KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Wednesday, May 27, 2009

JAMUAN PERPISAHAN

Tanggal 27.05.09 ini meninggalkan seribu kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh semua warga PERTENA kerana akan kehilangan seorang guru yang disayangi iaitu Cikgu Rohani. Beliau akan berpindah ke Terengganu tempat kelahiran beliau. Sesungguhnya beliau sangat disayangi oleh para pelajar tingkatan enam SMK Gadong serta rakan-rakan sejawat yang telah sama-sama mengharungai pahit manis di SMK Gadong selama 8 tahun beliau bertugas di sekolah ini. Beliau sangat komited melaksanakan tugas sebagai guru di SMK Gadong dan jasa-jasa beliau sememangnya tidak dapat ditukar ganti dengan hadiah atau apa jua penghargaan tetapi kami semua warga SEMEGA mendoakan semoga Cikgu Rohani akan bahagia dan dilindungi Allah sentiasa serta tidak akan melupakan SMK Gadong apabila di sekolah baru.' JASAMU TETAP DIKENANG'

No comments: