KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH
Showing posts with label PERLEMBAGAAN. Show all posts
Showing posts with label PERLEMBAGAAN. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

STATUS NEGARA ISLAM JELAS DALAM PERLEMBAGAAN



muhyiddin
Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perdebatan sama ada Malaysia negara sekular atau sebaliknya tidak akan timbul jika falsafah Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi dirujuk.

Sambil menegaskan ia bukan isu baru, Timbalan Perdana Menteri berkata peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan cukup jelas dan tidak perlu untuk mentafsir atau mendefinisikan status negara ini.
Kekalkan status 
Apa yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai status Islam sebagai agama rasmi adalah jelas, jadi saya tidak perlu nak definisikan lagi sama ada (Malaysia) sekular atau tidak.
Biarlah kita kekalkan status sebegitu, tidak perlu penafsiran semula sebab kita sudah melaluinya sejak 55 tahun lalu, apa perlu kita debat sama ada kita sekular atau Islamik.
Katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Malaysia 2012 di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa Malaysia tidak pernah diisytiharkan negara sekular, sebaliknya memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.

Mohamed Nazri menjawab soalan John Fernandez (DAP-Seremban) di Dewan Rakyat, kelmarin.
Berita disunting daripada Berita Harian

Monday, July 18, 2011

  • KDN DIGESA PANTAU MEDIA MASSA

    mediamassa

    KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa memantau media massa, termasuk media cetak dan media baru


    memastikan mereka tidak melaporkan berita berunsur hasutan atau galakan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini.
    Ketua Biro Penerangan Media Kebangsaan dan Penulis Melayu, Muhammed Ibrahim, berkata perhimpunan itu tidak sepatutnya diadakan kerana masih banyak saluran boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah. Beliau minta pihak berkuasa ambil tindakan segera memastikan keamanan tidak diganggu-gugat pihak membela nasib parti tertentu.
    Begitu juga dengan media, mereka sepatutnya memainkan peranan mendidik rakyat supaya lebih berhemah. Soal perhimpunan ini kita tidak boleh main-main kerana ia boleh mengundang ancaman keselamatan. Muhammed berkata, KDN perlu mengambil tindakan tegas terhadap media yang menggugat keselamatan dan memberi gambaran buruk terhadap kerajaan.
    Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

Thursday, July 14, 2011

CUEPACS KEMUKA LIMA TUNTUTAN BARU


awam

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam

skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Tuntutan lain akan dikemukakan dalam pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, di Putrajaya, Isnin ini ialah kenaikan pangkat berdasarkan 'time base' (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama.

JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan.

CUEPACS juga akan membuat susulan terhadap keputusan kerajaan serta cadangan dikemukakan kongres itu kepada JPA sebelum ini, termasuk cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan.

Bercakap selepas berdialog dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pejabat JPJ Perak di sini. Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula SSM.

Penjawat awam Gred 1 hingga 16 perlu diberikan gaji lebih tinggi bagi membolehkan mereka menyesuaikan dengan peningkatan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Omar berkata CUEPACS meminta kerajaan menimbang pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini bagi mengimbangi bonus diterima mereka yang berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan tertentu.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian