KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, October 17, 2011

Dipetik dari sumber melayukuhebat

Assalamualaikum

Bajet 2012 baru-baru ini dikatakan oleh pelbagai pihak sebagai bajet yang julung kalinya amat memberikan faedah lebih banyak kepada masyarakat pelbagai golongan. Semua golongan berpendapat, bajet kali ini mempunyai nilai tambahnya tersendiri dalam usaha menyakinkan kepada rakyat bahawa kerajaan amat membantu rakyat.

Merujuk kepada habuan yang diterima oleh kakitangan awam, mungkin pengunjung telah acapkali menjumpai blog-blog atau forum yang membincangkan habuan ini iaitu kenaikan gaji tahunan yang skimnya telah berubah dari Skim Saraan Malaysia (SSM) kepada sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Habuan atau tingkat kenaikan gaji tahunan juga turut berubah mengikut gred perkhidmatan seperti yang diumumkan ketika sesi pembentangan bajet 2012 baru-baru ini. Berikut adalah kenaikan gaji tahunan mengikut gred perkhidmatan :

Ini adalah nilai kenaikan untuk gaji pokok setiap tahun dan tarikh kuatkuasa permulaan bayaran hanya mengikut pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Kali terakhir kenaikan gaji kakitangan awam pada tahun 2007 jika tak silap saya. Jadi, buat masa ini tak perlulah kita risau berapa nilai, bila dikeluarkan habuan tu sebab ada kira-kira 2 bulan lagi untuk merangkak ke tahun 2012. Pastinya pihak yang terlibat sedang dalam proses memastikan pengisian bajet 2012 dikemaskini atau dijalankan.
Berikut merupakan tarikh bayaran gaji untuk tahun 2011 dan hanya melibatkan pembayaran bulan 10, 11 dan 12 lagi.



Untuk pembayaran gaji tahun depan, akan dikeluarkan mengikut opsyen yang ada dalam bajet 2012 iaitu SPBA. Manakala pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan tarikh pembayaran gaji adalah JANM dan boleh disemak atau diperoleh tarikh pembayaran gaji di laman web JANM. Apa-apa info tentang pembayaran gaji khususnya boleh rujuk di JANM.

Apa-apa pun bersabarlah tentang kenaikan tu, pasti akan ada. Tahniah kepada kakitangan awam kerana mendapat habuan ini keraja jasa dan tugas yang diamanahkan. Selamat maju jaya.

No comments: