KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH
Showing posts with label KERTAS 1. Show all posts
Showing posts with label KERTAS 1. Show all posts

Monday, October 17, 2011

TERBARU DARI BLOG PENGAJIAN AM KERTAS 1

TERBARU DARI BLOG PENGAJIAN AM KERTAS 1

Wednesday, October 5, 2011

TERBARU DARI BLOG PENGAJIAN AM KERTAS 1

MENCARI MAKLUMAT BERKENAAN AGENSI DAN JABATAN KERAJAAN

Wednesday, June 22, 2011

TENAGA BIOMAS



Proses penghasilan tenaga biomas.

Dengan krisis minyak serta makanan yang semakin meruncing bahan api alternatif yang baru senantiasa dicari antaranya termasuklah tenaga nuklear,tenaga solar,tenaga biomass,tenaga angin,tenaga geoterma,tenaga ombak.Malahan penyelidikan dan pembangunan yang berterusan sekarang dapat menghasilkan sumber bahan api bukan fosil seperti biofuel dan biodiesel yang berasaskan tumbuhan.



Apakah itu biomas? Tenaga biomas atau biojisim merujuk kepada bahan api berasakan tumbunan atau haiwan.Tenaga biomas dihasilkan apabila tumbuhan atau sisa haiwan terpilih setelah melalui proses tertentu sehingga menghasilkan gas metana dan etanol ( akibat tindak balas mikroganisma) namun begitu gas metana walaupun merupakan antara bahan api paling baik ia turut mencemarkan alam sekitar.Kelebihannya ialah semua lebihan atau sisa pertanian dan haiwan dapat digunakan sebagai tenaga biomas( tenaga boleh diperbaharui).Malahan tumbuhan seperti jagung dan soya turut berpotensi menjana tenaga biomass.Amerika Syarikat membangun tenaga ini melalui penyelidikan yang berterusan terhadap jagung dan kacang soya.Daripada penyelidikan tenaga biomas ini maka terhasillah biofuel ( iaitu gas etanol,metanol,biodesel dan metana)


Malaysia sebenarnya sangat berpotensi untuk memajukan tenaga biomas dan biofule.kita mempunyai banyak sisa tumbuhan terutamanya kelapa sawit.Sejak dulu lagi rakyat Malaysia sudah terdedah kepada tenaga biomas.Sewaktu saya kecil dahulu orang tua saya menggunakan arang pada seterika untuk mengosok baju.Kayu bakau untuk mengahislkan arang sebenarnya merupakan tenaga biomas.Gentian kelapa sawit hasil penyelidikan merupakn sumber tenag biomas yang berguna untuk negara.Mengambil contoh India menggunakan najis lembu sebagai sumber bahan api untuk memasak.Oleh kerana lembu banyak di India( dianggap haiwan suci dan tidak digunakan untuk makanan) najisnya dibangunkan sebagai sumber tenaga alternatif.Najis lembu disimpan di dalam tangki di bawah tanah sehingga menghasilkan gas metana dan digunakan semula sebagi bahan api untuk memasak.Malahan tenaga elektrik turut dapat dijana di India apabila sisa tumbuhan turut digunakan oleh mereka.Sila rujuk sini
Di Malaysia tenaga biomas boleh dijana daripada sekam padi,sisa tebu,tandan kosong kelapa sawit atau pun reja kayu.Semoga penyelidikan yang berterusan akan dapat membangun tenaga ini seterusnya dapat menyumbang kepada sumber tenaga elektrik negara.

BIOJISIM

Biojisim merujuk kepada tenaga yang dijana dari reputan benda-benda hidup. Bahan-bahan ini boleh digunakan sama ada sebagai bahan api atau dalam industri. Selalunya, biojisim merujuk kepada pohonan yang ditanam untuk digunakan sebagai bahan api bio, tetapi reputan pohon atau haiwan yang digunakan dalam penghasilan serat, bahan kimia atau haba juga boleh dikategorikan sebagai biojisim. Selain itu, buangan terbiodegradasikan yang boleh dibakar sebagai bahan api juga dikira sebagai biojisim. Namun bahan organik yang telah ditukar oleh proses geologi kepada bahan seperti arang batuatau petroleum tidak dianggap sebagai biojisim.

Dalam industri minyak sawit, pelepah dan sisi perahan tandan sawit telah digunakan sebagai biojisim bagi memasak buah sawit sebelum diperah bagi mengeluarkan minyaknya.

Monday, June 20, 2011

KANSER KOLOREKTAL BOLEH DIRAWAT


perut-lagi

sakit perut tidak boleh ambil mudah

PAKAR kesihatan memang tidak menafikan bahawa kebanyakan penyakit manusia berpunca dari perut. Ini bermakna tabiat pemakanan menjadi punca utama kenapa seseorang boleh diserang penyakit. Sakit perut biasa memang tidak tidak sama dengan kesakitan yang dialami individu apabila ada ketidakstabilan pada bahagian berkenaan.Ketidakstabilan tersebut mungkin tanda-tanda kehadiran penyakit yang lebih serius termasuk kanser kolorektal iaitu membabitkan bahagian antara usus besar hingga ke rektum.

Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata memang sukar untuk mengenal pasti simptom penyakit kanser kolorektal kerana ia perlu diteliti dari pelbagai aspek. Dr. Jonah berkata simptom awal bermula dengan gastrik, banyak angin di perut, susah membuang air besar atau sembelit. Sembelit yang dimaksudkan di sini ialah keadaan di mana seseorang itu tidak membuang air besar dalam masa hingga sebulan. Kebanyakan kes kanser kolorektal ini menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Bagaimanapun ada juga yang terkena pada usia yang lebih muda. Tambahnya, kepayahan membuang air besar itu biasanya disertai titisan darah dengan kadar yang agak banyak.

Sakit perut merupakan peringkat terakhir kesakitan yang berlaku apabila wujud komplikasi seperti kebocoran. Ketika peringkat ini rawatan segera amat diperlukan. Menurut Dr. Jonah, ketidakseragaman tabiat membuang air besar juga adalah salah satu simptom kanser kolorektal. Selain itu, seperti kebanyakan kanser lain simptom berat badan menyusut juga perlu diawasi.

Diagnosis awal selamatkan nyawa

Ujar Dr. Jonah lagi jangan risau dengan ujian kerana itulah saja cara untuk kita mengesan penyakit dan melakukan rawatan sebaiknya. Kecanggihan penciptaan teknologi perubatan menghasilkan satu alat berbentuk sudu kecil untuk mengesan ketumbuhan di bahagian dubur dan rektum. Pada peringkat awal kanser, pemeriksaan boleh dilakukan dengan hanya memasukkan jari sahaja. Daripada kemasukan jari tersebut doktor akan dapat mengesan sama ada terdapat ketumbuhan di bahagian tersebut. Kemudian pesakit disarankan datang semula untuk ujian kolonoskopi di mana sedikit tisu diambil dan dihantar untuk ujian di makmal. Jika ketumbuhannya kecil sahaja ia boleh terus dibuang dengan scoop dan tidak perlu dibedah

Menurut Dr. Jonah lagi, semua jenis kanser di bahagian usus besar bermula dengan polip dan boleh dikatakan sebanyak 60 peratus polip berpeluang menjadi kanser. Hanya apabila ujian makmal memberitahu bahawa polip tersebut mengandungi sel kanser, barulah pembedahan dibuat, jika tidak pembedahan mungkin tidak perlu. Lebih baik jika individu yang berpotensi menjalani ujian najis. Ujian ini sangat penting bagi mengesan sama ada wujud pendarahan dalam najis akibat pendarahan dalam usus besar. Jika hospital yang merawat tidak menyediakan perkhidmatan tersebut, anda boleh membuat permintaan untuk dirujuk ke hospital lain.

Siapa yang berpotensi hidapi kanser kolorektal?

Biasanya ia berpunca daripada keturunan atau genatik dan jika mengikut etnik pula, orang Jawa ramai yang mengalaminya. Mereka yang tidak makan makanan yang kaya dengan serat juga berpotensi menghidap kanser kolorektal. Dr. Jonah menasihati agar mengamalkan cara hidup yang sihat, makan sayuran lebih, berserat tinggi, banyakkan minum air masak, elakkan alkohol, rokok dan makanan yang pedas.

PERISIAN SUMBER TERBUKA

Apakah yang dikatakan perisian sumber terbuka? Adakah ia merupakan perisian percuma yang boleh digunakan sesiapa sahaja?

Daripada:

-Nor Salina, Batu Pahat.

APABILA berbincang berkenaan dengan perisian sumber terbuka, ramai yang mengaitkannya dengan perisian percuma.

Ia jauh sekali berbeza kerana perisian sumber terbuka atau open source mempunyai teori, model dan falsafahnya yang tersendiri.

Namun begitu, perisian berasaskan sumber terbuka ini sebahagiannya bercirikan perisian percuma.

Konsep perisian percuma dan perisian yang berasaskan komuniti sumber terbuka ini dimulakan oleh Richard Stallman.

Seterusnya, ia dikembangkan lagi dengan lebih spesifik dan tersusun dari segi konsep, perlesenan, perkongsian kod sumber, proses pembangunan perisian dan sebagainya oleh Bruce Perens dan Eric Raymond dalam tahun 1998.

Konsep perisian percuma yang diperkenalkan oleh Richard Stallman adalah perisian tersebut diedar secara percuma kepada sesiapa sahaja.

Konsep perisian sumber terbuka yang dipelopor oleh Bruce Perens dan Eric Raymond pula merujuk kepada perisian yang dibangunkan secara konsep yang sama diketengahkan oleh Richard Stallman.

Perisian berasaskan sumber terbuka merupakan perisian komputer yang boleh didapati dalam bentuk kod sumber asal dan para pengguna dibenarkan mempelajari, mengubah dan menambah baikan kod sumber perisian komputer tersebut.

Bagi definisinya yang lebih terperinci lagi boleh didapati di alamat URL, http://opensource.org. Ia jelas menunjukkan ciri-ciri lesen yang perlu dipenuhi oleh sesebuah perisian komputer untuk mencapai kepada status perisian berasaskan sumber terbuka ini.

Di antara ciri-ciri lesen perisian berasaskan sumber terbuka yang dikodkan adalah berkenaan dengan pengedaran semula perisian, kod sumber, perjalanan kerja pembangunan, integriti pemunya asal kod sumber dan tiada unsur-unsur diskriminasi ke atas sesebuah kumpulan atau individu.

Ciri-ciri lain ialah lesen pengedaran, pengkategorian pelbagai bentuk perlesenan dan tiada unsur-unsur diskriminasi terhadap suatu bidang kepakaran.

Apabila dikatakan perisian sumber terbuka ia bukan LINUX semata-mata. Terdapat banyak perisian sumber terbuka yang berkategori pelbagai platform atau untuk sistem pengoperasian Windows sahaja.

Bagi senarai perisian sumber terbuka yang berasaskan Windows, boleh semak di alamat URL, http://opensourcewindows.org.

Perisian sumber terbuka bukan selalunya disediakan secara percuma. Ini apa yang diperlukan sesebuah perisian sumber terbuka adalah kod sumbernya boleh didapati secara percuma.

Jadi, perisian tidak semestinya percuma. Terdapat banyak syarikat yang membuat keuntungan ke atas perisian sumber terbuka ini.

Keuntungan dijana dengan mengenakan bayaran ke atas penyediaan kemudahan sokongan atau penambahan fungsi-fungsi tambahan terhadap sesebuah perisian sumber terbuka.

Kebiasaannya perisian sumber terbuka tersebut akan ada versi percuma dan versi komersial. Sebagai contoh adalah seperti perisian e-mel dan kolaborasi iaitu Zimbra yang menyediakan versi perisian percuma dan versi perisian yang dikenakan bayaran.

Tidak semua perisian sumber terbuka mempunyai sokongan atau sistem bantuan dalam mengendalikan sesebuah perisian seperti mana perisian komersial yang mempunyai sistem sokongan korporat 24 jam.

Kadang kala ia memerlukan bayaran tambahan untuk dapatkan sistem sokongan tersebut.

Namun begitu, perisian sumber terbuka ini mempunyai komunitinya yang sangat cekap dan efektif.

Bantuan boleh didapati daripada komuniti ini menerusi blog-blog, forum, mailing list, e-mel dan sebagainya.

Apabila perisian sumber terbuka memberi capaian secara penuh kepada kod sumber, ia tidak bermakna kod sumber itu perlu dicapai untuk menggunakannya.

Sekiranya tiada kepentingan, kod sumber bagi sesebuah perisian tidak perlu dicapai.

Perisian tersebut boleh digunakan sampai bila tanpa perlu dicapai kod sumbernya atau pengaturcaraannya.

Namun demikian, sekiranya perlu untuk melakukan pengubahsuaian bagi sesebuah perisian sumber terbuka, kod sumber telah sedia ada untuk dipelajari dan diubah suai.

Apabila dikatakan perisian sumber terbuka ini boleh dicapai kod sumbernya, ia tidak bermakna digunakan oleh golongan pengaturcaraan atau pakar teknologi maklumat sahaja.

Ia boleh digunakan oleh orang biasa yang tahu menggunakan komputer mengikut keperluan perisian yang digunakan.

Salah satu kelebihan penggunaan perisian sumber terbuka ini adalah ia boleh digunakan, diubah suai dan disebarkan secara percuma. Ini mengelakkan daripada berlakunya perlanggaran undang-undang terhadap hak cipta, harta intelek dan sebagainya.

Kebanyakan perisian sumber terbuka ini mudah didapati dan dimuat turun daripada Internet. Ia juga menepati satu piawaian yang baik seperti mana perisian komersial. Pihak Microsoft juga ada menyediakan platform perisian sumber terbuka ini di alamat URL, http://www.microsoft.com/opensource.

Perisian yang dikenali sebagai perisian freeware dan shareware yang banyak didapati di Internet tidak dikatakan sebagai perisian sumber terbuka sekiranya ia tidak memenuhi ciri kebolehcapaian kod sumber perisian tersebut.

Ini jelas bertentangan dengan konsep perisian sumber terbuka. Ia hanya percuma digunakan. Kadang kala ia ada tempoh tertentu yang diberikan percuma penggunaannya.

Kadang kala, pengguna sendiri tidak menyedari yang mereka menggunakan perisian sumber terbuka.

Banyak perisian-perisian sumber terbuka yang digunakan sebagai alternatif kepada perisian yang memerlukan bayaran dan pembelian lesen seperti Mozilla Firefox, OpenOffice, WordPress, Thunderbird, Drupal, Ubuntu dan lain-lain.

Itulah beberapa perkara yang perlu diketahui sekiranya mahu menggunakan perisian sumber terbuka atau beralih daripada penggunaan perisian yang berasaskan komersial.

Terdapat banyak perisian sumber terbuka di pasaran.

Oleh itu, pilih perisian sumber terbuka yang stabil, ada kemudahan untuk sokongan, komuniti pengguna yang ramai dan sesuai dengan keperluan penggunaan.

Perisian sumber terbuka sudah berdiri lebih tinggi dan mantap di pasaran perisian dunia sama ada dari segi aspek mesra pengguna, kestabilan perisian dan keselamatan siber.

Malah, ada negara yang mesin wang ATM-nya menggunakan sistem pengoperasian Linux. Sesiapa sahaja boleh menggunakan, mengedar dan mengubah kod sumber perisian sumber terbuka ini.

Kawal perosak dengan biopestisid

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

INSTITUT Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) baru-baru ini memperkenalkan produk teknologi biopestisid berasaskan virus.

Rumusan tindak balas virus dikenali sebagai Nukleupolihedrosis (NPV) itu berupaya mengawal serangan ulat ratus spodoptera litura pada tanaman sayur-sayuran, buah-buahan organik dan juga orkid.

Di samping itu, penggunaan produk tersebut juga secara tidak langsung dapat membantu para petani mengurangkan kebergantungan terhadap racun perosak.

Secara asasnya, virus NPV mentah mempunyai ciri-ciri seperti jangka hayat yang singkat, mudah terurai dengan sinaran ultraungu (UV) dan perlu disejukbekukan.

Namun, melalui kajian MARDI yang menghasilkan rumusan NPV dalam bentuk serbuk menerusi alat pengering semburan, penggunaannya ke atas ulat ratus dilihat memberi kesan sangat baik.

Bagi memastikan rumusan berkenaan mempunyai ketahanan jangka hayat dan dapat disimpan lebih lama, ia turut dicampurkan bersama material semulajadi lain.

Menurut Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Sumber Strategik MARDI, Siti Noor Ashikin Abdul Hamid, kajian rumusan NPV itu dilaksanakan sejak tahun 2008 menerusi kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

''Ujikaji keberkesanan rumusan NPV ini dijalankan selama 12 bulan dalam persekitaran makmal dan rumah hijau sebelum dibuat di lapangan secara meluas pada tahun ini.

''Daripada segi penggunaan, serbuk NPV perlu dilarutkan di dalam air pada kadar tertentu sebelum disembur pada permukaan atas dan bawah daun tanaman.

''Produk NPV ini pernah digunakan di ladang bendi, sawi dan cili di sekitar Sekinchan dan Puchong selain di ladang organik MARDI,'' katanya.

Pelancaran produk tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd. Johari Baharum di Ibu Pejabat MARDI Serdang, baru-baru ini. Turut hadir , Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman

Untuk kos penggunaan NPV per hektar, ia dianggarkan berjumlah sekitar RM50 hingga RM140 berbanding penggunaan bahan kimia pembunuh serangga iaitu antara RM70 hingga RM200 sehektar.

Untuk pasaran pula, NPV mempunyai potensi kerana keberkesanannya menghapuskan perosak tanaman.

Sempena pelancaran teknologi itu juga, MARDI telah memeterai memorandum persefahaman dan perjanjian dengan syarikat All Cosmos Industries Sdn. Bhd. untuk kerjasama kajian penyatuan bakteriofaj dalam baja bioorganik dan baja biokimia bagi mengawal penyakit tumbuhan tomato serta buah naga.

TEKNOLOGI KITAR SEMULA

Teknologi kitar semula minyak hitam


UMP Green Technology Sdn. Bhd. mengorak langkah dalam industri berkaitan penjagaan alam sekitar dengan terbinanya loji menghasilkan minyak pelincir daripada minyak hitam terpakai.


SEBAGAI pemilik kenderaan, kita rata-ratanya tidak mengetahui bahawa selain melepaskan asap kenderaan ke atmosfera yang mencemarkan alam sekitar satu lagi sumbangan pencemaran ialah minyak hitam.

Apa yang kita tahu apabila cukup tempoh atau meter pada kenderaan kita sudah capai batuan tertentu kenderaan akan dihantar ke pusat servis untuk menukar minyak enjin yang juga dikenali sebagai minyak hitam.

Tetapi berapa ramai yang berfikir ke mana minyak hitam terpakai yang dikeluarkan dari kenderaan kita itu dibuang.

Bayangkan dalam sehari berapa banyak minyak hitam itu dibuang. Ada pula mekanik yang tidak bertanggungjawab yang membuang ke longkang dan seterusnya mengalir ke sungai hingga mencemarkan sumber air kita.

Ini merupakan sebahagian daripada beban kepada alam sekitar.

Dalam menangani masalah itu, seorang penyelidik tempatan berusaha mengurangkan impak pembuangan minyak hitam kepada alam sekitar dengan mencari jalan untuk memanfaatkannya termasuk digunakan semula.

Penyelidikan terbabit yang diketuai Prof. Datuk Dr. Rosli Mohd. Yunus yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan, Pahang telah memulakan penyelidikan mereka pada November 2007.

Penyelidikan yang dinamakan projek teknologi hijau kitar semula minyak hitam terpakai dijalankan secara usaha sama antara UMP melalui anak syarikatnya, UMP Green Technology Sdn. Bhd. dan Urban Environmental Industries Sdn. Bhd. Ia dibiayai di bawah SkimTechnofund, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Rosli yang ditemui berkata, antara manfaat daripada teknologi tersebut ialah ia mampu menyelesaikan masalah melupuskan minyak hitam.

"Minyak hitam merupakan bahan buangan terjadual seperti termaktub dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Kebanyakannya diproses menjadi bahan bakar sekali gus mencemarkan alam sekitar dan ia hanya boleh diuruskan dan dilupuskan oleh pihak yang mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar,''katanya.

Menurut beliau, minyak hitam terpakai tersebut dilupuskan dan dibeli oleh pihak tertentu yang tidak mempunyai lesen dan menyalahi undang-undang.

Terdapat juga kes ia diseludup keluar kerana mendapat permintaan dan harga yang tinggi di pasaran.

Oleh itu, kata beliau, dengan adanya teknologi tersebut, ia dapat memberi kesedaran kepada nelayan pengusaha bengkel penyelenggaraan kenderaan, industri kapal dan kilang-kilang untuk menyimpan minyak hitam terpakai dalam tong-tong yang disediakan.

Ia bagi mengelakkan mereka membuang minyak hitam ini di laut, sungai, parit atau ditanam dalam tanah yang boleh mencemarkan air bawah tanah dan alam sekitar .

Istimewanya, teknologi tersebut tidak mengeluarkan sebarang sisa buangan kerana semua ditukarkan menjadi produk minyak dasar dan produk lain seperti gris.

Menurut Rosli, projek berkenaan boleh dianggap sebagai projek teknologi hijau kerana dapat menyelesaikan masalah melupuskan minyak hitam terpakai.

Minyak dasar adalah bahan utama untuk diproses menjadi minyak pelincir sebagai produk akhir.

"'Projek ini memfokuskan kepada pembangunan kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan," kata beliau.

Objektif projek itu untuk membangunkan kilang pemprosesan minyak pelincir terpakai dengan pengeluaran tahunan berkapasiti 14,000 metrik tan.

Projek berkenaan telah dipatenkan oleh Rosli yang dibiayai oleh Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi dibawah Geran Technofund.

Teknologi yang dibangunkan itu mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti produk berbanding teknologi sedia ada.

Ia menggunakan pelarut komposit sebagai medium utama untuk mendapatkan semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai.

Rosli berkata, bahan mentah yang akan dijadikan asas kepada projek tersebut ialah minyak pelincir terpakai SW 305 dan SW 306 iaitu minyak hidraulik terpakai.

"Kitar semula minyak dasar daripada minyak hitam terpakai menggunakan teknologi pengekstrakan iaitu mengekstrak minyak dasar daripada minyak yang terbuang," katanya lagi.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sedang menunggu kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) untuk memulakan operasi pengeluaran minyak dasar dan mengumpul dan membeli minyak hitam terpakai daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Ketika ini, loji penghasilan minyak itu telah siap dengan kapasiti pengeluaran maksimum 40 tan sehari atau 1, 200 tan bulan. Projek yang beroperasikan di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Tuesday, May 3, 2011

15 JENIS MAKANAN DILARANG JUAL DI KANTIN SEKOLAH


makan

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh

negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.


Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

UUM BAKAL ADA ZON BEBAS CUKAI


uum2

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di dunia mempunyai kawasan zon bebas cukai di kampus induknya di sini, sekiranya kertas cadangan untuk mewujudkannya diluluskan Kabinet.





Naib Canselornya, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata ketika ini cadangan itu dalam proses perbincangan dan sedang diperhalusi oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri.

Berkaitan lokasi, mereka sudah tentukan di mana ia (kampus bebas cukai) akan dibangunkan di kawasan yang tidak akan mengganggu kehidupan pelajar.

Katanya cuma ada beberapa aspek berkaitan perundangan dan isu-isu teknikal yang perlu diperhalusi dan kami menyasarkan kertas cadangan dapat disiapkan sebelum pengumuman bajet Oktober ini.

Status bebas cukai adalah antara empat strategi UUM dalam pelan transformasi 10 tahun untuk menjadi universiti pengurusan terkemuka dunia dan universiti penyelidikan dalam bidang Pengurusan dan Sains menjelang 2013.

Dengan keluasan 1,061 hektar dan jarak lingkaran jalan mengelilingi kampus hampir 13 kilometer, UUM mampu menyediakan kawasan dan kemudahan mencukupi untuk syarikat membuka premis perniagaan mereka di sini, katanya.
Mohamed Mustafa berkata, projek itu bukan saja membantu penduduk sekitar menjana pendapatan tambahan malah membuka peluang kepada pelajar mendekati dunia perniagaan.

Beliau yang menyasarkan projek itu dilaksanakan awal tahun depan berkata, reaksi di kalangan usahawan adalah positif dan ramai antara mereka menyuarakan minat untuk turut serta.

Sementara itu, beliau berkata, lokasi cadangan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sudah dikenal pasti di kawasan zon bebas itu yang akan menjadi sebagai perantara sempadan antara Malaysia dan Thailand sekiranya ia dilaksanakan.

Sunday, April 24, 2011

1,000 PREMIS JUDI TANPA LESEN DI KL


judiKUALA LUMPUR: Lebih 1,000 premis judi dikesan beroperasi tanpa lesen di ibu negara sejak beberapa tahun lalu dengan kebanyakannya dikunjungi pelajar sekolah dan warga tua.


Difahamkan, pusat itu menjadi tumpuan golongan lelaki setiap hujung bulan dipercayai selepas mendapat gaji, manakala bagi pelajar sekolah sekitar tengah hari.

Malah, ada maklumat isteri terpaksa mencari suami di pusat judi itu sambil menangis kerana semua wang dihabiskan untuk berjudi, manakala nafkah isteri serta tanggungan sekolah anak diabaikan. Perkara berkenaan didedahkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman berdasarkan siasatan dilakukan pihaknya.

Beliau berkata, sejak enam bulan lalu, lebih 100 aduan diterima daripada orang ramai termasuk isteri kerana tidak tahan sikap suami yang berjudi tanpa memikirkan kewangan keluarga. Beberapa lokasi dikenal pasti mempunyai pusat judi haram termasuk Bukit Bintang, Jinjang, Setapak dan Pekeliling. Kawasan Damai Kompleks yang kecil itumempunyailapan pusat judi.Ada warga tua yang masuk dengan memakai kopiah dan pelajar yang lengkap berpakaian sekolah sanggup ponteng kelas semata-mata untuk berjudi.

Roslan turut meminta pihak berkuasa menjalankan pemantauan berterusan, termasuk mengarahkan semua premis tanpa lesen itu ditutup. Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Azman Mohd Isa menyerbu lima premis judi tanpa lesen di Damai Kompleks, Jalan Datuk Haji Yusuf.

Hasil serbuan jam 10 pagi itu polis menahan lima penjaga premis termasuk seorang wanita berusia antara 25 hingga 35 tahun serta merampas 25 komputer dipercayai digunakan untuk kegiatan judi dalam talian. Azman berkata, anggotanya menggunakan taktik penyamaran sebagai pelanggan ketika memasuki premis itu sebelum mendapati nilai pertaruhan di premis berkenaan mencecah sehingga RM200,000.

Sunday, April 3, 2011

ASEAN+CHINA

Forum Antarabangsa Pemudahan Perdagangan ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea (10+3) yang berlangsung selama empat hari dirasmikan di bandar Ma'anshan, provinsi Anhui China semalam. Para peserta yang turut hadir dalam forum itu menyatakan bahawa kita perlu berusaha untuk menggalakkan perdagangan yang bebas dan mudah di rantau Asia Timur. Namun, kawasan perdagangan bebas Asia Timur masih menghadapi banyak cabaran.

Ada pakar Malaysia menyatakan bahawa hubungan ekonomi antara ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea semakin rapat pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan negara-negara di rantau ini pula semakin mengutamakan perbincangan dan penandatanganan perjanjian perdagangan bebas dua hala atau pelbagai hala. Kita perlu menubuhkan sebuah kawasan perdagangan bebas serantau yang lebih luas, dan mempergiat kerjasama dan interaksi serantau.

Menurut Penolong Menteri Perdagangan China, Yu Jianhua, kita telah meletakkan asas yang baik bagi menubuhkan kawasan perdagangan bebas Asia Timur. Proses integrasi ekonomi sudah mencapai kemajuan yang besar.

Seorang ahli ekonomi dari Republik Korea menyatakan bahawa penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia Timur masih menghadapi banyak cabaran. Sebagai contohnya, perbezaan tahap pembangunan di rantau ini, faedah yang dapat diperoleh oleh sesetengah negara tidak jelas dan sebagainya.

Menurut satu kaji selidik selama lima tahun yang dijalankan oleh pakar dari negara-negara ASEAN dan China, Jepun dan Republik Korea, Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur akan meningkatkan 1.2% KDNK keseluruhan di negara-negara serantau. Rundingan mengenai penubuhan kawasan perdagangan bebas ini perlu segera digerakkan kerana ia akan memainkan peranan yang penting bagi menggalakan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi global.

Thursday, March 31, 2011

GTP MODENKAN PENGANGKUTAN AWAM


pengangkutan-awam2

Kementerian Pengangkutan komited untuk mentransformasi sistem pengangkutan awam kepada bertaraf dunia terutama di Lembah Klang di bawah GTP.


Dalam Laporan Tahunan GTP 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, penyempurnaan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan menjadi salah satu antara langkah untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandar di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Pengangkutan Awam Bandar.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, terminal bernilai RM570 juta ini dilengkapi kemudahan canggih dan dibuka pada awam Januari lalu apabila perkhidmatan bas ekspres ke arah selatan yang sebelum ini beroperasi di Puduraya dipindahkan ke terminal tersebut.

Beliau berkata, walaupun menghadapi kesukaran pada awalnya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi berkaitan bekerjasama dengan pihak berkenaan bagi memastikan semua operator bas berpindah ke terminal baru itu 1 Mac lalu.

Kong berkata, kejayaan lain yang dicapai ialah pengenalan lima perkhidmatan Bus Expressway Transit (BET) dengan tujuan utamanya untuk mengurangkan perjalanan dengan penggunaan lebuh raya yang tidak digunakan sepenuhnya.

BET 1 - Kota Damansara-Pasar Seni. BET 2 - Bandar Baru Sungai Long-Pasar Seni. BET 3 - Subang Mewah-Pasar Seni. BET 4 - Taman Seri Muda-Pasar Seni. Semua Bet ini dikendalikan RapidKL. BET 5 - Rawang-Pasar Seni pula dikendalikan oleh Setara Jaya.

Beliau juga berkata, tahun lalu, tambahan 2.4 juta pengguna menggunakan LRT yang sehingga kini 22 set tren yang mempunyai empat gerabak bagi satu tren telah beroperasi. Ia menunjukkan pertambahan 6.8 peratus dalam penggunaan harian dan pertambahan 31.6 peratus di waktu puncak tahun lalu.

Di bawah inisiatif NKRA, 634 hentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kajang dinaik taraf sepanjang 2010.

Menurut Kong Cho , selebih 166 lagi hentian bas daripada sasaran 800 tahun lalu siap bersama tambahan 440 hentian yang dinaik taraf.

Disunting Daripada Berita Harian

PARAS RADIASI CECAH 4,385


radiasi5

TOKYO: Tekanan semakin meningkat ke atas Jepun supaya memindahkan lebih ramai penduduk membabitkan zon 30 kilometer dari loji reaktor Fukushima selepas tahap radiasi mencapai 4,385 kali

lebih tinggi daripada paras selamat yang bermakna 130,000 lagi orang perlu dibawa ke tempat perlindungan baru.



Seramai 70,000 orang sudah dipindahkan dari kawasan 20 kilometer dari laji nuklear berkenaan manakala 136,000 lagi di kawasan 10 kilometer lagi dinasihatkan tidak keluar rumah.

Kebimbangan mengenai tahap radiasi di luar negara juga meningkat selepas Singapura mengesan kewujudan bahan itu dalam kobis dari Jepun sehingga sembilan kali lebih tinggi had selamat.

Amerika Syarikat pula menemui pencemaran rendah dalam sampel susu di pantai baratnya. Beberapa negara mengharamkan produk susu dan tenusu dari kawasan dekat loji Fukushima.

Susu tercemar antara punca terbesar kanser tiroid selepas nahas nuklear loji Chernobyl, Ukraine pada 1986 selepas penduduk minum susu lembu tempatan.

Badan nuklear PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan agensi nuklear Jepun sudah menasihatkan Perdana Menteri, Naoto Kan, memindahkan penduduk kerana tahap radiasi tinggi dikesan lebih jauh daripada kawasan 30 kilometer.

Pegawai kerajaan, bagaimanapun, terus merayu penduduk Jepun dan dunia tidak cepat panik kerana tahap radiasi di kawasan luar loji berkenaan masih rendah.

Tetapi, IAEA menekankan, tahap radiasi di perkampungan Litate, 40 kilometer dari loji itu memerlukan penduduk berpindah.

Selain itu, tahap radiasi juga ditemui dalam air laut dekat kompleks nuklear itu yang bermakna pelepasan radioaktif terus berlaku ketika puncanya belum diketahui.

Penduduk Jepun tinggal dalam keadaan luar biasa, perkara pertama yang dilakukan untuk bayi baru lahir bukannya dengan doktor tetapi alat pengesan radiasi Geiger.


Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

Tuesday, March 8, 2011

DASAR PANDANG KE TIMUR

DASAR PANDANG KE TIMUR
-OLEH TUN DR. MAHATHIR
-KAJIAN,PENELITIAN,CONTOH TELADAN DARI JEPUN DAN KOREA SELATAN SESUAIKAN DGN MALAYSIA
-JEPUN DAN KOREA SELATAN CEPAT MEMBANGUN/MAJU
-CONTOH KPD MALAYSIA DARI SEGI BUDAYA KERJA,PENGURUSAN AWAM DAN SWASTA
OBJKETIF
-TINGKATKAN PRESTASI PENGURUSAN
-PUPUK CIRI KEPIMPINAN
-WUJUD GOLONGAN MSRKT YG ADA NILAI-DAN ETIKA KERJA POSITIF

STRATEGI
-KAD PERAKAM WAKTU
-TANDA NAMA/PASUKAN MENINGKATKAN MUTU KERJA
-PEJABAT TERBUKA/KAUNTER/BIL SETEMPAT
-FAIL MEJA/MANUAL PROSEDUR KERJA
-PERKIDMATAN CEMERLANG
-KONSEP BERSIH, CEKAP DAN AMANAH
-KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
-LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN TEKNIKAL
-PROGRAM PENGAJIAN AKADEMIK
-PROGRAM PENGAJIAN TEKNIKAL
-PROGRAM KEMAJUAN EKSEKUTIF
-HUBUNGAN ANTARA INSTITUSI
-SKIM LATIHAN PEMBANGUNAN USAHAWAN



DASAR SOGOSHOSHA

SYARIKAT PERDAGANGAN AM MULA DIPERKENALKAN DI JEPUN
MEMENUHI 3 CIRI:
-RANGKAIAN ANTARABANGSA
-KENDALIAN BRG DAGANGAN YG BYK
-PERANAN UTAMA DLM PERDAGAGAN LUAR
-20 BILLION SETAHUN
-CARI STRATEGI BARU DLAM PERDAGANGAN LUAR;MENJANGKA DSAR PERLINDUNGAN LEBIH
LUAS/EKONOMI ANTBANGSA LEMBAP
-GALAKAN EKSPORT SECARA BESAR-BESARAN

OBJEKTIF
1.GALAK EKSPORT TRADISIONAL KE PASARAN BUKAN TRADISIONAL;PENGGUNA BARU
2.GALAK EKSPORT BUKAN TRADISIONAL
3.PELABURAN USAHASAMA DLM SECTOR INDUSTRI DALAM DAN LUAR NEGARA
4.PEMINDAHAN PENGETAUAN DAN TEKNOLOGI

STRATEGI
1.RANGKA DEFINISI DAN PERATURAN
2.KEMUDAHAN DAN BANTUAN KPD SY SOGOSHOSHA TANPA KETEPI SY LAIN
3.GALAKAN CUKAI DAN GALAKAN KEWANGAN

Sunday, February 13, 2011

PJJ, KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

Pendidikan Jarak Jauh "On-Line",(kelebihan dan kelemahan)
Pendidikan jarak jauh on-line melalui internet ini sangat tepat untuk diterapkan di Indonesia. Mengingat luas Indonesia yang terbentang dari Sabang sampai Merauke dan jumlah penduduk yang sangat banyak, tidak mungkin tertampung di sekolah atau universitas yang sudah ada sekali pun. Dengan sarana pendidikan seperti ini dimungkinkan pencapaian upaya pemerataan distribusi pendidikan ke seluruh wilayah Tanah Air. Sarana pendidikan jarak jauh ini memiliki beberapa keunggulan dan kelemahan. Sebagaimana dikemukakan Victor L. Magdaraog, Vice President SGV-Development Dimension International dalam seminar On-Line Learning yang diselenggarakan STMB dan PT Telkom di Bandung baru-baru ini.

Beberapa keunggulan program pembelajaran jarak jauh on-line ini adalah pertama, dimungkinkan terjadinya distribusi pendidikan ke semua penjuru Tanah Air dengan kapasitas daya tampung yang tidak terbatas, karena tidak memerlukan ruang kelas. Guru dan murid tidak perlu bertatap muka secara langsung dalam ruang kelas, karena yang digunakan adalah fasilitas komputer yang dihubungkan dengan internet atau intranet. Sehingga, dengan belajar seperti ini akan mengurangi biaya operasional pendidikan, seperti biaya pembangunan dan pemeliharaan gedung, transportasi, pemondokan, kertas, alat tulis dan sebagainya.

Kedua, tidak terbatas oleh waktu. Pembelajar dapat menentukan kapan saja waktu untuk belajar, sesuai dengan ketersediaan waktu masing-masing. Proses pembelajaran ini sangat cocok diterapkan bagi karyawan/pegawai. Proses pendidikan tidak perlu mengganggu waktu bekerja mereka. Sehingga, karyawan/pegawai masih tetap berkontribusi bagi perusahaan tempat mereka bekerja.

Ketiga, pembelajar dapat memilih topik atau bahan ajar sesuai dengan keinginan dan kebutuhan masing-masing. Hal ini sangat baik karena dapat mendukung tercapainya tujuan pembelajaran. Seperti diyakini kaum pendidik, bahwa pembelajar akan sangat efektif manakala sesuai dengan keinginan dan kebutuhan peserta didik.

Keempat, lama waktu belajar juga bergantung pada kemampuan masing-masing pembelajar. Kalau si pembelajar telah mencapai tujuan pembelajaran, ia dapat menghentikannya. Sebaliknya, apabila si pembelajar masih memerlukan waktu untuk mengulangi kembali subjek pembelajarananya, dia bisa langsung mengulanginya tanpa tergantung pada pembelajar lain atau pengajar.

Kelima adalah keakuratan dan kekinian materi pembelajaran. Mengingat, materi pembelajaran disimpan dalam komputer, berarti materi itu mudah diperbarui sesuai dengan perkembangan iptek. Kaum pembelajar dapat menanyakan hal-hal yang kurang dipahami secara langsung kepada pengajar, sehingga keakuratan jawaban dapat terjamin.

Keenam, pembelajar jarak jauh ini dapat dilaksanakan secara interaktif, sehingga menarik perhatian pembelajar.

Selain keunggulan-keunggulan tersebut, ada beberapa kelemahan yang mungkin timbul dalam sistem belajar jarak jauh on-line ini. Pertama, tingginya kemungkinan gangguan belajar. Karena sifat cara pendidikan jarak jauh ini merupakan belajar mandiri, sehingga kemungkinan terjadi gangguan selama belajar sangat mungkin, hal ini bergantung pada motivasi masing-masing pembelajar. Demikian pula dengan kemungkinan terhentinya program pembelajaran.

Kedua, kesulitan mendapat penjelasan pengajar/fasilitator yang sesegera mungkin apabila si pembelajar mendapatkan kesulitan. Si pembelajar harus menunggu pengajar untuk membuka internetnya.

Ketiga, adalah pemahaman pembelajar terhadap bahan ajar. Bisa saja terjadi kesalahan visi dan persepsi terhadap tujuan yang ditentukan. Si pembelajar merasa bahwa dia telah mencapai tujuan pembelajaran; sedangkan pengajar/fasilitator masih menganggap belum tercapai sepenuhnya. Tetapi, kesalahan visi dan persepsi ini dapat ditanggulangi, karena setiap akhir paket pembelajaran diadakan evaluasi dan refleksi.

Thursday, February 10, 2011

DPN PENUHI KEPERLUAN ASAS RAKYAT

PUTRAJAYA: Usaha kerajaan bagi memastikan rakyat menikmati tempat tinggal yang selesa selain mampu dimiliki diperkukuhkan dengan penyediaan Dasar Perumahan Negara yang akan dijadikan satu dokumen komprehensif melihat hala tuju sektor perumahan di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dasar itu melengkapkan usaha kerajaan yang sebelum ini melaksana dan mengawal selia pembangunan sektor perumahan melalui pelbagai dasar, akta dan perundangan sedia ada melalui agensi berkaitan.


Beliau berkata, dasar itu digubal dengan mengambil kira semua dasar dan perundangan bagi mewujudkan satu dokumen yang komprehensif sebagai rujukan utama dalam menetapkan hala tuju sektor perumahan negara. “Dasar ini bagi memenuhi keperluan asas rakyat dengan menyediakan tempat tinggal selesa dan mampu dimiliki bagi memperkasakan pilihan dan autonomi rakyat.

“Malah, hasilnya nanti, kerajaan akan terus berjaya melahirkan masyarakat serta komuniti yang maju, progresif dan lestari,” katanya dalam ucapan ketika melancarkan Dasar Perumahan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.


Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, timbalannya Datuk Seri Lajim Ukin dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Abu Bakar Hassan.


Muhyiddin berkata, buat masa ini, dua cabaran utama berkaitan sektor perumahan yang dikenal pasti adalah penyediaan rumah mampu milik yang mencukupi bagi pelbagai segmen masyarakat dan keperluan rumah serta persekitaran yang selamat, sihat selaras dengan status ekonomi negara.


Oleh itu, katanya, bagi mendepani cabaran itu, kerajaan memberi tumpuan terhadap strategi utama termasuk memperkemaskan sistem penyediaan dan pengagihan perumahan mampu milik; memperkukuhkan usaha menyediakan perumahan berkualiti tinggi dan persekitaran mapan dan memupuk industri perumaha sihat dan mapan.


“Kerajaan cukup prihatin terhadap keupayaan rakyat memiliki rumah dan memperbaiki akses kepada penyewaan rumah.

“Peranan kerajaan dan swasta perlu saling melengkapi bagi menyediakan keperluan perumahan dengan mengambil kira faktor seperti kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan semasa,” katanya.


Muhyiddin berkata, beliau yakin dasar itu sudah mengambil kira keperluan pelaksanaan konsep teknologi hijau dan lebih menggalakkan penggunaan sumber dan tenaga yang cekap dalam industri pembinaan perumahan serta persekitarannya.


Oleh itu, katanya, konsep pembangunan mapan bukan lagi sesuatu yang menjadi pilihan sebaliknya ia adalah satu kemestian bagi pembangunan industri perumahan negara ini dan bagi kepentingan generasi sekarang dan masa depan.


“Dasar ini juga menekankan peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan dan dalam hal ini, pematuhan terhadap semua perundangan dan peratuan berkaitan dengan perumahan amat penting bagi memastikan projek perumahan disiapkan mengikut tempoh dan peraturan ditetapkan,” katanya.

Sunday, October 17, 2010

INTIPATI BUDGET 2011

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

* Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh

* Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010

* Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.

Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.

* Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.

* Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah

* Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

* Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011

* Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.

* Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah

* Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus

* Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan

* RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar

* RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia

* Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam

* Satu projek besar dirancang melibatkan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia seluas 2,680 ekar di Sungai Buloh

* Sistem pengangkutan MRT untuk Greater KL akan dilaksanakan bermula 2011 bertujuan meningkatkan penggunakan pengangkutan awam hingga 40 peratus

* RM100 juta diperuntukkan untuk melaksanakan program termasuk menyelesaikan isu berkaitan hak tanah Orang Asli dan sempadan penempatan

* Imbuhan guru KAFA dinaikkan daripada RM500 kepada RM800. Elaun bagi imam pula dinaikkan daripada RM450 dan RM750

* Elaun pengerusi JKKK, JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli kpd RM800.
Read more...

Friday, September 24, 2010

MAHKAMAH SIVIL DITUBUHKAN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sivil Baru (NCvC) yang ditubuhkan dengan objektif melupuskan kes sivil dalam tempoh sembilan bulan daripada tarikh ia difailkan sekali gus menjadi mahkamah paling pantas di seluruh dunia yang mampu berbuat demikian.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berkata, tiada negara maju seperti Hong Kong, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat boleh mengatasi kemampuan NCvC melupuskan kes dengan cepat apabila ia beroperasi 1 Oktober ini.

Katanya, bagi kes sivil sedia ada yang masih tertunggak berjumlah 2352 kes sehingga Ogos lalu, akan dapat dilupuskan dalam tempoh dua tahun.
“Bagaimanapun kes tertunggak di Mahkamah Rayuan meningkat selepas kami berjaya menyelesaikan kes dengan cepat di Mahkamah Tinggi.

“Jika kes di Mahkamah Tinggi berkurangan, maka hakim Mahkamah Tinggi akan dinaikkan pangkat bagi membantu mengendalikan kes-kes yang tertunggak di Mahkamah Rayuan, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mahkamah NCvC di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.

Mahkamah NCvC yang ditempatkan di tingkat tiga kompleks mahkamah akan mengendalikan semua permohonan dan tuntutan sivil yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil Kuala Lumpur yang difailkan selepas 30 September.

Katanya, jika kes di mahkamah berjaya diselesaikan dalam masa yang cepat, ia akan membawa keuntungan kepada anak guam dan peguam itu sendiri.
Turut hadir, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.