KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Tuesday, March 2, 2010

MyID

Satu Nombor Semua Urusan

1. MyID merupakan inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan. MyID juga adalah manifestasi sistem penyampaian yang berkesan dan memudahkan warganegara Malaysia berurusan dengan agensi kerajaan.
2. MyID sangat penting kerana dengan hanya menggunakan satu nombor membolehkan seseorang warganegara berurusan secara individu dengan pelbagai agensi kerajaan . Nombor MyKad adalah dokumen pengenalan diri bagi seseorang warganegara Malaysia. Hanya nombor MyKad digunakan apabila berurusan.
3. MyKad mengandungi maklumat asas seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, lesen memandu dan kewarganegaraan. Ia juga boleh digunakan sebagai prasaran kekunci awam, merekod maklumat kesihatan serta sebagai e-tunai.
4. Semua agensi kerajaan dikehendaki melaksanakan MyID sebagai nombor rujukan tunggal dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, agensi kerajaan perlu mengambil tindakan segera melaksanakan inisiatif MyID bagi semua perkhidmatan.
5. Pelaksanaan MyID adalah khusus untuk individu warganegara Malaysia sahaja. Walau bagaimanapun jika membabitkan warga asing sebagai individu, maka agensi boleh menggunakan nombor pengenalan diri individu terbabit sebagai nombor rujukan seperti nombor pasport.

6. Bagi pelaksanaan MylD berjaya dilaksanakan, agensi-agensi Kerajaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan warganegara sebagai individu :
a. Memastikan kakitangan agensi meminta hanya nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila Warganegara Malaysia berurusan di kaunter atau melalui telefon;
b. Memastikan hanya nombor MyKad yang perlu diisi oleh Warganegara Malaysia dan bukan nombor rujukan lain dalam borang yang disediakan agensi;
c. Menjadikan nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila Warganegara Malaysia akses atau menjalankan carian dalam perkhidmatan online agensi;
d. Memastikan dokumen yang dikeluarkan untuk individu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan; dan
e. Mengkaji dan memastikan proses kerja dan sistem ICT agensi secara menyeluruh menyokong pelaksanaan MylD.
7. Kerajaan perlu memastikan soal keselamatan data dan kerahsiaan peribadi yang terkandung di dalam cip elektronik itu benar-benar dilindungi kerana maklumat peribadi seseorang di kategorikan sulit.
8. Kerajaan perlu mewujudkan mekanisme semakan peringkat kedua bagi pengesahan identiti pengguna sebelum sesuatu semakan/permohonan mengakses maklumat sulit dibenarkan. Dengan cara ini ia mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap sistem MyID. Sekiranya terdapat daripada maklumat terbabit mungkin memerlukan bentuk tapisan dan sebagainya, agensi berkenaan boleh mengenakan peraturan-peraturan tambahan.
9. Cip pada MyKad boleh membantu kerajaan mengenal pasti sama ada rakyat layak atau sebaliknya terutama dalam pemberian subsidi. Contohnya, apabila pengguna membeli minyak petrol, dengan hanya mengakses MyKad di stesen minyak dan harga yang perlu dibayar akan dipamerkan termasuk jumlah subsidi yang diterima.
10. Pendedahan kepada front-liners perlu diberikan terutama yang bertugas di kaunter dan yang bertanggungjawab menjawab panggilan telefon dengan memberitahu kepada pemanggil/pelawat mengenai inisiatif MyID.
11. Kerajaan berharap inisiatif MyID ini merupakan satu transformasi peningkatan prestasi penyampaian perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh.
12. Sekiranya terdapat perubahan atau penambahbaikan perkhidmatan yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan sila maklumkan perkara ini kepada MAMPU. Keterangan perkhidmatan perlu jelas dan mudah difahami oleh warganegara.
13. Pelaksanaan nombor MyKad sebagai MyID akan dipantau secara berterusan dan khidmat nasihat akan diberi oleh MAMPU kepada agensi kerajaan yang memerlukan.

Sumber: www.mampu.gov.my

No comments: