KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, May 17, 2010

CEGAH TEKNIK PROSES DADAH DI INTERNET

KUALA LUMPUR: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) mencadangkan satu rang undang-undang digubal bagi memerangi isu kebanjiran laman web untuk mempelajari teknik memproses dadah.




Setiausaha Agung Pemadam, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata pelbagai teknologi memproses dadah boleh diakses di internet tanpa tapisan pihak berwajib. Katanya, ia memburukkan masalah penyalahgunaan dadah di negara ini.




Menurutnya, ia membimbangkan dan harus dibendung. Inilah cabaran yang perlu dihadapi Pemadam, kemajuan teknologi yang memburukkan lagi masalah dadah.


Beliau berharap orang ramai tahu membezakan perkara yang baik dan buruk, katanya, semalam. Kamilia berkata, Pemadam sentiasa mempergiatkan aktiviti memberi pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai.

Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

No comments: