KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, March 8, 2010

PENSTRUKTURAN SEMULA PENGURUSAN SUKAN

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian penderaan kanak-kanak yang terus berlaku menunjukkan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat negara ini masih rapuh.


Perdana Menteri sedih apabila melihat laporan media massa mengenai cerita menyayat hati kes penderaan kanak-kanak sehingga ada yang meninggal dunia. Ini bermakna dalam masyarakat, institusi kekeluargaan masih rapuh dan masih tiada rasa sayang kepada anak kandung,.

Program berkenaan disiarkan oleh TV3 malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar dan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib.

Najib berkata, nilai murni perlu dipupuk ketika negara semakin maju dan membangun supaya wujud masyarakat yang seimbang.

Pada masa sama, Najib mahu kanak-kanak negara ini diberi perspektif yang luas selaras fenomena globalisasi masa kini kerana manusia berada dalam perlumbaan.

Najib juga berkata, kerajaan menghormati hak kanak-kanak di negara ini dengan berusaha menyediakan pelbagai kemudahan, terutama dalam bidang pendidikan untuk mereka.

Malah, beliau berkata, zaman kanak-kanak adalah waktu yang baik untuk memupuk semangat perpaduan selaras konsep 1Malaysia.

Pada majlis itu, Najib turut ditemubual empat kanak-kanak, iaitu Nicholas Tan Hao Yu, 8; Muhammad Arief Nussenie Aman Shah, 10; Natasha Franco Rende, 10; dan M Thivahshini, 11; dari Sekolah Sri Cempaka Damansara untuk siaran televisyen.

Setiap seorang bertanyakan satu soalan kepada Najib mengenai pelbagai isu seperti Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhagen, Denmark pada Disember lalu, program Permata Negara dan hak kanak-kanak.


Berita Disunting Dari Sumber: Berita Harian

No comments: