KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Friday, September 24, 2010

MAHKAMAH SIVIL DITUBUHKAN

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sivil Baru (NCvC) yang ditubuhkan dengan objektif melupuskan kes sivil dalam tempoh sembilan bulan daripada tarikh ia difailkan sekali gus menjadi mahkamah paling pantas di seluruh dunia yang mampu berbuat demikian.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berkata, tiada negara maju seperti Hong Kong, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat boleh mengatasi kemampuan NCvC melupuskan kes dengan cepat apabila ia beroperasi 1 Oktober ini.

Katanya, bagi kes sivil sedia ada yang masih tertunggak berjumlah 2352 kes sehingga Ogos lalu, akan dapat dilupuskan dalam tempoh dua tahun.
“Bagaimanapun kes tertunggak di Mahkamah Rayuan meningkat selepas kami berjaya menyelesaikan kes dengan cepat di Mahkamah Tinggi.

“Jika kes di Mahkamah Tinggi berkurangan, maka hakim Mahkamah Tinggi akan dinaikkan pangkat bagi membantu mengendalikan kes-kes yang tertunggak di Mahkamah Rayuan, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mahkamah NCvC di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.

Mahkamah NCvC yang ditempatkan di tingkat tiga kompleks mahkamah akan mengendalikan semua permohonan dan tuntutan sivil yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil Kuala Lumpur yang difailkan selepas 30 September.

Katanya, jika kes di mahkamah berjaya diselesaikan dalam masa yang cepat, ia akan membawa keuntungan kepada anak guam dan peguam itu sendiri.
Turut hadir, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

No comments: