KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, March 3, 2008

PERTENASEMEGA THE SAGA




PERTENA SEMEGA atau Persatuan Tingkatan Enam SMK Gadong secara rasminya ditubuhkan pada tahun 2003. Sejak itu PERTENASEMEGA telah mengukir nama SMK Gadong sebagai sekolah yang terbaik keputusan STPM dalam daerah Beaufort. Sokongan daripada pentadbiran SMK Gadong dan komitmen daripada tenaga pengajar tingkatan enam adalah resipi kepada kejayaan SMK Gadong.

Pada awal penubuhan PERTENASEMEGA telah menerima seramai 56 pelajar yang terdiri daripada pelajar SMK Gadong dan pelajar dari sekolah lain yang perpindah ke SMK Gadong. Berbagai-bagai cabaran ditempuhi di awal penubuhan PERTENASEMEGA termasuklah kedudukan sekolah yang jauh dari Pekan Beaufort. Namun begitu, kejayaan demi kejayaan dalam aspek akademik berjaya mengharumkan nama PERTENASEMEGA sekaligus nama SMK Gadong keseluruhnya. Sehingga ke hari ini ramai pelajar lepasan tingkatan enam SMK Gadong telah berjaya memasuki universiti tempatan dan mengharumkan nama SMK Gadong dengan penglibatan aktif dalam aspek kepimpinan di universiti. Motto kami "Menjana Keterbukaan Minda" diharap dapat membina modal insan yang dapat berbakti kepada anak bangsa dan negara amnya.

No comments: