KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Tuesday, May 3, 2011

UUM BAKAL ADA ZON BEBAS CUKAI


uum2

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di dunia mempunyai kawasan zon bebas cukai di kampus induknya di sini, sekiranya kertas cadangan untuk mewujudkannya diluluskan Kabinet.





Naib Canselornya, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata ketika ini cadangan itu dalam proses perbincangan dan sedang diperhalusi oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri.

Berkaitan lokasi, mereka sudah tentukan di mana ia (kampus bebas cukai) akan dibangunkan di kawasan yang tidak akan mengganggu kehidupan pelajar.

Katanya cuma ada beberapa aspek berkaitan perundangan dan isu-isu teknikal yang perlu diperhalusi dan kami menyasarkan kertas cadangan dapat disiapkan sebelum pengumuman bajet Oktober ini.

Status bebas cukai adalah antara empat strategi UUM dalam pelan transformasi 10 tahun untuk menjadi universiti pengurusan terkemuka dunia dan universiti penyelidikan dalam bidang Pengurusan dan Sains menjelang 2013.

Dengan keluasan 1,061 hektar dan jarak lingkaran jalan mengelilingi kampus hampir 13 kilometer, UUM mampu menyediakan kawasan dan kemudahan mencukupi untuk syarikat membuka premis perniagaan mereka di sini, katanya.
Mohamed Mustafa berkata, projek itu bukan saja membantu penduduk sekitar menjana pendapatan tambahan malah membuka peluang kepada pelajar mendekati dunia perniagaan.

Beliau yang menyasarkan projek itu dilaksanakan awal tahun depan berkata, reaksi di kalangan usahawan adalah positif dan ramai antara mereka menyuarakan minat untuk turut serta.

Sementara itu, beliau berkata, lokasi cadangan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sudah dikenal pasti di kawasan zon bebas itu yang akan menjadi sebagai perantara sempadan antara Malaysia dan Thailand sekiranya ia dilaksanakan.

No comments: