KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, August 1, 2011

NEGARA PERLUKAN 700 PAKAR GERIATRIK


sharizat

KUALA LUMPUR: Negara memerlukan kira-kira 700 pakar geriatrik bagi memastikan keperluan dan kesejahteraan warga tua terjamin berikutan Malaysia bakal menjadi negara tua dalam tempoh 20 tahun lagi.



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pada masa ini hanya terdapat 21 pakar geriatrik di seluruh negara dan ia tidak dapat menampung keperluan pada masa depan. Sehubungan itu, beliau berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan pakar geriatrik mencukupi selari dengan status Malaysia sebagai negara tua.

Bilangan warga tua di Malaysia kini mencecah 2.1 juta orang atau 7.3 peratus daripada keseluruhan penduduk. Ia akan terus meningkat kerana faktor taraf kesihatan. Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa 'Population Dynamism of Asia: Issues and Challenges Ahead' di Universiti Malaya (UM).

Persidangan selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan memahami proses demografi dan perubahan penduduk dalam konteks Asia dan menilai impak kependudukan dinamik. Shahrizat berkata, hasil dan cadangan daripada persidangan itu dan siri jelajah Dasar Keluarga Negara akan dirangka menjadi pelan tindakan strategi bagi menambah baik program kependudukan dan pembangunan pada masa depan.

Ia akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi bagi memastikan dasar sedia ada dapat ditambah baik. Mengulas mengenai penjagaan warga tua pada masa depan, Shahrizat berkata, beliau mencadangkan supaya kerajaan meningkatkan kemudahan prasarana untuk golongan itu selain memperbanyakkan pusat penjagaan harian.

Beliau berkata, kini kementerian menubuhkan 22 Pusat Jagaan Harian Warga Tua menerusi kerjasama strategik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi manfaat kepada 16,331 orang golongan itu di seluruh negara. Baru-baru ini, kajian mendapati Malaysia bakal menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila kira-kira 15 peratus daripada jumlah penduduk berusia 60 tahun ke atas.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

No comments: