KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, September 24, 2012

CGPA 2.8 ADA TEMPAT DI IPT



!!!! Dengan Syarat Tak Memilih Kursus

Semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013, dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu, akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka.

"Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan majlis bersama rakyat menyambut bulan Ramadan Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, Khamis.



Perlu menunggu proses rayuan

Mohamed Khaled berkata, bagi pelajar yang mendapat CGPA bawah daripada 2.8, mereka perlu menunggu proses rayuan selesai, di mana rayuan melalui e-Rayuan akan ditutup Ahad ini.

"Kita dapati pada tahun ini pencapaian pelajar lebih baik daripada tahun-tahun dahulu. Jumlah pelajar yang mendapat CGPA 4.0 meningkat daripada tahun-tahun lalu kepada 3,800 pelajar. Oleh itu persaingan menjadi semakin sengit, walaupun syarat minimum masuk ke universiti ialah memperoleh CGPA 2.0 tetapi belum tentu ada tempat," katanya.




38,549 pelajar akan diambil ke IPTA

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pelajar yang layak memasuki IPTA tahun ini ialah 38,549 orang di mana 13,500 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan menyediakan program transformasi ekonomi bagi memastikan lepasan universiti tersebut mempunyai peluang pekerjaan dan bagi kerajaan negeri yang sealiran dengan kerajaan pusat adalah lebih mudah pembangunan dilaksanakan.

No comments: