200 PASAR TANI 'MY BEST BUY' DIWUJUD
Putrajaya: Sebanyak 200 pasar tani ‘My Best Buy’ berskala sederhana akan diwujudkan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.
|
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata antara kawasan yang menjadi tumpuan termasuk kementerian, jabatan dan kuarters kerajaan, selain Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memberi lebih kemudahan kepada penjawat awam serta golongan berpendapatan rendah.
Katanya, sehingga kini, 45 pasar tani itu yang beroperasi dua kali sebulan diwujudkan di kementerian dan kawasan perumahan, yang memberi penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus.
Kita akan luaskan lagi program ini supaya penghuni PPR di bandar dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dapat menikmati tawaran yang diberikan.
Ini adalah satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), katanya selepas merasmikan Pasar Tani@Agro, Jabatan Perdana Menteri di Blok B, JPM, di sini semalam.
Berita disunting daripada Berita Harian
No comments:
Post a Comment