KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, September 12, 2011

DR MAHATHIR CENSELOR PERTAMA UNIVERSITI PERDANA


universiti-perdana

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Canselor pertama Universiti Perdana, institusi pengajian tinggi yang dibangunkan menerusi projek kerjasama awam swasta, diusahakan oleh Unit

Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMC).

Pelantikan Dr Mahathir itu dibuat pada majlis pelancaran universiti yang dirancang menjadi hub pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan, disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bangunan MAEPS, Kompleks MARDI, Serdang.

Ketika ini Universiti Perdana memiliki Sekolah Perubatan Graduan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Universiti Perdana-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI) yang masing-masing menawarkan kursus pengajian empat dan lima tahun. Dr Mahathir berharap kerjasama dengan dua universiti terkemuka dunia itu akan mempercepatkan perkembangan Universiti Perdana sebagai hub pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Dengan kerjasama itu, sesebuah universiti akan diiktiraf oleh pihak lain dan berjaya menarik pelajar untuk mengikuti pengajian dalam bidang yang ditawarkan. Penubuhan universiti itu juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan aliran keluar pakar selain menjimatkan kos pengajian jika penuntut belajar di Amerika Syarikat atau Ireland.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

No comments: