KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, May 17, 2010

MANFAATKAN INSENTIF KEWANGAN ISLAM

PESERTA kewangan Islam tempatan tidak harus leka dengan kedudukan Malaysia sebagai antara pusat kewangan Islam utama dunia.

sehingga terlupa memanfaatkan pelbagai insentif disediakan Bank Negara Malaysia bagi memajukan itu.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohd Razif Abd Kadir, berkata ketika ini semakin banyak peserta kewangan Islam antarabangsa yang sudah bertapak di Malaysia susulan pelbagai insentif disediakan bank pusat kepada peserta kewangan Islam.

Persidangan meja bulat bertemakan ‘Malaysia Sebagai Hab bagi Kewangan Islam – Menangani Cabaran, Meningkatkan Kekuatan’ itu dipengerusikan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa.

Ahli panel lain perbincangan itu ialah Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) yang juga Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Presiden dan Ketua Eksekutif Pusat Antarabangsa bagi Pendidikan Islam Antarabangsa (Inceif), Datuk Agil Natt; Ketua Hal Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah bagi Kewangan Islam (Isra), Profesor Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Eksekutif Affin Islamic, Kamarul Ariffin Mohd Jamil.

Mengulas perkara sama, Kamarul, satu-satunya peserta industri kewangan pada perbincangan itu berkata, segala-galanya sudah tersedia dan hanya menunggu untuk dimanfaatkan oleh peserta kewangan Islam tempatan.

Agil pula berkata, apa yang penting sekarang adalah, peserta kewangan Islam perlu menjadi lebih inovatif dan kreatif dalam menawarkan perkhidmatan mereka.

Berita ini disunting dari Berita Harian

No comments: