KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Thursday, July 16, 2009

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN B

STRATEGI MENJAWAB BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B

Strategi menjawab ini diadaptasi daripada salah seorang GURU CEMERLANG Pengajian Am di Bahagian Kuching Sarawak dan strategi ini dinamakan RUMUS ICU.

Calon Tingkatan 6 atau Pra-U hendaklah seorang calon yang matang dari segi pengolahan idea dan juga huraian. Setiap idea dan huraian menunjukkan kematangan yang tinggi dan boleh membuat hubung kait diantara idea dan huraian. Oleh itu RMUS ICU diperkenalkan oleh beliau.

RUMUS ICU

I

IDEA UTAMA

Permualaan perenggan calon hendaklah menyatakan idea utama. Oleh kerana di dalam Pengajian Am jumlah perkataan sekitar 250-300 patah perkataan maka wajar pelajar menggunakan sepenuhnya jumlah perkataan.

Idea Utama hendaklah matang dan jelas. Perancangan/membuat rangka penting agar idea utama ini tidak berulang semula dalam idea-idea yang lain.

ISI LANJUTAN.

Isi lanjutan hendaklah menyokong idea utama. Ia merupakan kesinambungan idea utama. Memadai dinyatakan dalam satu ayat sahaja .

C

CONTOH

Ayat yang seterusnya pelajar dapat memberi CONTOH yang sesuai dengan idea yang dinyatakan. Contoh tersebut tidak semestinya bermula dengan perkataan contohnya…..Jika perkataan ini digunakan di setiap huraian idea akan menjejaskan penulisan pelajar. Contoh yang dinyatakan ini menjadi sokongan tambahan yang kuat dan kukuh bagi penerangan pelajar. Ini juga menunjukkan tahap pemahaman dan pengetahuan pelajar yang tinggi.

U

ULASAN

Ayat terakhir dalam perenggan huraian idea adalah pelajar dapat membuat ulasan terhadap idea dinyatakan. Ulasan ini boleh dalam bentuk cadangan, pendapat atau huraian lanjutan terhadap isu dikemukakan.

Dengan RUMUS ICU ini pelajar mampu menghasilkan karangan yang baik. Di mana dalam setiap perenggan pelajar dapat mengemukakan sekurang-kurangnya 5-6 ayat. Selain itu karangan pelajar juga akan mantap.

Contoh penggunaan RUMUS ICU.

Soalan STPM 2007 (Bahagian A-Esei Laras Sastera)

Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.

Kesan negatif – 1. Menjadi punca pelbagai masalah sosial.

Rumus

Idea/Huraian

Catatan

I

Idea Utama

Idea Lanjutan

Salah satu kesan negatif projek perumahan terbengkalai adalah menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Ramai pihak akan mengambil kesempatan jika kawasan perumahan dibiarkan terbiar.


C

Contoh

Masalah-masalah sosial seperti penagihan dadah, seks rambang dan juga jenayah kecurian akan berlaku di kawasan ini.


U

Ulasan

Akibatnya, gejala ini akan merosakkan sistem sosial masyarakat setempat jika tidak diatasi.


* Ini sebagai panduan sahaja. Kesilapan bahasa amatlah dikesali. Cikgu bukan guru bahasa tetapi cuba memberikan yang terbaik. Jika ada kesilapan bahasa sila betulkan.

No comments: