KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, November 2, 2009

MAJLIS INOVASI NEGARA

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (josTI) akan menganjurkan Majlis Inovasi Negara yang akan diadakan pada 4 Disember 2006 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Majlis Inovasi Negara ditubuhkan dengan matlamat untuk meningkatkan persaingan negara di persada antarabangsa melalui peningkatan kapasiti inovatif.

Sempena dengan majlis tersebut, satu pameran inovasi akan diadakan bagi mempamerkan produk-produk inovasi, perkhidmatan inovasi, inovasi diperingkat sekolah dan sebagainya. Pameran terbaik akan dianugerah sebagai "Anugerah Inovasi Negara". Pameran akan bermula pada 3-4 Disember di Hall Tun Razak, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Pelancaran logo Majlis Inovasi Negara dan Pelancaran Program Brain Gain Malaysia juga akan diadakan bersama-sama dengan penyampaian "Anugerah Inovasi Negara".

Pelancaran akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 4 Disember jam 5.00 petang.