KAJI INSENTIF TAMBAH ZURIAT
Putrajaya: Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memberi insentif kepada mereka yang melahirkan anak seperti yang diamalkan beberapa negara termasuk Singapura, bagi meningkatkan bilangan penduduk muda. |
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata ia berikutan penurunan kadar kesuburan yang ketara iaitu nisbah 2.1 anak bagi setiap pasangan pada tahun 2012 berbanding tiga anak pada tahun 2000.
Katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2014, pemberian insentif ini dilihat sebagai pendorong kepada pasangan untuk menambah zuriat dan secara tidak langsung, memastikan negara tidak ketandusan golongan muda yang menjadi tunjang pembangunan negara pada masa depan.
EPU tunggu laporan
Justeru, kerajaan mengkaji cadangan pemberian insentif ini dan pada masa sama, Unit Perancang Ekonomi (EPU) turut menunggu laporan berhubung perkara ini. Persidangan itu diadakan sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia yang disambut pada 11 Julai setiap tahun.
Berita disunting daripada sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment