KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Thursday, July 16, 2009

TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM

BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.

PEMARKAHAN (Peringkat sekolah)

IDEA UTAMA : 4 M

HURAIAN : 12 M

BAHASA : 4.5 M

IMPAK : 4.5 M

JUMLAH 25 M

Berikut adalah tips atau panduan untuk menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B.

1. LARAS. Jawab satu soalan esei sahaja bagi setiap laras iaitu satu jawapan bagi Soalan Bahagian A (Esei laras sastera) dan satu jawapan bagi soalan bahagian B (esei laras sains).PASTIKAN ANDA MENJAWAB DENGAN LARAS YANG DIKEHENDAKI.

2. RANGKA. Pastikan menjawab soalan yang anda benar-benar yakin boleh menjawab dengan baik. Luangkan masa 3-4 minit untuk menyediakan rangka atau idea-idea utama sebelum memulakan esei. RANGKA INI SEBAGAI PANDUAN SUPAYA TIDAK BERLAKU PENGULANGAN IDEA DAN MEMUDAHKAN PERANCANGAN PENULISAN ANDA.

3. PATAH PERKATAAN. Maksimum jumlah perkataan adalah 350 patah perkataan. Latih diri anda semasa membuat latihan. Cara pengiraan mudah ialah dengan mengira jumlah perkataan purata dalam satu baris (bergantung kepada saiz penulisan) darabkan dengan jumlah baris dikehendaki bersamaan lebih kurang 350 patah perkataan.

4. PERENGGAN. Ada 6 perenggan kesemuanya. Perenggan pertama untuk pengenalan (30-40 patah perkataan sahaja). Perenggan kedua hingga perenggan kelima untuk idea dan huraian. Perenggan keenam untuk kesimpulan/penutup. (IDEA DAN HURAIAN ESEI DITERANGKAN KEMUDIAN)

5. AYAT. Tulis sekurang-kurangnya lima ayat yang sempurna dan setiap perenggan esei anda.Di mana ayat pertama untuk menyatakan idea utama manakala ayat kedua hingga kelima untuk huraian yang padat dan mantap.

6. MASA. Masa yang paling ideal untuk menjawab / menulis sebuah esei yang lengkap adalah selama 40 minit. Oleh itu mula latihkan diri anda menulis dalam ruang masa sepatutnya.

MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN

  1. Calon hendaklah memahami pernyataan diberikan secara ayat demi ayat.
  2. Mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan secara mendalam berkemungkinan ada persoalan yang tersirat/tersembunyi.
  3. Merangka esei anda.

KATA KUNCI SOALAN.

1.BINCANGKAN.

Calon perlu mengemukakan idea dengan menjelaskan isu/fakta yang diberi mengikut beberapa pendekatan berikut:

  1. PRO ATAU KONTRA/POSITIF ATAU NEGATIF
  2. PRO DAN KONTRA / POSITIF DAN NEGATIF
  3. PRO KEPADA PENYATAAN POSITIF DAN NEGATIF
  4. PRO DAN LAIN-LAIN
  5. PELBAGAI ASPEK : PUNCA/MASALAH/KESAN/FAEDAH/LANGKAH

2. SEJAUH MANAKAH

Calon mestikan nyatakan lebih idea/keterangan dengan alasan yang kukuh dan munasabah untuk menyokong idea yang dikemukan dalam soalan. Ada 3 pendekatan iaitu :

  1. PRO DAN KONTRA
  2. PRO DAN LAIN-LAIN
  3. PRO SAHAJA

3. HURAIKAN, BERI PENJEASAN/PENDAPAT, LANGKAH-LANGKAH, HURAIKAN, CADANGKAN DLL.

Calon diminta memberi penjelasan/keterangan tentang sesuatu perkara yang dikehendaki.

4. BERIKAN ULASAN

Calon diminta menyatakan pandangan, tafsiran dan keterangan yang jelas tentang isu yang dikemukakan. Calon juga boleh mengupas/membuat komentar berdasarkan soalan yang diberikan dan mengemukakan pandangan pro dan kontra jika sesuai dengan pernyataan soalan.

5. JELASKAN CIRI-CIRI PERBEZAAN/PERBANDINGAN

Calon diminta memberi kesemua ciri yang membezakan kedua-dua perkara atau membuat perbandingan.

UNTUK MAKLUMAN PELAJAR, STPM 2007 KESEMUA SOALAN BAHAGIAN A DAN B ADALAH BINCANGKAN.

BAHAGIAN C (PETIKAN)

Terbahagi kepada dua bahagian soalan iaitu Roman i dan Roman ii.

1. Roman i 2 Markah

Oleh kerana markah yang kecil, calon diminta membina SATU ayat sahaja. Jawapan hendaklah berdasarkan petikan dan telah diubahsuai untuk menyampaikan dan menyambung frasa. Satu ayat ini hendaklah menjawab soalan dengan tepat.

MENYALIN SEMULA PETIKAN (DARI AWAL HINGGA AKHIR) TIDAK AKAN DIBERI MARKAH.

2. Roman ii 8 Markah

Aspek pemarkahan:

Idea(2 idea) - 2 Markah

Huraian - 4 Markah

Bahasa - 2 markah

a. Pelajar dikehendaki mengemukakan 2 isi/idea.

b. Huraian hendaklah relevan dengan isi/idea yang dinyatakan dan hendaklah padat. BERHATI-HATI DENGAN LARAS SOALAN.

c. Buat dalam satu perenggan sahaja.

d. Jumlah perkataan hendaklah tidak lebih 50 patah perkataan.

BAHAGIAN D (MENUKAR TEKS LINEAR KEPADA BUKAN LINEAR)

Aspek Pemarkahan: (15 Markah)

Pengkelasan Angkubah(PA) 4 markah

Kesuaian Teknik (KT) 4 markah

Ketepatan Isi (KI) 4 markah

Kejelasan (KJ) 3 markah

Pengkelasan Angkubah(PA)

1. Paksi X(mendatar) dan Paksi Y (menegak) dilukis dengan betul dan tepat. Begitu juga ukuran bulatan Carta Pai, diukur dengan tepat.

2. Maklumat angkubah pada paksi mesti tepat seperti unit nilai paksi, label paksi dan unit yang digunakan (RMjuta/kg/orang/Kilowatt dll)

Kesesuaian Teknik (KT)

1. Jenis media hendaklah tepat.Kesalahan media menyebabkan pelajar gagal dalam Bahagian ini.

2. Kedudukan media(graf bar/garis/carta) hendaklah seimbang/ditengah kertas graf dan jangan terkeluar daripada kertas graf. Tajuk , Petunjuk, Skala dan Sumber ditulis dengan tepat dan betul.

3. Menggunakan warna /lorekan yang sesuai dan kemas.

Ketepatan Isi (KI)

Maklumat berikut mestilah lengkap:

1. Label Paksi X dan Paksi Y

2. Unit Paksi

3. Tajuk yang lengkap

4. Petunjuk sama ada warna, lorek atau garisan.

5. Sumber dicatatkan seperti dalam petikan.

6. Data/Maklumat jadual yang ditunjukkan melalui graf/carta

7. Skala / nisbah jejari yang tepat

8. Titik asas (0) di catat pada persilangan paksi X dan Paksi Y

Kejelasan (KJ)

Maklumat berikut mestilah KEMAS, BETUL dan JELAS

1. Tajuk Utama

2. Label paksi

3. Petunjuk

4. Skala

5. Sumber

BAHAGIAN E (MENGALIH TEKS BUKAN LINEAR KEPADA TEKS LINEAR)

Ada beberapa media yang kerap disoal dalam peperiksaan iaitu:

1. Media Statistik (jadual)

2. Media Statistik (graf / carta pai)

3. Media Carta Aliran

4. Media Gambarajah