KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Thursday, July 14, 2011

SPR, JPN KONGSI MAKLUMAT PENGUNDI


spr-jpn2
PUTRAJAYA: Sistem biometrik yang akan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pengundian membabitkan perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
dan Jabatan Imigresen dalam aspek pemadanan cap jari sebelum seseorang dibenarkan mengundi.
Menerusi perkongsian itu, identiti setiap pemegang Mykad yang mahu mengundi akan diperiksa menggunakan maklumat bersama itu dari segi data peribadi dan data biometrik lain, biasanya cap jari.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata JPN kini mempunyai semua data warga negara yang layak mengundi, manakala imigresen mempunyai data biometrik individu yang keluar masuk ke negara ini bagi membanteras jenayah antarabangsa dan kemasukan pendatang tanpa izin.
SPR akan menggunakan kaedah pengesahan biometrik sebelum memberi kertas undi kepada pengundi. Langkah pertama, identiti pengundi akan disahkan berdasarkan MyKad . Selepas itu, pemilik MyKad perlu meletakkan ibu jari tangan pada mesin pengimbas dan maklumat yang tertera harus sama dengan maklumat pada MyKad.
Menurut Abdul Aziz, mereka akan menyemak sama ada nama pengundi itu tersenarai dalam daftar pengundi kawasan berkenaan dan sekiranya semua maklumat ini disahkan, barulah kita benarkan seseorang mengundi.
Beliau mengulas cadangan SPR sebelum ini yang mahu menggunakan sistem biometrik bagi pengundian pada pilihan raya umum akan datang yang diyakini dapat menyelesaikan pelbagai isu termasuk dakwaan sesetengah pihak kononnya ada pengundi yang mengundi dua kali.
SPR juga sebelum ini berkata nama setiap pengundi yang diberi kertas undi akan ditandakan dalam pangkalan data sekali gus menghalang kemungkinan pengundian dua kali.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah sama diguna imigresen dan JPN untuk mengesahkan identiti pemegang MyKad serta maklumat peribadi individu sebelum dibenar mengundi menerusi cap jari.
Beliau berkata, SPR yakin kaedah itu akan dapat menyelesaikan isu pengundi hantu yang kerap dibangkitkan pembangkang selain memastikan proses pengundian bebas daripada sebarang penipuan atau penyelewengan.
Katanya, SPR hanya perlu mewujudkan pautan antara pangkalan data daftar pengundi dengan pangkalan data JPN dan imigresen bagi menyemak serta mengesahkan butiran peribadi setiap pengundi sebelum mengeluarkan kertas undi.
Malah, kata Abdul Aziz, wakil parti politik atau ejen calon yang bertanding akan dibenarkan berada di pusat mengundi bagi memantau keseluruhan proses itu.
Disunting Daripada Berita Harian

No comments: