KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Monday, February 7, 2011

PELAKSANAAN MODEL EKONOMI BARU (MBE) MULA MENAMPAKKAN KESAN POSITIF

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) mula menampakkan kesan positif sehingga Malaysia kini kembali menjadi perhatian dunia sebagai destinasi perniagaan, pelaburan dan perdagangan utama.




Bekas Menteri Sumber Manusia yang juga Pengerusi Institut Analisis Strategik dan Kajian Dasar (INSAP), Tan Sri Dr Fong Chan Onn, berkata dasar baru kerajaan itu sudah mula menampakkan hasil meskipun lebih banyak langkah yang perlu diambil seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pemansuhan sistem permit import (AP), memperbaiki perundangan buruh termasuk memperkenalkan had gaji minimum serta menggubah semula Indeks Harga Pengguna (CPI). “Semua perubahan ini penting dan jika tidak berubah dengan sokongan semua pihak, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara Asia lain seperti Vietnam, Kemboja dan India,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia Ke-13 2011 anjuran Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di Kuala Lumpur, semalam.

Malaysia baru-baru ini dikenal pasti sebagai negara yang mencatat peningkatan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi di Asia dari segi peratusan pada tahun lalu dengan kenaikan 409.7 peratus kepada AS$7 bilion (RM21.35 bilion) berbanding AS$1.4 bilion (RM4.25 bilion) pada 2009.

Laporan Pemantauan Arah Aliran Pelaburan Global UNCTAD 2010 dikeluarkan pada 17 Januari lalu menyebut, peningkatan dicatat Malaysia itu juga antara paling memberangsangkan di kalangan 153 negara dalam kajiannya.

Sementara itu, Tan Sri Dr Fong Chan Onn berkata, jika sebelum ini Singapura berupaya muncul sebagai pusat kewangan dunia, Malaysia juga perlu mempunyai pengkhususannya tersendiri seperti pusat kepada sektor minyak dan gas serta elektronik.

“Elektronik adalah sektor penting di negara ini dan kita mempunyai asas kukuh serta kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di sini.

“Bagaimanapun, kegagalan mengikuti kehendak industri kini yang beralih kepada teknologi lebih maju seperti telefon pintar menyebabkan banyak pelabur beralih ke China.

“Oleh itu, bagi mengelak ketinggalan lagi selepas ini, kita kini perlu memberi tumpuan kepada gelombang berikutnya seperti tenaga solar dan teknologi hijau untuk menarik pelaburan ke sini,” katanya.

Disunting daripada Berita Harian

No comments: