KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Tuesday, February 16, 2010

MALAYSIA RUMAH KEDUAKU

Malaysia mempunyai komuniti pekerja asing yang agak besar saiznya. Seperti warga Malaysia, mereka menikmati kehidupan sosial yang aktif, selesa menikmati pelbagai jenis aktiviti mewah dari jamuan makan malam istimewa hingga ke sukan layar yang yang mencabar. Malaysia mempunyai taraf kehidupan antara yang tertinggi di rantau ini di mana harga barangan mewah amat berpatutan lantas memudahkan penduduk menikmati kehidupan yang senang di sini. Keadaan ini tercapai dengan pemantauan berterusan pihak kerajaan terhadap ekonomi negara bagi memastikan kadar inflasi dan harga barangan dan perkhidmatan sentiasa pada tahap yang rendah.


Ekonomi yang stabil di Malaysia telah menggalakkan kewujudan kemudahan infrastruktur yang menyeluruh. Seluruh negara dihubungi dengan sistem pengangkutan jalan, keretapi, air dan udara moden yang terkini.

Pengangkutan awam termasuk bas, teksi, keretapi dan kapal terbang amat selesa, efisien dan agak murah harganya. Sistem penjagaan kesihatannya juga hebat dan dapat menarik ramai pelancong dari seluruh dunia.

Negara ini mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang efisien di mana perkhidmatan perubatan ditawarkan pada kos yang amat rendah. Doktor, klinik dan hospital persendirian bertaraf antarabangsa mudah didapati di seluruh negara pada kos yang berpatutan.

Bukan hanya keadaan ekonomi yang stabil, infrastruktur yang sempurna dan kemudahan mewah sahaja yang menarik minat pelancong asing datang ke Malaysia malah Malaysia juga mempunyai penduduk yang berbilang bangsa yang bebas menjalani cara kehidupan masing-masing dengan aman. Kebebasan merupakan salah satu sebab ramai pelancong asing tertarik dengan Malaysia. Pada amnya, penduduk Malaysia ramah dan mudah mesra malah mereka sentiasa terbuka untuk mempelajari hal-hal berkaitan budaya lain. Walaupun agama rasmi negara adalah Islam tetapi terdapat juga penduduk beragama Kristian, Buddha dan Hindu yang bebas beribadat di tempat-tempat ibadat masing-masing yang ada di seluruh negara.

Cuaca di Malaysia adalah sederhana panas dan selesa dengan jumlah hujan sederhana sepanjang tahun. Terdapat juga pusat peranginan dan kawasan tempat tinggal di tanah tinggi yang bercuaca nyaman di seluruh negara.

Lihat sendiri untuk mempercayainya, sebuah negara indah yang anda gelar tanah air dan program kerajaan yang ideal bagi menunaikan impian anda. Bagi negara yang dianggap tanah air sendiri, inilah masanya dan Malaysialah tempatnya.

1 comment:

Pengutus Sejahtera said...

Assalamualaikum cg, boleh bg masalah/kesan negative program Malaysia rumah keduaku ?