KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, March 8, 2010

SEKTOR SWASTA DAN KORPORAT DIGALAK BERI BIASISWA

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa lebih banyak syarikat swasta dan korporat menyediakan program biasiswa bagi meringankan beban kerajaan membiayai pelajar


daripada golongan kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, walaupun kerajaan menyediakan banyak peruntukan untuk menaja pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran, jumlah pelajar yang memerlukan bantuan masih tinggi terutama daripada golongan kurang berkemampuan. Langkah Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menaja seramai 200 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran di Kolej YPC amat dialu-alukan dan ia patut menjadi contoh kepada syarikat swasta serta korporat yang mempunyai dana untuk melaksanakan program sama.

Ia kerana walaupun kerajaan menaja ramai pelajar cemerlang setiap tahun, peruntukan itu masih tidak mencukupi berikutan masih ramai pelajar terutama daripada golongan miskin dan kurang berkemampuan memerlukan bantuan untuk menyambung pelajaran mereka.

Hadir sama, kedua-dua timbalan menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Puad Zarkashi; Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej YPC, Dr Noel Robert.

Sementara itu, Syed Ali berkata, pelajar yang berminat boleh memohon mulai bulan ini dan penilaian akan dibuat jawatankuasa khas sebelum mereka memulakan pengajian di Kolej YPC mulai April ini.

Pelajar yang menerima biasiswa ini akan mengikuti program Kursus Asas Perniagaan dan Teknologi Maklumat selama setahun di Kolej YPC sebelum menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda selama tiga tahun di kolej itu dengan kerjasama Universiti Liverpool John Moores, United Kingdom. Bagaimanapun, pembiayaan ini hanya selama setahun iaitu sebanyak RM5,000 dan selepas itu, Kolej YPC akan membantu mereka mendapatkan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Berita Disunting Dari Sumber: Berita Harian

No comments: