KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Thursday, July 30, 2009

KERAJAAN MALAYSIA

1.CIRI-CIRI KERAJAAN MALAYSIA
• Jenis Kerajaan Persekutuan
• Raja Berperlembagaan
• Demokrasi Berparlimen dan bercorak Westminster

• Dwidewan
• Ketinggian Perlembagaan
HAK ASASI WARGANEGARA

2. setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:
(a) tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang
(b) tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c) Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan secepat mungkin
(d) Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi perkhidmatan kerahan (kerja paksa) yang mengikut undang-undang
(e) Berhak mendapat perlindungan undang – undang dan seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan yang sama
(f) Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
(g) Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya
(h) Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan
(i) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
(j) Kebebasan beragama
(k) Kebebasan pemilikan harta

3.SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI
No. Jenis undang-undang Ringkasan
1 Undang-undang Subversif - kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara
2 Undang-undang Darurat - kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh seseorang yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan
3 Aka Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - seseorang boleh ditahan tidk melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam negara
4 Akta Universiti dan Kolej Universiti - para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik.
5 Akta Rahsia Rasmi - tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan
6 Akta Mesin Cetak - badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untujk mengungkitkan isu-isu sensitif yan boleh mengancam keselamatan negara.
7 Akta Hasutan - rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan.
8 Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak - berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

No comments: