KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH
Showing posts with label ISU. Show all posts
Showing posts with label ISU. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

PEPERIKSAAN TUNGGAK KE UNIVERSITI

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Adakah masanya sudah tiba bagi Kementerian Pendidikan menimbang dengan serius untuk mengadakan peperiksaan tunggal bagi kemasukan ke universiti sebagai penyelesaian jangka panjang kepada masalah pelajar terbaik yang tidak memperoleh tempat di universiti tempatan?

Pengerusi Biro Pendidikan Gerakan Lau Chin Hoon sememangnya berpendapat begitu atas dasar dwi-sistem bagi kemasukan ke universiti sekarang, iaitu STPM dan matrikulasi, menjadi punca ketidakpuasan hati sesetengah mereka meskipun terdapat lebih banyak pengambilan berdasarkan merit.

"Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 dalam matrikulasi dan CGPA 4.0 dalam STPM bukanlah setara. Dari segi prosedur parameter kedua-duanya adalah peperiksaan yang sama sekali berbeza. Sebab itulah, kita perlu menyeragamkannya menjadi peperiksaan tunggal untuk ke universiti," jelas beliau.

Ini berikutan hakikat bahawa STPM digabungkan dengan Cambridge Local Examinations Syndicate manakala matrikulasi pula berasaskan kombinasi kerja kursus, peperiksaan dan penilaian pensyarah.

Beliau berkata tanpa peperiksaan kemasukan yang seragam, masyarakat akan sentiasa beranggapan terdapat kurang ketelusan dalam proses pemilihan memandangkan tiada peratusan kemasukan yang boleh diperoleh segera daripada setiap sistem.

"Jika ada peperiksaan kemasukan seragam, masyarakat boleh menerima hakikat apabila permohonan mereka ditolak. Tidak dinafikan bahawa tempat tertentu perlu dikhaskan kepada mereka yang kurang berkemampuan namun peperiksaan seperti ini akan memastikan ketelusan yang lebih hebat," kata Lau.

Peperiksaan tunggal untuk ke universiti adalah perkara lazim di dunia. Di Amerika Syarikat, ia dikenali sebagai 'Standard Assessment Test' (SAT), di China, 'The National Higher Education Entrance Examination' atau 'Gaokao' manakala Korea Selatan pula mempunyai 'College Scholastic Ability Test' atau dikenali sebagai 'Suneung'.

Beliau berkata sungguhpun usaha dilakukan untuk menambah baik format STPM tahun ini tetapi langkah itu masih tidak menyelesaikan isu pelajar terbaik tidak mendapat tempat di universiti awam.

Kali terakhir STPM dijalankan berdasarkan format lama adalah pada 2012, memandangkan tiga tahun lepas Kementerian Pendidikan memutuskan untuk merombak format peperiksaan iaitu daripada mengadakan satu peperiksaan akhir kepada format yang memasukkan penilaian berasaskan sekolah dan penilaian pada setiap akhir semester bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar mengambil STPM.

Sejumlah 51,673 pelajar menduduki peperiksaan itu tahun lepas dengan 442 orang daripadanya memperoleh 4.0 CGPA.

"Di Malaysia, seperti juga di kebanyakan negara Asia, kita cenderung belajar untuk lulus peperiksaan berbanding dengan menumpukan perhatian ke arah memburu cita-cita atau kerjaya," katanya.

Pandangan beliau disokong Felo Penyelidikan Utama di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Denison Jayasooria yang bersetuju bahawa Malaysia perlu memperkenalkan peperiksaan tunggal ke universiti sambil memastikan pelajar kurang berkemampuan juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam.

"Ia seharusnya sama ada matrikulasi atau STPM, bukan kedua-duanya. Satu cara lagi ialah mungkin membiayai mereka mengikuti kursus yang diinginkan sama ada di universiti awam atau swasta atau malah di luar negara, sama seperti sistem baucar di UK," katanya.

Timbalan Naib Canselor Inti_UC Laureate International University, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid berpendapat kelihatan seperti wujud salah tanggapan, malah mungkin mitos bahawa setiap pelajar terbaik seharusnya memasuki universiti awam tempatan.

Beliau menarik perhatian bahawa pendemokrasian pendidikan tinggi pada 1990-an mewujudkan tambahan kira-kira 500,000 tempat bagi program ijazah sarjana muda.

Pada masa ini, kira-kira 900,000 pelajar mengikuti pengajian peringkat tinggi di 20 universiti awam, 33 universiti swasta dan kolej universiti, empat kampus cawangan universiti asing, 22 politeknik, 37 kolej komuniti dan kira-kira 500 kolej swasta.

"Kerajaan telahpun meminda peraturan untuk memberi layanan yang sama kepada universiti awam dan swasta.

"Sebenarnya, tiada isu berhubung pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di universiti, sebaik saja mereka memasuki universiti swasta. Kita ada ruang yang mencukupi. Saya rasa ini bukanlah satu isu," katanya.

Sambil menegaskan bahawa universiti terulung di United Kingdom sebenarnya adalah universiti swasta, beliau berkata satu-satunya isu adalah bantuan kewangan bagi pelajar cemerlang.

"Pelajar yang memperoleh keputusan yang baik sepatutnya diberi bantuan kewangan untuk meneruskan pelajar ke institusi pengajian tinggi," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa pendemokrasian pendidikan tinggi pada 1990-an mewujudkan tambahan kira-kira 500,000 tempat bagi program ijazah sarjana muda.

Pada masa ini, kira-kira 900,000 pelajar mengikuti pengajian peringkat tinggi di 20 universiti awam, 33 universiti swasta dan kolej universiti, empat kampus cawangan universiti asing, 22 politeknik, 37 kolej komuniti dan kira-kira 500 kolej swasta.

"Kerajaan telahpun meminda peraturan untuk memberi layanan yang sama kepada universiti awam dan swasta.

"Sebenarnya, tiada isu berhubung pelajar cemerlang yang tidak mendapat tempat di universiti, sebaik saja mereka memasuki universiti swasta. Kita ada ruang yang mencukupi. Saya rasa ini bukanlah satu isu," katanya.

Sambil menegaskan bahawa universiti terulung di United Kingdom sebenarnya adalah universiti swasta, beliau berkata satu-satunya isu adalah bantuan kewangan bagi pelajar cemerlang.

"Pelajar yang memperoleh keputusan yang baik sepatutnya diberi bantuan kewangan untuk meneruskan pelajar ke institusi pengajian tinggi," katanya.

Sunday, October 7, 2012

PROGRAM DIGITAL MALAYSIA IKUT JADUAL



mdec
PELAKSANAAN Program Digital Malaysia yang bertujuan memacu negara menjadi ekonomi digital maju dalam tempoh lapan tahun adalah mengikut jadual dan mencapai kemajuan memberangsangkan.

Lapan projek program itu yang dikenal pasti dilaksanakan dalam tempoh sasaran sudah berlangsung dan berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan yang mana menjelang akhir tahun depan dianggarkan mampu menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) terkumpul berjumlah RM270.75 juta.
Projek itu ialah hab ‘e-fulfilment’ Asia, perkhidmatan e-Pembayaran bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), perkhidmatan perusahaan perkongsian awam, sumber mikro untuk menjana pendapatan, dan e-Dagang untuk memacu perdagangan antarabangsa.

Tiga lagi ialah pembelajaran secara dalam talian yang direka khas mengikut permintaan, pembangunan industri sistem teras, dan Dompet Digital Mudah Alih.
Multimedia Development Corporation (MDeC) yang ditugaskan menerajui Program Digital Malaysia itu berkata, berdasarkan laporan kemajuan yang dikemukakan kepada jawatankuasa pemandu Digital Malaysia pada Selasa lalu, lapan projek berkenaan juga telah merekodkan komitmen pelaburan sebanyak RM187.47 juta daripada sektor swasta.
Katanya, Jawatankuasa pemandu juga turut menerima laporan mengenai kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan Akaun Satelit ICT (ICTSA) oleh Kementerian Kewangan menerusi kerjasamanya dengan MDeC, Jabatan Perangkaan (DoS) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

ICTSA adalah petunjuk yang digunakan bagi mengukur kesan limpahan sektor ICT dalam ekonomi domestik.
Penubuhannya juga tepat pada masanya kerana ia akan memberi gambaran dan data terperinci mengenai ICT dan e-Perdagangan, iaitu dua komponen asas dalam Program Digital Malaysia bagi menjayakan pelaksanaan projek sepanjang lapan tahun itu.
Ketua Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, walaupun pelaksanaan projek berkenaan berupaya memacu pembangunan dengan adanya ketersediaan infrastruktur yang betul, sistem serta pembabitan rakan kongsi, namun ia tidak akan mencapai sasaran utama iaitu meningkatkan GNI negara, produktiviti dan taraf hidup jika tanpa pembabitan kumpulan sasar.

GAJI MINIMUM RM1,100 JEJAS PKS



iga
Kuala Lumpur: Lebih 600,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan berdepan masalah jika gaji minimum RM1,100 yang dicadangkan pakatan pembangkang dalam belanjawan alternatifnya dilaksanakan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ia adalah cadangan yang tidak bertanggung jawab dan akan memusnahkan industri perkilangan dan PKS tempatan yang kebanyakannya dipelopori di kawasan luar bandar.
Katanya, negara kini mempunyai 600,000 syarikat PKS yang menjadi tempat mencari rezeki hampir enam juta pekerja atau mewakili 50 peratus peluang pekerjaan di Malaysia.
PKS ini mempunyai ramai pekerja dengan kebanyakannya bergaji RM600 hingga RM700. Bila kerajaan nak naikkan RM900 mereka sudah pening kepala. Jika naik RM1,100 habis lingkup banyak PKS nanti. Ramai yang menganggur dan menimbulkan masalah lain pula.
Tambahnya, ini bukan perkara main-main, mungkin bagi mereka ia satu cadangan yang diminati tetapi dengan keadaan ekonomi dunia yang mencabar dan banyak negara bergelut dengan kemelesetan, cadangan belanjawan alternatif itu tidak bertanggungjawab dan berisiko besar kepada industri dan pekerja.

Katanya pada sidang media selepas majlis memeterai Perjanjian Promosi dan Perlindungan Pelaburan (IGA) antara Malaysia dengan San Marino di Kuala Lumpur, mereka seharusnya berbincang dulu dengan PKS sebelum menghebahkannya kerana kerajaan sendiri melaksanakan perbincangan secara terperinci dan berhati-hati dengan pekerja dan majikan selama hampir setahun sebelum melaksanakan gaji minimum RM900.
Beliau memeterai perjanjian itu bagi pihak kementerian; manakala San Marino pula diwakili Dutanya ke Malaysia, Mauro Montanari.

Monday, September 24, 2012

MANUSIA BERJIRAN DENGAN SAMPAH



Oleh Muhamad Rafiq Abdul Rahman
Dunia bakal tenggelam dengan timbunan sampah sarap yang dihasilkan sendiri oleh tangan manusia! Masakan tidak, lihat saja situasi pada hari ini, sampah sarap setiap hari bertambah jumlahnya. Manusia pula sering menuding jari dan meletakkan bebanan tersebut kepada pihak berwajib.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar, Amerika Syarikat (AS) menghasilkan kira-kira 220 juta tan sampah setiap tahun. Hal ini bersamaan dengan menanam lebih 82 ribu padang bola jika dipadatkan!
Percaya atau tidak, penduduk AS membuang sampah kira-kira enam hingga lapan kilogram setiap hari. Jika hal yang sama dilakukan oleh penduduk dunia, purata pengeluaran sampah setiap hari kira-kira 10 juta tan. Jumlah penduduk AS ialah kira-kira empat peratus daripada penduduk dunia.
Jika diperhatikan di negara yang mempunyai populasi penduduk terbanyak di dunia, seperti China, walaupun negara tersebut memiliki kira-kira 1.3 bilion orang penduduk, kadar pengeluaran sampah di negara Tembok Besar itu sekitar 300 juta tan setahun berdasarkan kajian Nie Yongfeng, pakar pengurusan sisa di Universiti Tsinghua, Beijing.
Yang menariknya pula, United Kingdom (UK) secara puratanya mengeluarkan lebih daripada 434 juta tan bahan buangan setiap tahun. Jika dihitung, sampah itu mampu memenuhi ruang Royal Albert Hall di London dengan tempoh kurang daripada dua jam.
Secara purata, setiap individu di UK membuang sampah tujuh kali berat badan mereka, iaitu 500 kilogram sampah setiap tahun. Pada 2001, isi rumah di UK menghasilkan berat sampah bersamaan dengan 245 buah pesawat jet jumbo seminggu dalam sisa pembungkusan. Selain itu, setiap tahun sebanyak setengah bilion beg plastik diedarkan di pasar raya di seluruh UK. Hal ini bersamaan dengan lebih 290 beg bagi setiap individu di UK.
Malaysia tidak ketinggalan bakal tenggelam dengan longgokan sampah sarap jika tidak ditangani dengan baik. Menurut Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, pembuangan sampah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa serta kurangnya kesedaran daripada masyarakat tentang permasalahan ini.
Jelasnya lagi, Malaysia menggunakan kira-kira lapan bilion penggunaan beg plastik dalam tempoh setahun. Dalam sehari terdapat kira-kira 30 ribu tan sampah dibuang ke tapak pelupusan sampah di seluruh negara. Hal ini bersamaan dengan kira-kira 1.5 kilogram sampah dibuang setiap hari oleh penduduk di bandar dan 0.8 kilogram penduduk luar bandar.
Ketika ini, sebanyak 114 daripada 290 buah tapak pelupusan sampah di seluruh negara berada dalam keadaan yang cukup tenat. Lebih malang lagi, hanya tujuh buah tapak pelupusan sampah di negara ini merupakan tapak pelupusan mesra alam.
Dengan populasi penduduk di negara ini yang bertambah saban tahun, khususnya pembuangan sampah yang tidak bersistematik dan kurangnya kesedaran untuk melakukan kitar semula, berkemungkinan besar negara bakal berhadapan dengan pencemaran yang cukup dahsyat.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada Mei 2011, penduduk dunia akan bertambah daripada tujuh bilion orang pada 2011 kepada 9.3 bilion orang menjelang 2050 dan 10.1 bilion orang pada 2100.
Persoalannya, dengan pertambahan penduduk dunia setiap tahun, adakah peningkatan pembuangan sampah di seluruh dunia juga meningkat? Jangan sampai jumlah sampah di dunia lebih tinggi sehingga mampu melemaskan penduduk bumi!

Sunday, September 23, 2012

AJARAN SESAT ANCAMAN UMAT ISLAM



Oleh Aninah Janang
Pukul 11.00 malam, cahaya suram menerangi sekumpulan kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 10 tahun. Mereka berdiri dalam satu bulatan kecil di sebuah rumah yang tidak bernombor di Gombak, Selangor. Di hadapan mereka, seorang lelaki berkulit gelap, berusia 30-an, memegang mikrofon dan sekeping kertas berwarna putih. Di luar bulatan kumpulan kanak-kanak tersebut, kelihatan puluhan orang lelaki dan wanita dewasa berdiri sambil memerhati kumpulan kanak-kanak berkenaan.
Dalam suasana sunyi sepi, tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara seorang lelaki menyanyikan lagu yang memuji-muji nama beberapa orang individu yang tidak dikenali. Selang beberapa rangkap lelaki berkulit gelap itu mendendangkan lagu tersebut, kumpulan kanak-kanak tersebut serentak menyanyikan lirik yang sama, seperti yang dinyanyikan oleh lelaki terbabit. Mereka bersahut-sahutan.
Semakin lama suara mereka semakin nyaring kedengaran. Kanak-kanak tersebut terkinja-kinja mengikut alunan lagu. Setiap bait lirik lagu yang dilafazkan diiringi dengan aksi melompat sambil menampar dengan kuat bahagian bahu dan dada mereka menggunakan telapak tangan masing-masing, iaitu tangan kiri menepuk dada kanan dan tangan kanan menampar dada kiri. Tamparan itu menghasilkan bunyi yang kuat dan menggamatkan.
Semakin lama, bunyi tamparan itu semakin kuat dan kanak-kanak tersebut seperti dirasuk kerana menjerit tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Menyaksikan keadaan itu, penyanyi tersebut mengulang kembali rangkap lagu berkenaan berpuluh-puluh kali sehingga penonton yang menyaksikan upacara berkenaan asyik dan turut menyanyi serta menampar tubuh mereka.
Peluh mula membasahi tubuh kumpulan kanak-kanak tersebut. Namun begitu, tiada siapa yang mampu menghentikan “keseronokan” luar biasa yang dialami mereka. Penyanyi terbabit meneruskan upacara tersebut tanpa mempedulikan keadaan kanak-kanak terbabit.
Persoalannya, tidakkah mereka berasa sakit? Mengapakah kanak-kanak tersebut berkelakuan pelik sehingga sanggup menyakiti tubuh sendiri?
“Mereka percaya dengan memukul tubuh badan sendiri, diri mereka dapat disucikan daripada dosa. Kebiasaannya upacara ini dilakukan sempena 10 Muharam pada setiap tahun,” jelas Zulhelmi Yatim kepada penulis ketika menyerahkan rakaman video satu daripada kumpulan ajaran sesat persatuan bukan kerajaan (NGO) yang menyebarkan fahaman Syiah di negara ini.
Zulhelmi Yatim, 49 tahun, yang merupakan pendakwah bebas bergerak aktif sejak 20 tahun lalu di sekitar Selangor. Beliau menjelaskan bahawa NGO terbabit ditubuhkan sejak 15 tahun lalu dan kini masih beroperasi meskipun beberapa kali program mereka diharamkan dan banyak pengikut serta pemimpin mereka ditahan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Begitu pun, NGO terbabit tidak pernah mengaku kalah. Mereka bangkit menentang undang-undang dan membina rangkaian yang luas. Yang lebih mengejutkan, sehingga kini NGO terbabit berjaya mengumpul lebih daripada 100 ribu orang ahli di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 40 ribu orang ahli dipercayai berada di sekitar Selangor yang menjadi kubu kuat NGO tersebut.
Menurut Zulhelmi Yatim, NGO terbabit terkenal dengan fahaman Syiah yang ekstrem dengan menghalalkan nikah mutaah, menambah nama Sayidina Ali ketika mengucap dua kalimah syahadah, menolak jimak ulama, mempercayai bahawa sesiapa yang menziarahi kubu Sayidina Husain mendapat ganjaran dari syurga, menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab, mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW, menyanjung Sayidina Ali secara keterlaluan, menghina isteri-isteri Nabi Muhammad SAW, dan menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Meskipun undang-undang di negara ini jelas menolak Syiah, kebanyakan mereka percaya bahawa mereka berada di jalan yang benar,” ujar Zulhelmi Yatim.
Syiah ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Jika diteliti, terdapat beberapa aliran Syiah, antaranya Syiah Imam Dua Belas (merangkumi 90 peratus penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq), al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah dan Syiah Imam Bertujuh. Daripada aliran tersebut, terdapat aliran Syiah yang ekstrem.
Di Malaysia,mazhab Syiah ditolak berdasarkan peruntukan undang-undang. Hal ini demikian kerana terdapat cabang Syiah yang diamalkan oleh segelintir umat Islam dilihat cenderung kepada keganasan. Senario tersebut dibimbing mampu mengancam keselamatan negara, seperti yang berlaku di Iraq, Afganistan, dan Pakistan yang menyaksikan pertumpahan darah antara penganut Syiah dengan Sunni.
Begitu pun, ajaran Syiah yang ekstrem bukanlah satu-satunya ajaran sesat di negara ini. Terdapat banyak ajaran sesat yang mengancam umat Islam. “Ajaran sesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan,” ujar Zulhelmi Yatim kepada penulis.
Beliau menambah banyak pengamal ajaran sesat yang beroperasi di negara ini “bertopengkan” amalan perubatan Islam, perniagaan yang berasaskan Islam, rumah kebajikan, dan pusat pengajian Islam.
Sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut? Zulhelmi Yatim mengajak penulis mengunjungi sebuah rumah yang mengamalkan ajaran sesat dengan berselindung di sebalik pengamal perubatan Islam.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Julai 2012

Wednesday, September 19, 2012

WANG HANTARAN DI MALAYSIA


http://i.imgur.com/Ma6U9.jpg
KUALA LUMPUR — Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu.
Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.
“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran yang merupakan seorang penyelia kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.
“Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.
“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.
“Jadi, dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini.”
Dalam adat perkahwinan Melayu-Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
Mas kahwin, juga dikenali sebagai “wang belanja tubuh”, telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan.
Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya.
“Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari perkahwinan,” menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Kata Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak tahun lalu bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini.
Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa meletakkan harga sedemikian.
“Semasa upacara merisik, kami membincangkan tentang harga hantaran, memandangkan pasangan saya merupakan seorang graduan ijazah sains, maka harganya lebih tinggi.
“Jadi sebab itu, mahu tidak mahu, saya perlu menyimpan agar dapat menyempurnakan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.”
Bila ditanya berapa harga hantaran perkahwinan, Azri enggan memberi jumlah keseluruhannya.
“Apabila berkahwin ni, banyak komitmen yang perlu diberikan, antaranya perlu membayar hutang membeli rumah, membeli kereta, kemudian pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, dan beberapa tahun lagi apabila sudah mempunyai anak, kena membeli persiapan untuk kelahiran anak pula.
“Itu belum lagi bila anak itu sudah membesar dan sudah mula bersekolah,” kata Azri lagi.
Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.
Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.
Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.
Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh.
http://i.imgur.com/sYTgv.png
Menurut kenyataannya kepada Berita Harian hari ini, bilangan kes perceraian di ibu kota yang direkodkan JAWI turun secara mendadak apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan 64 kes berbanding 1,828 kes sepanjang tahun lalu.
Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.
Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.
“Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah,” katanya.
Statistik dalam laman web Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mencatatkan penceraian pada tahun 2011 telah menurun iaitu 27,355 kes berbanding tahun 2010 iaitu 28,035 kes.
Bagaimanapun, menurut timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kadar itu masih membimbangkan biarpun penurunan sebanyak 2.5 peratus.
Dr Mashitah berkata, Selangor mencatatkan jumlah perceraian paling tinggi iaitu sebanyak (4,409 kes), diikuti Johor (3,021 kes) dan Kelantan (2,429 kes).
Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia dan isterinya.
“Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya.
“Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai,” kata Hadzrien lagi.
Katanya, pinjamannya yang berjumlah hampir RM20,000 itu terlalu sukar untuk dibayar, hinggakan dia terpaksa menjual kereta Proton Satrianya.
“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar.
“Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lagi

Tuesday, July 24, 2012

ISU LOGO KEMERDEKAAN


Pelbagai isu disebalik maksud logo kemerdekaan Ke-55 untuk tahun 2012. Rekaan logo untuk tema kemerdekaan kali ini menimbulkan rasa tidak puas hati apabila rekaan bagaikan melepaskan batuk ditangga dan tidak bersifat kemerdekaan. Logo kali ini lebih dikaitkan dengan politik berbanding semangat patriotisme atau nasional.
Ze8vB
Pakatan Rakyat menggesa kerajaan menukar tema Hari Kebangsaan 2012 “Janji Ditepati” kepada tema yang lebih bersifat inklusif. Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan pakatan pembangkang yang dipengerusikan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bersetuju bahawa tema tersebut tidak bersifat kemerdekaan.
Mustafa berkata mesyuarat juga bersetuju memberikan tempoh seminggu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan seterusnya menukar tema tersebut kepada tema yang lebih sesuai. Beliau menambah, tema tersebut adalah tidak munasabah untuk Malaysia, sebuah negara demokrasi kerana ia merupakan slogan parti Barisan Nasional (BN).
Maksud Logo Kemerdekaan 2012

Wednesday, February 22, 2012

LAGI SBPA

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

“Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini, Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

“Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500,” katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

“Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. “Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka,” katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA. “Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan,” katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

“Jika tidak boleh juga…apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru,” katanya.-BERNAMA

Sumber: http://araublogger.blogspot.com/2012/02/sbpa-cuepacs-tuntut-kenaikan-gaji-rm700.html#ixzz1nAJ88HoB
Under Creative Commons License: Attribution

Tuesday, February 21, 2012

5 NEGARA PALING MURAH DI DUNIA

5. Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi
politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat
murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga
sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di
Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik
tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!


More info after the jump


4. Filipina - Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di
dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60
manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di
universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan
antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan = RM135.


3. Argentina - Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan
dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk
didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan
kulit seperti jaket dan dompet boleh didapati dengan harga hanya satu
pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.


2. Zimbabwe - Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas
sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi
mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk
menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu
kilogram daging lembu berharga RM1.80.



1. Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay
, iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di
pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah
hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda
hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini

Sunday, February 19, 2012

JUMLAH PELAJAR SAINS DI IPT MAKIN KURANG

PUTRAJAYA: Jumlah pelajar aliran sains di institut pengajian tinggi (IPT) berada pada tahap membimbangkan sekiranya tiada usaha dilakukan bagi menarik minat pelajar menceburi bidang berkenaan, sekali gus menjejaskan usaha kerajaan


mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ahli Majlis Penyelidikan Sains Kebangsaan, Prof Dr Halimaton Hamdan, berkata jumlah pelajaran aliran sains di IPT tempatan kini hanya sekitar 35,000 orang setahun berbanding sasaran 100,000 pelajar setahun. Beliau berkata, lebih membimbangkan lagi jumlah pelajar yang mengikuti aliran sains di sekolah hanya berada pada tahap 29 peratus dan dikhuatiri akan turut menjejaskan 'bekalan' pelajar aliran itu pada peringkat IPT. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 tenaga kerja daripada aliran sains dan teknologi menjelang 2020 sekiranya status negara maju berpendapatan tinggi ingin direalisasikan.

Minggu lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyuarakan kebimbangan berhubung peratusan pelajar mengambil jurusan sains yang terus merosot sehingga 29 peratus pada tahun ini dan menyifatkan keadaan itu sebagai amat kritikal. Aliran penurunan itu bermula sejak 2007, sekali gus memperlahankan sasaran Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 yang memerlukan 60 peratus pelajar aliran sains dan selebihnya aliran sastera.

Halimaton berkata, kemerosotan itu berterusan hingga ke tahap universiti apabila pelajar yang memasuki IPT melihat pembelajaran dalam bidang sains tidak berbaloi selain mendapatinya sukar lagi membosankan. Beberapa faktor seperti kurang minat dan anggapan bahawa bidang sains tidak menjanjikan gaji lumayan dalam kerjaya juga harus diberi perhatian oleh semua pihak berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Bahagian Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan, berkata pihaknya kini sedang menyediakan pelan tindakan bagi memastikan jumlah pelajaran aliran sains di universiti meningkat selari dengan sasaran kerajaan mencapai kuota 60 peratus pelajar aliran sains di IPT. Pelan tindakan ini dibuat untuk melihat cara bagaimana boleh kita meningkatkan pelajar dalam bidang sains secara keseluruhan, bukan saja pada peringkat IPT, sebaliknya pada peringkat sekolah lagi.

Berita Disunting Daripada Sumber ; Berita Harian

Thursday, December 22, 2011

TANAH ORANG MELAYU 2B MILIK CETI

GEORGETOWN: Sebanyak 252 lot tanah dianggarkan bernilai RM2 bilion membabitkan kediaman dan dusun, yang kebanyakanmilik orang Melayu Pulau Pinang dirampas oleh Chettiar atau ceti sebagai gantian cagaran pinjaman nenek

moyang mereka beberapa dekad lalu tanpa disedari waris sekarang.

Tanah yang terletak di 13 mukim dalam daerah Barat Daya sudah bertukar hak milik kepada 543 individu daripada golongan berkenaan yang kini dipercayai menetap di India.


Berikutan kegagalan melunaskan pinjaman, ceti mengambil alih tanah itu tanpa disedari, orang Melayu menumpang di tanah mereka sendiri dan ia diteruskan oleh waris mereka sehingga ke hari ini. - Peguam Difahamkan, antara lot tanah itu terletak di kawasan perkampungan Melayu di Bayan Lepas; Permatang Damar Laut; Teluk Kumbar; Balik Pulau; Teluk Bahang; Gertak Sanggul; Kampung Seronok dan Kampung Binjai.

Masalah sama juga dikatakan berlaku di daerah lain di negeri ini yang menyebabkan kedudukan orang Melayu semakin terhimpit apabila tanah berkenaan mahu dimajukan atau bertukar tangan kepada pihak ketiga.

Ini menyebabkan ramai orang Melayu menjadi penumpang di tanah diduduki sekarang, walaupun pada asalnya milik nenek moyang mereka. Difahamkan, 1,000 orang Melayu sudah diusir pemilik tanah sebenar dan hidup merempat di sekitar negeri ini.

Keadaan itu menyebabkan pemilikan ekuiti orang Melayu di Pulau Pinang semakin terhakis dan terancam termasuk keupayaan memegang hak milik hartanah sendiri, selain menggugat kuasa pengundi Melayu negeri itu.


Kata peguam berkenaan,seorang peguam yang arif dengan pentadbiran tanah di Pulau Pinang memberitahu Berita Harian, kebanyakan orang Melayu yang mewarisi lot itu langsung tidak menyedari tanahnya sudah digadai nenek moyang mereka kepada golongan ceti sebelum Perang Dunia Kedua kerana ingin mendapatkan pinjaman wang tunai.

Berikutan kegagalan melunaskan pinjaman, ceti mengambil alih tanah itu tanpa disedari, orang Melayu menumpang di tanah mereka sendiri dan ia diteruskan oleh waris mereka sehingga ke hari ini.

Beliau juga mendedahkan, ada antara tanah berkenaan berkeluasan 72.8 hektar dengan nilai mencecah hingga RM350 juta berpindah milik kepada ceti kerana pemilik asalnya gagal melunaskan hutang yang hanya RM350 sejak tujuh dekad lalu.

Keadaan itu berlaku kerana pada zaman sebelum merdeka, banyak pemilik asal lot tanah berkenaan menggadaikan tanah kepada ceti bagi mendapatkan wang untuk perbelanjaan majlis perkahwinan anak mereka.

Monday, October 17, 2011

MYKAD BARU 2012

Gambar Mykad Baru 2012 yang akan digunakan mulai awal januari tahun depan. Kad pengenalan baru ini lengkap dengan ciri keselamatan yang kukuh dari sebelumnya. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
MyKad baru ini diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.
Invalid Domain Name
GAMBAR MYKAD BARU JANUARI 2012 DAN CIRI KESELAMATAN

60,000 PELAJAR KITA KETAGIH FB


facebook

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

Katanya remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB. Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia.
Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan. Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental. Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Disunting Daripada Berita Harian

Friday, October 7, 2011

TEKS UCAPAN BUDGET 2012

TEKS UCAPAN BUDGET 2012

SBPA GANTI SSM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dalam usaha melakukan transformasi perkhidmatan awam di negara ini supaya lebih dinamik, responsif serta berorientasikan prestasi.

Sistem itu menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi membawa perubahan lebih radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan mereka berasaskan prestasi kerja.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, semalam berkata, antara elemen yang terkandung dalam SBPA termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.

Selain itu, beliau berkata, melalui SBPA, ia dapat menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya mereka mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi.


“Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi berbanding sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum RM6,325.39, kelak di bawah SBPA, gaji maksimum meningkat 37.7 peratus kepada RM8,710.


“Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah RM3,860.52, kelak nanti di bawah SBPA akan meningkat 39 peratus kepada RM5,370,” katanya.

Beliau turut mengumumkan kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 selain faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi mereka yang menerima opsyen SBPA itu.


“Dengan pelaksanaan SBPA ini, 600,000 pesara kerajaan menikmati pelarasan pencen membabitkan peruntukan RM600 juta. Mulai 2013, kerajaan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelaksanaan gaji,” katanya.

Najib turut memberi khabar gembira kepada penjawat awam yang berada pada tahap usia persaraan apabila mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 kepada 60 tahun.


Katanya, ia bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam dan tidak menjejaskan peluang pekerjaan generasi muda kerana sektor awam dan swasta terus mewujudkan peluang pekerjaan.

Wednesday, October 5, 2011

TAHAP STRES PELAJAR MALAYSIA TINGGI

PUTRAJAYA 5 Okt. - Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap stres yang tinggi.

Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda stres, keresahan dan kemurungan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk.

Daripada jumlah semua pelajar yang disaring itu juga, kata beliau, seramai 2,345 iaitu 36 peratus murid telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental.

Sejumlah 279 guru pula dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid.

“Bilangan tersebut cukup tinggi, oleh yang demikian kementerian sedang berusaha untuk meningkatkan latihan dan kemahiran Gaya Daya Tindak ke atas pelajar di seluruh negara.

“Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam hal ini terutama sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya tetapi apa yang penting ialah melakukan persediaan awal mengenai kemahiran menangani stres,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Projek rintis kementerian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula pada Mac lalu dan dijalankan di enam buah sekolah di enam negeri.

Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka; Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak dan Sekolah Menengah St Michael, Penampang, Sabah.

Dua lagi ialah Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya.

Menurut Tiong Lai, kementerian akan memperluaskan projek itu di semua sekolah dalam usaha meningkatkan kesejahteraan di kalangan murid dan warga sekolah serta sebagai persediaan mengelakkan perkara lebih serius berlaku.

“Bukan sahaja pelajar, malah projek ini turut melibatkan latihan kepada guru-guru bagi mengendali masalah stres di kalangan pelajar.

“Ia penting bagi memastikan tiada masalah yang lebih serius berlaku kepada pelajar yang memerlukan khidmat nasihat ketika saat-saat genting,” katanya.

Dalam pada itu, Tiong Lai turut berharap Kementerian Pelajaran mempertimbangkan cadangan untuk memperluaskan Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar di seluruh negara.

Sementara itu, kata beliau, saringan kesihatan mental di klinik kesihatan juga telah diperluaskan secara berperingkat di klinik seluruh negara bermula Jun lalu.

“Perkhidmatan ini akan dapat mengenalpasti lebih awal masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, sehingga kini seramai 637 klinik kesihatan telah melaksanakan perkhidmatan ini.

“Dari segi latihan pula, seramai 687 pegawai kesihatan yang terdiri daripada 138 doktor dan 549 paramedik telah menerima latihan kesihatan mental komuniti bagi mengesan masalah mental di kalangan masyarakat,” katanya.

Monday, September 26, 2011

SEKOLAH TAKSUB SEMUA A DITEGUR


exam


KUALA LUMPUR: Sekolah yang terlalu taksub untuk mencatat prestasi dengan keputusan semua A dalam peperiksaan awam sehingga sanggup bertindak di luar batasan, ditegur kerana kecemerlangan institusi pendidikan bukan diukur dari segi pencapaian akademik saja.
Sebaliknya, pengiktirafan itu termasuk pemberian ganjaran kepada pengetua, guru besar dan guru di bawah Tawaran Baru, mengambil kira penilaian menyeluruh yang turut meliputi aspek pencapaian kokurikulum dan pelajar serta keberhasilan pembangunan modal insan selaras Falsafah Pendidikan Negara.

Berikutan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pengetua dan guru besar harus bersikap lebih terbuka dalam memahami hasrat kementerian berhubung matlamat pendidikan berkualiti.

Beliau dukacita ada sekolah terlalu taksub seperti itu, sedangkan kementerian tidak menilai kecemerlangan sekolah hanya berdasarkan prestasi semua A dalam peperiksaan. Malah, ada sekolah yang bukan seluruh pelajarnya mendapat keputusan semua A, tetap berjaya menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Jadi, tindakan seperti menyekat calon tertentu menduduki peperiksaan awam bermakna menutup potensi yang ada serta menyebabkan masyarakat menjadi keliru.

Tiga calon Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor, Sarawak, tidak dibenar menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini kerana mereka didakwa lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine serta Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah ketika calon lain menduduki UPSR pada 13 dan 14 September lalu dan mereka hanya dibenarkan mendudukinya pada hari terakhir peperiksaan 15 September selepas ibu bapa membuat aduan polis.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) sudah membuat siasatan awal ke SK Bandar Bintangor Isnin lalu dan mengesahkan berlaku kejadian mengurung tiga calon terbabit.

Mereka masih menyiasat punca kejadian dan ketika ini, guru besar sekolah itu bertugas seperti biasa. JNJK dijangka menyerahkan laporan penuh hasil siasatan itu kepada saya akhir minggu depan. Kita akan meneliti dan membuat beberapa cadangan sewajarnya sebelum dikemukakan kepada menteri.

Beliau berkata, tiga murid terbabit akan menduduki UPSR pada 3 hingga 5 Oktober di sekolah itu dengan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sendiri yang akan bertindak sebagai guru pengawas.

Bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan, beliau berkata, kementerian akan mengeluarkan surat peringatan dari semasa ke semasa kepada pengetua dan guru besar mengenai pekeliling berhubung hak semua pelajar berdaftar menduduki peperiksaan.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon turut kesal dengan kejadian itu yang disifatkan sebagai terpencil dan menggesa suatu peringatan dikeluarkan kepada semua sekolah bagi memastikan calon tidak dihalang menduduki peperiksaan.

Katanya pihak yang bersalah dalam perkara ini mesti dikenakan tindakan sesuai untuk dijadikan amaran dan menjadi pengajaran kepada yang lain.
Disunting Daripada Berita Harian

Monday, September 12, 2011

PELAJAR PEREMPUAN LEBIH RAMAI BERBANDING LELAKI ,DI IPTA

SERDANG: Perbezaan ketara jumlah pelajar perempuan berbanding lelaki di institusi pengajian tinggi (IPT) awam di negara ini dikhuatiri boleh menggagalkan pembangunan sumber manusia terutama dalam menjayakan Program

Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sumber manusia adalah kekuatan negara dan bilangan pelajar lelaki yang rendah memasuki universiti akan menyebabkan golongan itu tidak dapat memberi sumbangan besar kepada kejayaan dua program berkenaan.

Kekurangan pelajar lelaki lanjut pengajian ke universiti menyebabkan negara gagal memaksimumkan kepakaran menjayakan GTP dan ETP. Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Pembangunan sumber manusia bergantung kepada ilmu dan kemahiran dan kekurangan pelajar lelaki melanjutkan pengajian ke universiti menyebabkan negara gagal memaksimumkan kepakaran untuk menjayakan GTP dan ETP.

Sebahagian besar pelajar lelaki (yang gagal melanjutkan pengajian ke universiti) tidak dapat menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan sumber manusia dan ini tidak baik untuk negara. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Jelajah GTP dan ETP Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertema `Youth Defined: Shape Our Future’ di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa; Naib Canselor UPM, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi dan Pengerusi MyHarapan, Roslan Bakri Zakaria.Ketika ini, seramai 1.2 juta pelajar mengikuti pengajian di IPT awam dan swasta dengan majoritinya adalah perempuan, sebagai contoh bagi kemasukan pelajar baru sesi September 2011/2012, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya nisbah ialah 30:70, manakala di UPM pula 33:67.

Mohamed Khaled berkata, antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan jumlah pelajar lelaki di universiti adalah menjadikan siswa lelaki sebagai idola sekurang-kurangnya di kampung kelahiran mereka. Sebagai contoh katanya, ketika musim cuti semester, pelajar terbabit menjalankan program motivasi kepada generasi muda di kampungnya mengenai kepentingan dan keistimewaan melanjutkan pengajian ke universiti.

Sebagai idola di kampungnya, pelajar terbabit perlu memiliki ‘daya pikat’ dengan memberi ceramah satu atau dua jam untuk membentuk minat kepada generasi muda lelaki dengan menjadikan universiti sebagai destinasi mereka. Jangan balik rumah hanya duduk dalam bilik. Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled, berkata KPT akan berbincang dengan pihak universiti untuk memberikan kredit kepada pelajar universiti yang terbabit menjayakan GTP dan ETP sebagai kemahiran insaniah.

Graduan masa kini bukan saja bergantung kepada ilmu, sebaliknya kemahiran insaniah sangat penting yang meliputi pembabitan luar untuk mencetuskan idea memajukan masyarakat. Pelajar boleh masuk ke kawasan luar bandar untuk mengenal pasti sumber ekonomi yang boleh dimajukan oleh masyarakat setempat untuk membebaskan mereka daripada kelompok miskin tegar. Mereka memiliki pengetahuan dan inovasi yang boleh dimanfaatkan masyarakat kawasan itu.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian