KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Sunday, July 18, 2010

SUBJEK TEKNIKAL MULAI TINGKATAN 1

MARAN: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mencadangkan supaya mata pelajaran teknik dan vokasional diajar bermula Tingkatan Satu bagi meningkatkan kemahiran modal insan serta keperluan tenaga pekerja mahir negara.

Presidennya, Mohd Sabri Mohd Arshad, berkata cadangan itu sebagai persediaan mengurangkan pergantungan ke atas
tenaga kerja asing dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar. Ketika ini, pelajar hanya berpeluang belajar mata pelajaran teknik dan vokasional selepas menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Ramai lepasan Tahun Enam yang berminat mempelajari mata pelajaran teknikal dan vokasional seperti bidang automotif, pertukangan rumah dan elektronik dan elektrikal.

Mereka seharusnya diberikan peluang dengan memasuki ke sekolah aliran teknik dan vokasional lebih awal sekali gus dapat melengkapkan ilmu pengetahuan dan memantapkan kemahiran diri. Beliau berkata ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan KGMMB di Sekolah Menengah Chedong Jaya.

Beliau berkata, kerajaan wajar mengkaji untuk memberi peluang pelajar Tingkatan Satu belajar di sekolah teknik dan vokasional supaya masalah mendapatkan bekalan kerja mahir tidak timbul pada masa depan.

Kerajaan yakin inilah cara terbaik untuk membantu negara melatih tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang teknikal
dan vokasional supaya tidak bergantung sepenuh dengan tenaga buruh asing.Seorang bapa, Rahman Saari, 48, berkata, saranan mewujudkan sekolah teknik dan vokasional bermula Tingkatan Satu amat sesuai dilaksanakan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Kerajaan perlu mengambil langkah awal untuk memperlengkapkan pelajar supaya lebih berkemahiran.

Negara mempunyai masa kira-kira 10 tahun untuk mencapai Wawasan 2020 dan saranan ini sesuai dilaksanakan sebagai persediaan memenuhi permintaan tenaga kerja.

Razali Musa, 38, berkata, kerajaan perlu mencontohi negara maju yang memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional supaya tidak terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing. Kerajaan perlu membina asas yang kukuh supaya kemajuan negara dibangunkan oleh rakyat dengan tenaga pakar yang terlatih.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

No comments: