanya dijatuhkan hukuman penjara dan denda walaupun kesalahan mempunyai peruntukan hukuman sebat.

Di KOTA BHARU; Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad, berkata hukuman sebat dilaksanakan pegawai khas yang dilantik Mahkamah Syariah selepas prosiding peringkat Mahkamah Rayuan Syariah berakhir jika pesalah merayu terhadap hukuman.

“Hukuman sebat pertama dilaksanakan pada 7 Januari 1987 membabitkan kesalahan mukadimah zina terhadap seorang lelaki. Cuma ketika itu, hukuman sebat tidak digembar-gemburkan.

"Hukuman berjalan hingga kini dan kali terakhir pada 2004 terhadap seorang lelaki berusia 35 tahun selepas didapati bersalah minum arak. Hukuman sebat bagi pesalah jenayah syariah di negeri ini dijalankan di Penjara Pengkalan Chepa," katanya.

Di JOHOR BAHRU, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Johor, Mohd Nooh Kadri, berkata Johor mempunyai Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang memperuntukkan hukuman sebat tetapi belum ada pesalah pernah menjalani hukuman itu.

Katanya, enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 memperuntukkan sehingga enam sebatan untuk kesalahan menyampaikan doktrin palsu, melakukan perbuatan berlawanan hukum syarak, sumbang mahram, pelacuran, muncikari (bapa ayam), persetubuhan luar nikah, liwat dan musahaqah (lesbian).

Beliau berkata, Mahkamah Syariah Johor pernah menjatuhkan hukuman sebatan kepada pesalah jenayah syariah pada akhir 1990-an tetapi tidak dilaksanakan selepas pesalah terbabit membuat rayuan.

Di KANGAR, Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) mempunyai undang-undang yang memperuntukkan hukuman sebat terhadap pesalah minum arak dan benda memabukkan mengikut Seksyen 24(1) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991.

Pengarah Jaips, Malik Hussin, berkata setakat ini belum ada pesalah kes itu dikenakan hukuman berkenaan.

Di ALOR SETAR, jurucakap Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), berkata pihaknya belum memperuntukkan hukuman sebat kerana hukuman yang dikenakan hanya membabitkan denda dan penjara.

Di MELAKA, Ketua Menteri yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengesahkan setakat ini belum ada rakyat di negeri itu menjalani hukuman disebat mengikut undang-undang syariah.

"Bagaimanapun jika Mahkamah Syariah Melaka hendak melaksanakannya, saya tidak ada halangan dan tambahan pula sebatan banyak dilakukan pelbagai pihak.

"Kadang-kadang di sekolah kalau nakal pun kena sebat, inikan pula orang Islam yang sudah melanggar hukum syariah,” katanya.

Di KOTA KINABALU, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Zakaria Semela, berkata hukuman sebat diperuntukkan dalam dua enakmen berkaitan jenayah syariah di Sabah.

Katanya, dua enakmen itu ialah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Sabah 2004.

"Bagaimanapun, kes pendakwaan yang disabitkan dan dijatuhi hukuman mengikut enakmen itu belum pernah merangkumi sebatan, sebaliknya hanya denda dan penjara," katanya.

HUKUMAN SEBAT DALAM AKTA DAN ENAKMEN SYARIAH

SELANGOR

Doktrin palsu (ajaran sesat), mencemarkan tempat ibadat, sumbang mahram, melacurkan diri atau isteri muncikari (bapa ayam), zina, mukadimah zina, persetubuhan bertentangan tabii.




WILAYAH PERSEKUTUAN

Sumbang mahram, pelacuran, muncikari, zina, doktrin palsu, liwat, musahaqah (lesbian).



KELANTAN

Zina, mukadimah zina, liwat, meminum minuman memabukkan.

PERLIS

Meminum minuman yang memabukkan.



PAHANG

Meminum minuman memabukkan, zina, sumbang mahram, zina dengan orang bukan Islam, ajaran salah, suami memaksa, menyokong atau membenarkan isteri melacurkan diri, membuat kenyataan keluar daripada Islam dengan apa-apa tujuan, dakyah atau mengajar agama lain kepada orang Islam.



MELAKA

Perhubungan jenis luar tabii.



SABAH

Zina, melakukan pemujaan, menghina agama Islam, mempermainkan al-Quran dan hadis, ajaran sesat, percubaan murtad, memungkiri pertunangan, mengambil minuman memabukkan.



JOHOR

Doktrin palsu, melakukan perbuatan bertentangan hukum syarak, sumbang mahram, pelacuran, muncikari, persetubuhan luar nikah, liwat, musahaqah.



SARAWAK

Melacur, bapa ayam, zina, lesbian, liwat.



TERENGGANU

Doktrin palsu, perbuatan sumbang mahram, perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri, perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan isteri atau kanak-kanak dalam pemeliharaan, melacurkan isteri atau anak, muncikari, musahaqah.



NEGERI SEMBILAN



Sumbang mahram, pelacuran, muncikari, zina, mukadimah zina, persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.



PERAK

Kesalahan perhubungan muabbad (sumbang mahram), Kesalahan perhubungan ghairu muabbad (golongan haram nikah sementara), melacurkan isteri, zina.



PULAU PINANG

Sumbang mahram, pelacuran, muncikari, zina, liwat, musahaqah, doktrin palsu.

Tuesday, February 16, 2010

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA

Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12.

NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009.[1] Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 3 April 2008. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[2]

Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan.

Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan .[3]

Sekarang lebih ramai menteri menanggalkan jaket dan menyinsing lengan untuk melihat sendiri masalah rakyat agar mereka dapat menyelesaikannya. Rakyat bertembung dengan menteri di rumah-rumah pangsa yang sesak, pasar dan stesen bas, di lebuh raya yang sibuk, sekolah, hospital, malahan di kawasan sering dilanda banjir. Era menteri disediakan permaidani merah dan menerima cendera hati selepas menyampaikan ucapan sudah berlalu. Menteri perlu mendengar denyutan nadi rakyat.Kabinet Najib dibentuk pada 9 April 2009 melibatkan barisan jemaah menteri yang lebih kecil, terdiri daripada 28 menteri dan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah.
Isi kandungan
[sorok]

* 1 Peringkat NKRA
* 2 6 teras NKRA
* 3 Gagasan 1Malaysia
* 4 Indeks Prestasi Utama
* 5 Pelan Transformasi Kerajaan
* 6 Kadar Jenayah
* 7 Rasuah
* 8 Luar bandar
* 9 Pengangkutan awam
* 10 Kemiskinan tegar
* 11 Program Perumahan
* 12 Makmal bumiputera
* 13 NKRA Pendidikan
* 14 Rujukan

Peringkat NKRA

NKRA pada peringkat negara dilaksanakan bermula September 2009. NKRA peringkat kementerian yang dikenali sebagai KRA akan dilaksanakan mulai Januari 2010 NKRA dibahagikan kepada dua fasa melibatkan peringkat negara dan kementerian yang berkuatkuasa pada tempoh berlainan.
[sunting] 6 teras NKRA

Enam bidang tumpuan NKRA ialah :

1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan

Gagasan 1Malaysia

Rencana utama: 1Malaysia

Konsep 1Malaysia menekankan penerapan teras perpaduan dan penerapan nilai-nilai aspirasi termasuk budaya berprestasi tinggi, budaya ketetapan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi.

Ini bukan slogan dan bukan retorik politik. Ia merupakan ramuan yang boleh jadi penawar semua kaum dan etnik. Sebagai satu keluarga, kita akan menjadi negara yang kuat dengan etnik lain, tetapi hati tetap taat dan setia kepada negara.[4]
[sunting] Indeks Prestasi Utama

Indeks Prestasi Utama atau KPI (Key Performent Index) dirangka bagi memastikan elemen kebertanggungjawaban yang serius dapat disemai di kalangan anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam negeri.[5]

Perdana Menteri membuat penilaiannya ke atas 28 menteri dan 40 timbalan menteri menjelang November 2009.[6] Najib memperkenalkan KPI pada 9 April 2009. Melalui KPI, Najib akan menilai prestasi anggota pasukannya -- menteri dan timbalan menteri -- dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

KPI tidak setakat slogan retorik di kalangan mereka dalam lengkongan kerajaan. Ia kini merupakan pendekatan sistematik bagi mengukur prestasi, memfokus bukan saja kepada aspek kuantitif dan kualitatif tetapi juga kepuasan rakyat sebagai ukuran kemuncak. Rakyat akan mengundi -- bukan menerusi SMS seperti dalam program realiti TV tetapi menerusi peti undi -- tentang prestasi kerajaan bila tiba PRU13 nanti. Talian hayat yang mereka ada ialah rakyat.
[sunting] Pelan Transformasi Kerajaan

Pada 17-19 disember 2009, pameran terbuka Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dipamerkan selama dua hari di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid,Petaling Jaya,Selangor. Orang ramai berpeluang menilai pencapaian kerajaan melalui lapan makmal GTP dan NKRA. Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Idris Jala, Muhammad Shaahidullah Shayaa menyatakan bahawa respon daripada orang ramai diperlukan.[7]

Lebih 7,000 aktiviti di seluruh negara bersama lebih 2,000 projek dan 100 program dipamerkan.[8] Lebih 1,000 komen bertulis mengenai inisiatif NKRA itu, dan 70 % pengunjung bersetuju dengan cadangan dalam keenam-enam NKRA.[9]
[sunting] Kadar Jenayah

Isu jenayah melibatkan pejabat Peguam Negara, mahkamah, penjara dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.[10]

Kementerian Dalam Negeri sedang berusaha mengurangkan jenayah jalanan.3,000 anggota dari Pasukan Gerakan Am, pasukan para militari Polis Diraja Malaysia, 1,720 dari Rela dan 485 dari Jabatan Pertahanan Awam akan ditempatkan di lokasi panas. Polis tambahan dalam syarikat berkaitan kerajaan akan dipinjamkan untuk rondaan jalanan "di kawasan-kawasan panas". Bilangan Polis Simpanan Sukarelawan akan ditambah menerusi latihan sambil kerja. Latihan kadet Tingkatan 4 dan 5 Jabatan Pertahanan Awam akan terus diserapkan selepas tamat sekolah. Semangat kesukarelawan di kalangan rakyat Malaysia dapat membantu mengurangkan jenayah kerana ia "bukan tugas polis sahaja".[11] Terdapat 157 kawasan panas di seluruh negara yang membabitkan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.[12]


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi alamat emelnya (musa@rmp.gov.my) untuk hubungan langsung. Rakyat boleh bekerja sama dengan polis bagi menangani jenayah secara lebih berkesan. "Big League Tables" membolehkan rakyat menentukan kedudukan setiap balai sama ada mencapai sasaran atau tidak.Pegawai Kementerian Dalam Negeri, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan antarabangsa dan juga orang ramai akan dilantik untuk memastikan polis mencapai standard antarabangsa dan tanda aras yang ditetapkan.

Indeks jenayah kekerasan disasarkan turun sebanyak lima %. 20 % jenayah jalanan diturunkan. Program komuniti polis ditingkatkan 5 %.[13] Jenayah jalanan di 50 "kawasan panas" di seluruh negara akan diatasi. 50 kawasan panas jenayah jalanan dikenal pasti terutama sekitar Balai Polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur, Balai Polis Sentral Johor, Balai Polis Tampoi Johor, Balai Polis Cheras dan Balai Polis Klang.[14]

Masalah pekerja asing tanpa izin dan pelajar asing yang menyalahgunakan pas pelajar turut ditekankan. Pelawat menyalahgunakan program visa sebaik ketibaan, yang bermatlamat untuk menarik lebih ramai pelancong asing. Pelajar asing yang ditaja oleh kerajaan masing-masing untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tidak menimbulkan masalah. Pelajar asing ditangkap kerana menjual dadah , menipu orang ramai dan memalsukan mata wang.Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk majikan. Sabah menjadi destinasi kegemaran ramai pelancong dalam dan luar negara.

Pada 13 disember 2009, 172 anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tamat menjalani latihan tujuh minggu sebagai anggota polis sukarela ditempatkan di kawasan panas di Lmbah Klang. 490 anggota JPAM dan Rela telah dilatih sebagai anggota polis sukarela di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi. Namun mereka tidak dibekalkan dengan senjata api, hanya 't-baton' sahaja.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sasaran KPI telah disiapkan. Antaranya ialah permohonan tertunggak untuk mendapatkan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran yang lewat didaftar. Permohonan tertunggak untuk kewarganegaraan adalah 32,927, permit masuk (16,812) dan sijil kelahiran yang didaftarkan lewat ialah 93,360 permohonan.

Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri
Rasuah

Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah ialah Datuk Hisham Nordin.[15]

Akta Pendedah Salah Laku akan digubal untuk memerangi rasuah.Menerusinya pemberi maklumat 'kebal' daripada dikenakan tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan.

14 buah lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah akan ditubuhkan. Kini hanya ada dua buah mahkamah khas tersebut di Kuala Lumpur dan dua lagi di Shah Alam.

Imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditingkatkan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah persidangan memerangi rasuah peringkat antarabangsa, kempen kesedaran melalui media massa dan menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

Indeks Persepsi Rasuah antarabangsa akan diperbaiki.[16] Transparency International Malaysia (TI-M) boleh bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghapuskan rasuah. SPRM hendaklah diletakkan pada landasan sebagai sebuah badan bebas tetapi juga mematuhi prinsip dan prosedur Konvensyen mengenai Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCAC).[17]
Luar bandar

Sasaran utama ialah pembinaan jalan raya luar bandar, penyediaan bekalan elektrik, bekalan air serta perumahan rakyat luar bandar di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.[18]

50,000 buah rumah perumahan rakyat termiskin (PPRT) akan siap pada 2012. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. menyatakan bahawa M12 bilion disediakan bagi perumahan, jalan raya, bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar.Rumah PPRT bernilai RM33,000 bagi setiap unit di Semenanjung Malaysia dan RM44,000 di Sabah dan Sarawak, akan diberikan secara percuma tanpa ada sewa atau bayaran apa-apa. Tanah yang sesuai dikenal pasti untuk membina rumah PPRT.

1,500 kilometer jalan raya di Sabah dan Sarawak akan dibina.Selama ini penduduk Sabah dan Sarawak amat bergantung kepada bot untuk membawa hasil pengeluaran atau menghantar anak ke sekolah.Penurapan jalan yang terletak lima kilometer daripada jalan bertar di Semenanjung Malaysia dijangka siap pada 2012.

Set generator atau kuasa solar akan disediakan di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak untuk bekalan elektrik.[19]
[sunting] Pengangkutan awam

NKRA mensasarkan 600,000 orang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang akhir 2012. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat menyatakan bahawa 240,000 dari jumlah populasi Lembah Klang ( 10 -12 %) mengunakan pengangkutan awam . Kerajaan berharap 2.5 % (atau 600,000) penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutsn awam.

Usaha ke arah itu termasuklah :

1. Meningkatkan kapasiti pengangkutan awam
2. Merangsang permintaan menerusi "pendekatan tarikan"
3. Mengurangkan kesesakan kenderaan berat di kawasan pusat pernigaan (CBD)
4. Menstruktur semula peraturan untuk kelangsungan yang berpanjangan
5. Mengadakan pengurusan permintaan masa depan melalui "pendekatan tolakan.

* Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan diwujudkan pada 2010. Ia sebagai kapten industri tunggal untuk menyelaras usaha kepada keseluruhan sistem pengangkutan awam. Kelemahan wujud kerana 12 kementerian terlibat dalam hala tuju pengangkutan awam.

Pengangkutan awam Lembah Klang kini telah tepu terutama bagi perkhidmatan rel (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel. 360,000 pengguna kenderaan persendirian hendaklah beralih kepada pengangkutan awam. Bancian melaporkan bahawa 58 % atau 207,000 orang ini akan menggunakan perkhidmatan rel .42 % atau 153,000 orang akan menggunakan bas. Komuter KTM menyumbang 95,000 penumpang. Laluan LRT Kelana Jaya seramai 62,000. Laluan LRT Ampang LRT seramai 33,000 penumpang.

* Masa menunggu selama 3 minit di stesen komuter akan dikurangkan kepada 2.5 minit sahaja. KTM Berhad telah membeli lima set tren elektrik (ETS) untuk perkhidmatan antara Ipoh-KL-Seremban menjelang April 2010.

* Perkhidmatan Bas Transit Lebuhraya (BET) di empat koridor di Lembah Klang dilancarkan pada 2010.Laluan khas untuk bas yang meliputi 12 koridor utama di Lembah Klang diperkenalkan.
* Bas RapidKL akan ditingkatkan kepada 850 buah bas. 52 laluan baru diperkenakan bagi memudahkan orang ramai ke Lembah Klang.
* Sistem tiket bersepadu dan struktur tambang di bawah konsep "1Ticket, 1Seamless Journey" meliputi kesemua 16 operator di Lembah Klang.
* 6,800 tempat baru meletak kenderaan di 14 stesen rel di luar kawasan bandar raya akan ditambah. Perkhidmatan feeder ke stesen rel diperbaiki serta meningkatkan stesen dan terminal bas yang sesak.
* Terminal bas di Bandar Tasik Selatan (selatan), Gombak (timur) and Sungai Buloh (utara) akan diwujudkan. Terminal di Bandar Tasik Selatan sedang dibina. Terminal Gombak siap 2010. Terminal Sungai Buloh akan menampung bas ekspres ke utara selepas 2012. 750 bas dari selatan dan pantai timur Semenanjung akan dialihkan dari pusat bandar.
* Hab terminal antara bandar raya di Pasarama Kota, Plaza Rakyat dan Pudu untuk menampung laluan trafik dari pinggir ke dalam bandar raya. 14 Hentian Akhir Bandar turut disediakan.[20]

[sunting] Kemiskinan tegar

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mengumumkan duit Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diberi pada setiap 1 hari bulan bermula pada Januari 2010. Terdapat 117,545 penerima yang dibayar setiap bulan oleh JKM. Ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak menerusi sistem e-Kasih dan Projek Cari.[21]


[sunting] Program Perumahan

Program Bantuan Rumah (PBR) dilancarkan oleh kerajaan Persekutuan Malaysia agar rakyat marhain mendapat rumah mampu milik bagi membasmi kemiskinan.

Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan bahawa skim perumahan di rumah panjang Sabah dan Sarawak perlu diubahsuai. Golongan miskin penghuni rumah panjang boleh memohon pinjaman RM10,000 untuk membaiki kediaman mereka. Kota Marudu terdapat 1,495 penduduk miskin tegar yang layak mendapatkan bantuan Program E-Kasih tetapi pada setiap tahun, peruntukan sedia ada hanya dapat membaiki kira-kira 60 buah rumah di setiap kawasan parlimen. Contohnya rumah panjang Marimbau Darat dan Rita di Matunggong. 70 % rumah panjang dari 30 rumah panjang di Matunggong didapati sangat usang , tidak selamat diduduki dan perlu pembaikan besar. Rumah panjang ini dibina semasa kerajaan Berjaya. Bantuan dalam bentuk atap zink dan dinding papan lapis masih tidak cukup.[22]

Geran pembaikan antara RM10,000 dan RM15,000 boleh diberi kepada setiap rumah. Kos antara RM40,000 hingga RM50,000 bagi setiap unit perlu disediakan bagi membina rumah baru PBR.

Cadangan pembaikan:

1. Bantuan membaiki rumah bagi kediaman yang masih boleh didiami
2. Model PBR bagi rumah percuma golongan miskin yang disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
3. Pinjaman tanpa faedah bagi jenis rumah .

[sunting] Makmal bumiputera

Pada 21 Januari 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) Senator Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa makmal bumiputera akan ditubuhkan. Ia melibatkan bumiputera di Sabah dan Sarawak.Sabah dan Sarawak akan mempunyai model pembangunan tersendiri dengan penubuhan sebuah makmal khusus untuk membuat pengubahsuaian dan dilaksanakan dengan berkesan.[23]

Ia mendapat kerjasama penuh daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Ketua Menteri Sarawak juga memberi dokongan penuh.
[sunting] NKRA Pendidikan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu :

1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah
2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah.[24]

Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang di Batang Ai. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud berharap penghuni rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.[25]

LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di kawasan pedalaman akan diperkenalkan.[26]

20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional.Sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan.[27]

'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah.

UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.

SAMAN: TIDAK KENAL UMUR

KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara 100 pesalah disaman atas pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang tempoh 40 hari tahun ini.

Saman turut dikeluarkan kepada ibu bapa kanak-kanak dan remaja bawah umur terbabit kerana membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perlis, Deputi Superintendan Ishak Mamat, berkata sikap ibu bapa yang menyayangi anak secara keterlaluan hingga membenarkan anak di bawah umur menunggang motosikal boleh membahayakan pengguna jalan raya.
“Selain penunggang, kami mengeluarkan 100 saman kepada ibu bapa dan pemilik motosikal kerana membenarkan anak mereka menunggang kenderaan terbabit sepanjang tempoh Januari hingga hari ini (semalam).
“Mengikut rekod, ada kes saman membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang didapati menunggang motosikal. Kes sebegini disebabkan kecuaian ibu sendiri,” katanya ketika ditemui selepas Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Sanglang, dekat sini, semalam.
Kempen terbabit dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Yip Sun Onn.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zulhasmi Mohamad, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Mohd Fazlee Mohd Latiff dan Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mastura Abdul Rahim.
Ishak berkata, ramai ibu bapa tidak mengendahkan amaran dikeluarkan polis trafik menerusi kempen kesedaran dan membiarkan anak mereka yang masih bawah umur menunggang motosikal di jalan raya.
“Perbuatan ibu bapa berkenaan mengundang padah dan mereka dikenakan tindakan denda sehingga RM300 mengikut seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya Beliau berkata, sepanjang tahun ini, sebanyak 5,124 saman lalu lintas dikeluarkan pihaknya dalam tempoh 40 hari tahun ini berbanding 2,180 saman pada tempoh sama tahun lalu.
Antara kesalahan terbabit termasuk tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan topi keledar, langgar lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Sumber: Harian Metro, 9 Februari 2010.

SENARAI NAMA ORANG TERKAYA DI MALAYSIA

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b