KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Tuesday, February 16, 2010

SAMAN: TIDAK KENAL UMUR

KANGAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun antara 100 pesalah disaman atas pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang tempoh 40 hari tahun ini.

Saman turut dikeluarkan kepada ibu bapa kanak-kanak dan remaja bawah umur terbabit kerana membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perlis, Deputi Superintendan Ishak Mamat, berkata sikap ibu bapa yang menyayangi anak secara keterlaluan hingga membenarkan anak di bawah umur menunggang motosikal boleh membahayakan pengguna jalan raya.
“Selain penunggang, kami mengeluarkan 100 saman kepada ibu bapa dan pemilik motosikal kerana membenarkan anak mereka menunggang kenderaan terbabit sepanjang tempoh Januari hingga hari ini (semalam).
“Mengikut rekod, ada kes saman membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang didapati menunggang motosikal. Kes sebegini disebabkan kecuaian ibu sendiri,” katanya ketika ditemui selepas Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di Sanglang, dekat sini, semalam.
Kempen terbabit dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Yip Sun Onn.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zulhasmi Mohamad, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Mohd Fazlee Mohd Latiff dan Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mastura Abdul Rahim.
Ishak berkata, ramai ibu bapa tidak mengendahkan amaran dikeluarkan polis trafik menerusi kempen kesedaran dan membiarkan anak mereka yang masih bawah umur menunggang motosikal di jalan raya.
“Perbuatan ibu bapa berkenaan mengundang padah dan mereka dikenakan tindakan denda sehingga RM300 mengikut seksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya Beliau berkata, sepanjang tahun ini, sebanyak 5,124 saman lalu lintas dikeluarkan pihaknya dalam tempoh 40 hari tahun ini berbanding 2,180 saman pada tempoh sama tahun lalu.
Antara kesalahan terbabit termasuk tiada lesen memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan topi keledar, langgar lampu isyarat, memotong garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Sumber: Harian Metro, 9 Februari 2010.

No comments: