KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Wednesday, March 24, 2010

NBI-INTERAKTIF GAYA HIDUP HSBB

PELANCARAN perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) generasi masa depan Telekom Malaysia Bhd (TM) pada Rabu minggu depan, akan turut menampilkan produk serta pameran interaktif gaya hidup HSBB

kepada orang awam. TM dalam kenyataan semalam, berkata pelancaran HSBB dijadual disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Katanya, lokasi pelancaran dibuka kepada orang ramai bermula jam 7 malam hingga 10.30 malam pelancaran, manakala pameran HSBB dan pameran interaktif terus dibuka kepada umum dari jam 8 malam hingga 10 malam, 25 Mac ini.

Selain pameran, pelbagai hiburan dan aktiviti seperti permainan dan peraduan, cabutan bertuah dan konsert terbuka artis terkenal menampilkan Bunkface, Aizat, Pop Shuvit, Faizal Tahir, Tomok dan Stacy akan diadakan.

Pada majlis pelancaran itu, Perdana Menteri akan turut melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) dan akan memaparkan siaran lintas langsung ke Sarawak, sambil TM melancarkan jenama baru untuk perkhidmatan HSBB.

Penawaran runcit HSBB itu merangkumi tiga perkhidmatan serangkai iaitu perkhidmatan suara, video (IPTV dan Video-on-Demand) dan Internet berkelajuan tinggi yang menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses dari 10Mbps ke atas.

Projek HSBB bernilai RM11.3 bilion yang dimeterai pada September 2008 adalah usaha sama antara TM dan kerajaan Malaysia untuk membangunkan infrastruktur serta perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.

TM membelanjakan RM8.9 bilion manakala kerajaan menyumbang RM2.4 bilion menerusi kaedah tuntutan berdasarkan perkembangan projek yang dicapai oleh TM.

Berita ini disunting dari Berita Harian

No comments: