KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Wednesday, July 15, 2009

DASAR TENAGA NEGARA

Terdapat 3 objektif utama Dasar Tenaga Negara yang memainkan peranan penting sebagai panduan kepada pembangunan sektor tenaga pada masa hadapan. Objektif-objektif Dasar Tenaga Negara adalah seperti berikut:

Objektif Bekalan

  • Untuk mempastikan penyediaan bekalan tenaga yang mencukupi, selamat dan kos efektif melalui pembangunan sumber-sumber tenaga asli yang tidak boleh diperbaharu mahupun yang boleh diperbaharu, menggunakan pilihan-pilihan kos yang paling rendah dan kepelbagaian sumber-sumber bekalan dari dalam dan luar negara.

Objektif Penggunaan

  • Untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap dan mengurangkan pembaziran serta corak penggunaan tenaga yang tidak produktif; dan

Objektif Alam Sekitar

  • Untuk meminimumkan kesan-kesan negatif pengeluaran, pengangkutan, penukaran dan penggunaan tenaga kepada alam sekitar.

No comments: