KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Thursday, July 14, 2011

500,000 MOHON KERJA MELALUI ONLINE SPA


mahasiswaIPOH: Kira-kira 500,000 mengemukakan permohonan secara dalam talian atau online kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi mengisi jawatan perkhidmatan awam dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengerusi SPA, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri, berkata permohonan terbanyak diterima untuk perkhidmatan
separa perubatan membabitkan jawatan seperti jururawat, pembantu perubatan dan farmasi iaitu sebanyak 260,000
permohonan. “Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan awal tahun ini, lebih kurang 260,000
pemohon telah memohon jawatan dalam perkhidmatan separa perubatan yang hanya memerlukan kelulusan pada peringkat SPM,” katanya. Selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA Perak di sini semalam, Jamaluddin berkata penggunaan permohonan secara dalam talian semakin popular terutama di kalangan generasi muda yang lebih selesa menggunakan komputer dalam sebarang urusan.

Dalam masa sama, katanya, permohonan dalam talian adalah percuma berbanding penggunaan borang yang dikenakan
bayaran RM5 setiap permohonan sebelum ini.
Beliau berkatapemohon akan diberitahu mengenai penerimaan borang yang dihantar dalam tempoh tiga hari dengan setiap permohonan itu sah laku untuk tempoh setahun dan boleh diperbaharui setiap tahun.

Beliau mengulas tahun lalu SPA menerima kira-kira 1.5 juta permohonan untuk mengisi pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam dengan 194,975 pemohon memiliki ijazah, diploma (316,323 orang) dan pemegang sijil, SPM serta Penilaian Menengah Rendah (PMR) seramai 1.01 juta orang berbanding 996,791 pemohon pada 2008 membabitkan 166,504 pemegang ijazah, diploma (226,174) dan 604,113 lulusan sijil, SPM dan PMR. Beliau berkata, tahun lalu SPA telah mengambil 50,756 pemohon untuk mengisi kekosongan dalam perkhidmatan awam membabitkan 8,524 pemegang ijazah, 13,304 pemegang diploma serta 28,928 lulusan SPM berbanding 52,369 orang yang diambil pada 2008.

Jamaluddin turut berkata, kumpulan pertama kakitangan perkhidmatan awam yang bersara pada usia 58 tahun bermula
Julai ini dan SPA menjangka banyak kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan. Beliau bagaimanapun tidak dapat menganggarkan bilangan sebenar mereka yang bersara tetapi yakin sasaran SPA untuk
mengambil sekurang-kurangnya 50,000 orang mengisi pelbagai jawatan kosong dalam perkhidmatan awam tahun ini akan tercapai.

Terdahulu, dalam ucapannya, Jamaluddin berkata pembukaan pusat temu duga yang pertama di negeri ini dibuat
berdasarkan bilangan pemohon yang ramai selepas pembukaan pejabat serupa di Kota Bharu pada 2008 dan Kuantan
tahun lalu dengan perangkaan menunjukkan seramai 10,281 penduduk Perak dilantik dalam perkhidmatan awam sepanjang tahun lalu.

Katanya, SPA merancang membuka pusat temu duga di beberapa tempat lagi seperti Alor Setar, Seremban, Johor Bahru,
Miri, Sibu, Tawau dan Sandakan bagi memberi keselesaan bukan saja kepada calon tempatan yang menghadiri
temu duga bahkan kepada Ahli SPA setelah mengambil kira keperluan logistik yang perlu disediakan di sepanjang
urusan temu duga itu dijalankan.

Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

No comments: