KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Thursday, July 14, 2011

KEMUDAHAN TRANSIT TANPA VISA 4 NEGARA


visa


PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi semula kemudahan transit tanpa visa kepada warga India, Sri Lanka, Pakistan dan Bangladesh mulai 1 Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemudahan itu diberikan kerana kerajaan mendapati ia boleh memberi faedah kepada sektor pelancongan negara membabitkan penumpang dari negara berkenaan yang transit di sini sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi lain. Antara 8,000 hingga 10,000 warga negara berkenaan disasarkan transit di negara ini pada tahun ini. “Dulu kemudahan ini pernah diadakan, tetapi ditarik balik tapi apabila kita bincang (ia diberi semula) kerana dari segi pelancongan kita dapati ia ada juga faedah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai pelancongan di sini, semalam.

Muhyiddin berkata, Kementerian Dalam Negeri mencadangkan supaya diwujudkan satu kriteria khas untuk melayakkan
transit tanpa visa bagi mengawal penyalahgunaannya.

Antaranya kita berbincang dengan semua syarikat penerbangan yang transit di Malaysia (mengenai) beberapa perkara
yang diputuskan untuk dipatuhi (dan) jika ia dipersetujui, penumpang yang transit dari empat negara itu boleh dibenarkan masuk dengan pemberian transit tanpa visa.

Mengenai jumlah kedatangan pelancong, Muhyiddin berkata, sebanyak 7.6 juta pelancong memasuki negara ini bagi tempoh Januari hingga April lalu, berbanding 7.3 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Pada masa sama, kedudukan Malaysia dalam Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) meningkat kepada kedudukan kesembilan tahun lalu berbanding tempat ke-11 pada 2008 dari segi negara yang sering dilawati pelancong.

Beliau berkata, dari segi pendapatan pelancongan, sebanyak RM12.9 bilion dicatatkan antara Januari hingga Mac
tahun ini, berbanding RM12 bilion pada 2008. Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat semalam turut meluluskan satu lagi sektor pelancongan baru diwujudkan, iaitu pelancongan taman dalam usaha menarik lebih ramai pelancong melawat taman di negara ini.

Ini ialah produk baru dan minta kementerian berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan cara
menambah baik taman di Malaysia (untuk tarikan pelancong).

Beliau berkata, promosi juga akan dijalankan di negara Asia Barat bagi memastikan pelancong negara itu terus mengunjungi negara ini khususnya pada Ramadan akan datang, yang mana musim panas di sana.

Pada masa sama, Muhyiddin juga mengumumkan kerajaan membenarkan warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang sebelum ini dikhususkan kepada warga asing yang memenuhi syarat. Beliau berkata, perincian mengenai perkara berkenaan akan diumumkan kemudian.


Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

No comments: