KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Thursday, July 30, 2009

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

  • 1.PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  • •Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis
  • •Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
  • •Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim A. Hamid (Pakistan)


  • •Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu


  • •Merupakan sebuah dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain
  • yang wujud dalam negara
  • •Mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur.


  • •Dikanunkan tetapi boleh dipinda
  • •Memperakukan semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sbelum Hari Malaysia.

  • 2.KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

  • •perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia

  • •Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan

  • •Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan.

  • •Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah.
  • 1 comment:

    Ratu Sulaman said...

    salam....

    Cikgu fared... erm... ada dengar pasal EDUWEBTV? Portal interaktif pendidikan yang baru.

    ni URL dia, mcm2 video ada..
    http://www.eduwebtv.com/index7.php