KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, February 7, 2011

BUMIPUTERA DISARAN REBUT PELUANG TERHADAP SKIM JAMINAN MODAL KERJ

KUALA LUMPUR : Biarpun pelbagai usaha dan kemudahan disediakan kerajaan untuk membantu usahawan tempatan bumiputera, sambutan yang diterima kurang menggalakkan.

Ini dapat dilihat dalam penyertaan mereka terhadap Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK), sebuah program yang memudahkan usahawan tempatan mendapat pinjaman daripada institusi-institusi kewangan kerana sebahagian daripada pinjaman tersebut dijamin oleh kerajaan Malaysia.

Selepas 22 hari dilancarkan, hanya 18 permohonan bernilai RM7.89 juta diterima daripada usahawan bumiputera untuk SJMK berbanding 312 (bernilai RM175 juta) daripada kaum lain.

SJMK telah dilancarkan pada 2 Januari lalu oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang diberikan mandat oleh kerajaan untuk menguruskan skim tersebut.

SJMK mula diperkenalkan dalam pakej rangsangan kedua ekonomi pada tahun 2009 di mana kerajaan memperuntukkan RM7 bilion dalam bentuk jaminan bagi mengalakkan pihak institusi-institusi kewangan terus memberi pinjaman kepada usahawan PKS semasa keadaan ekonomi yang tidak stabil pada ketika itu.

Di bawah SJMK, sebahagian besar risiko pinjaman terhadap usahawan PKS, ditanggung oleh pihak kerajaan. Justeru itu, pihak institusi-institusi kewangan akan lebih bersedia untuk memberi pinjaman kepada usahawan-usahawan.

SJMK telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dimana peruntukan RM7 billion telah habis diguna pakai selepas enam bulan dilancarkan.

Berdasarkan sambutan menggalakkan daripada usahawan-usahawan tempatan,kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.0 billion sebagai n tambahan kepada SJMK dibawah program Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Menurut Pegawai Utama SJPP, Fazlur Rahman Ebrahim, SJMK yang diperkenalkan kerajaan menerusi programRMK-10 itu sepatutnya menjadi rebutan para usahawan tempatan termasuk bumiputera.

Ini kerana, jaminan yang diberikan oleh kerajaan itu bakal memudahkan usahawan untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan bagi menambah modal kerja mereka.

Malah, pihak institusi-institusi kewangan sudah tidak boleh berdalih lagi untuk enggan meluluskan pinjaman kepada usahawan yang layak dan berdaya saing kerana sebahagian besar risiko pinjaman ditanggung oleh pihak kerajaan.

Fazlur berkata, peruntukan sebanyak RM1.5 bilion ini haruslah dimanfaat sepenuhnya oleh usahawan bumiputera. Melalui inisiatif kerajaan seperti ini, para usahawan terutama bumiputera yang berdaya saing tidak lagi akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi-institusi kewangan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, semua syarikat dengan dana pemegang saham tidak lebih RM10 juta adalah layak memohon skim ini Fazlur berkata, usahawan yang layak mendapatkan kemudahan pembiayaan ini boleh merujuk kepada mana-mana institusi kewangan yang menyertai SJMK ini.

Sejumlah 44 institusi kewangan yang terdiri daripada bank komersial, bank Islam dan institusi pembangunan kewangan di negara ini telah pun menyertai skim ini.

Menurut Fazlur, pihak kerajaan akan memberi jaminan sebanyak 70 peratus kepada pinjaman bernilai RM50,000 sehingga RM2 juta manakala bagi pinjaman lebih RM2 juta hanya 50 peratus jaminan diberikan.

Tempoh pembiayaan di bawah skim ini adalah selama lima tahun atau tidak melebihi 31 Disember 2015.

Skim ini akan berakhir pada 31 Disember 2011 ataupun sehingga peruntukan yang disediakan habis digunakan, berdasarkan yang mana lebih dahulu.

Katanya lagi, bagi mempromosikan skim ini kepada usahawan bumiputera, SJPP akan mengadakan perjumpaan dengan dewan-dewan perniagaan Melayu di seluruh negara.

Para usahawan yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut melalui laman web SJPP di www.sjpp.com.my. Laman web berkenaan turut memberikan maklumat terkini berkenaan jumlah permohonan yang diluluskan oleh pihak SJPP.

1 comment:

Salsabilla Zulfikar said...

Halo, nama saya adalah SALSABILLA ZULFKAR yang mengutuk hukuman di tangan pemiutang palsu. Saya kehilangan sekitar Rp. 30,000,000 kerana saya memerlukan modal besar Rp. 300,000,000 ,. Saya hampir mati, saya tidak mempunyai tempat untuk pergi. Perdagangan saya telah musnah, dan dalam proses saya kehilangan anak dan ibu saya. Saya tidak boleh tahan lagi kejadian ini. Minggu lalu saya berjumpa seorang sahabat lama yang menjemput saya kepada seorang ibu yang baik, Cik KARINA ROLAND LOAN COMPANY, yang akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman sebesar Rp.500,000,000,00

Ibu yang baik, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerima terima kasih saya, dan semoga Allah terus memberkati ibu yang baik KARINA ROLAND dan rakan saya. Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberikan nasihat kepada orang Indonesia yang lain, terdapat banyak penipu di sana, jadi jika anda memerlukan pinjaman dan keamanan dan siapa saja yang memerlukan pinjaman harus cepat, hubungi KARINA ROLAND melalui email karinarolandloancompany@gmail.com
Anda masih boleh menghubungi nombor whatsApp ibu +1 (585) 708- 3478
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel: (salsabillazulfikar4@gmail.com). untuk maklumat lanjut.