KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Tuesday, July 3, 2012

KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA


PUTRAJAYA, 2 Jun – Tan Sri Muhyiddin hari ini melancarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia, bagi membantu golongan pelajar institut pengajian tinggi menghadapi kenaikan kos harga barangan.
Timbalan perdana menteri itu berkata kad tersebut akan memberikan manfaat kepada lebih 1.5 penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kadar diskaun antara lima hingga 60 peratus.
“Menariknya kad ini adalah idea daripada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada November tahun lalu, dan dalam tempoh enam bulan ia telah dilaksanakan,” katanya dan menambah “ini satu rekod, cadangan dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.”
Jelas Muhyiddin lagi, “ini adalah bukti kerajaan mendengar suara mahasiswa dan mengiktiraf buah fikiran mereka yang dibawa secara musyawarah dan teratur.”
Terdapat lebih 51 syarikat telah bersetuju untuk memberikan diskaun melalui kad KDS1M tersebut yang mana meliputi buku, alat tulis, pakaian, makanan, barangan IT, perkhidmatan kesihatan, termasuk juga percutian.
Sebelum itu, sewaktu merasmikan mesyuarat MPPK Muhyiddin menjelaskan kerajaan serius dalam membantu golongan pelajar termasuk menyediakan peluang kerjaya selepas mereka menamatkan pengajian.
“Di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara dan pelancaran portal Career For You, kerajaan memandang serius saranan pelajar dan pemimpin mahasiswa.”
Malah, Muhyiddin juga berharap agar mahasiswa di negara ini harus bersedia menggalas amanah memelihara keamanan dan kemakmuran yang dimiliki negara hari ini.
“Elakkan daripada menyertai kegiatan yang berada di luar batas undang-undang yang boleh menjejaskan negara dan memudaratkan keselamatan diri semata-mata untuk membolehkan suara anda didengar kerajaan.
“Di Malaysia, ruang jelas terbuka untuk siapa pun bersuara dan kerajaan sentiasa terbuka menerima dan mendengar pendapat rakyat,” tambah Muhyiddin lagi.

No comments: