KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Sunday, April 3, 2011

ASEAN+CHINA

Forum Antarabangsa Pemudahan Perdagangan ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea (10+3) yang berlangsung selama empat hari dirasmikan di bandar Ma'anshan, provinsi Anhui China semalam. Para peserta yang turut hadir dalam forum itu menyatakan bahawa kita perlu berusaha untuk menggalakkan perdagangan yang bebas dan mudah di rantau Asia Timur. Namun, kawasan perdagangan bebas Asia Timur masih menghadapi banyak cabaran.

Ada pakar Malaysia menyatakan bahawa hubungan ekonomi antara ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea semakin rapat pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan negara-negara di rantau ini pula semakin mengutamakan perbincangan dan penandatanganan perjanjian perdagangan bebas dua hala atau pelbagai hala. Kita perlu menubuhkan sebuah kawasan perdagangan bebas serantau yang lebih luas, dan mempergiat kerjasama dan interaksi serantau.

Menurut Penolong Menteri Perdagangan China, Yu Jianhua, kita telah meletakkan asas yang baik bagi menubuhkan kawasan perdagangan bebas Asia Timur. Proses integrasi ekonomi sudah mencapai kemajuan yang besar.

Seorang ahli ekonomi dari Republik Korea menyatakan bahawa penubuhan kawasan perdagangan bebas Asia Timur masih menghadapi banyak cabaran. Sebagai contohnya, perbezaan tahap pembangunan di rantau ini, faedah yang dapat diperoleh oleh sesetengah negara tidak jelas dan sebagainya.

Menurut satu kaji selidik selama lima tahun yang dijalankan oleh pakar dari negara-negara ASEAN dan China, Jepun dan Republik Korea, Kawasan Perdagangan Bebas Asia Timur akan meningkatkan 1.2% KDNK keseluruhan di negara-negara serantau. Rundingan mengenai penubuhan kawasan perdagangan bebas ini perlu segera digerakkan kerana ia akan memainkan peranan yang penting bagi menggalakan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi global.

No comments: