KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Thursday, March 31, 2011

GTP MODENKAN PENGANGKUTAN AWAM


pengangkutan-awam2

Kementerian Pengangkutan komited untuk mentransformasi sistem pengangkutan awam kepada bertaraf dunia terutama di Lembah Klang di bawah GTP.


Dalam Laporan Tahunan GTP 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, penyempurnaan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan menjadi salah satu antara langkah untuk mengurangkan kesesakan di pusat bandar di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Pengangkutan Awam Bandar.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, terminal bernilai RM570 juta ini dilengkapi kemudahan canggih dan dibuka pada awam Januari lalu apabila perkhidmatan bas ekspres ke arah selatan yang sebelum ini beroperasi di Puduraya dipindahkan ke terminal tersebut.

Beliau berkata, walaupun menghadapi kesukaran pada awalnya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan agensi berkaitan bekerjasama dengan pihak berkenaan bagi memastikan semua operator bas berpindah ke terminal baru itu 1 Mac lalu.

Kong berkata, kejayaan lain yang dicapai ialah pengenalan lima perkhidmatan Bus Expressway Transit (BET) dengan tujuan utamanya untuk mengurangkan perjalanan dengan penggunaan lebuh raya yang tidak digunakan sepenuhnya.

BET 1 - Kota Damansara-Pasar Seni. BET 2 - Bandar Baru Sungai Long-Pasar Seni. BET 3 - Subang Mewah-Pasar Seni. BET 4 - Taman Seri Muda-Pasar Seni. Semua Bet ini dikendalikan RapidKL. BET 5 - Rawang-Pasar Seni pula dikendalikan oleh Setara Jaya.

Beliau juga berkata, tahun lalu, tambahan 2.4 juta pengguna menggunakan LRT yang sehingga kini 22 set tren yang mempunyai empat gerabak bagi satu tren telah beroperasi. Ia menunjukkan pertambahan 6.8 peratus dalam penggunaan harian dan pertambahan 31.6 peratus di waktu puncak tahun lalu.

Di bawah inisiatif NKRA, 634 hentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya dan Kajang dinaik taraf sepanjang 2010.

Menurut Kong Cho , selebih 166 lagi hentian bas daripada sasaran 800 tahun lalu siap bersama tambahan 440 hentian yang dinaik taraf.

Disunting Daripada Berita Harian

No comments: