KLIK SINI

PENGUMUMAN

ASSALAMUALAIKUM,
KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG CIKGU. BAHAN-BAHAN BAGI PENGAJIAN AM MODULAR, PENGAJIAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 TELAH CIKGU SELIAKAN DALAM BLOG KHAS. SILA KLIK PADA BLOG KHAS PENGAJIAN AM. SEKIAN, TERIMA KASIH

Wednesday, July 15, 2009

SEMBILAN KERANGKA DASAR AUTOMOTIF NEGARA

Intipati rangka kerja Dasar Automotif Negara yang dinanti-nantikan diumumkan petang tadi .

Sembilan rangka kerja utama itu akan menjadi tulang belakang dasar tersebut yang akan diiumumkan dalam satu hingga tiga bulan lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan menyatakan, di bawah dasar itu Lesen Import (AP) akan dilupuskan dalam jangka panjang;.

Syarikat senaraian awam kawalan Bumiputera kini boleh memohon AP secara terus. Syarikat-syarikat ini akan dikecualikan daripada menenuhi syarat pegangan ekuiti Bumiputera tidak kurang daripada 70 peratus bagi AP francais;

Intipati itu juga memberi kelonggaran kepada pPemegang francais eksklusif seperti DRB-Hicom dan Sime Darby, yang merupakan pemegang francais jualan eksklusif untuk jenama kenderaan tertentu untuk mengimport kenderaan secara langsung tanpa perlu menggunakan pengimport perantaraan.

Kerajaan juga akan menghentikan pengeluaran AP francais bagi pengimportan kereta yang telah menjalani penalaan ("tuned up") mulai 1 Jan, 2006.

Pemegang AP francais bagi kenderaan "tuned-up" tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan perniagaan dalam bidang ini selepas 1 Jan, 2006;

Mankala pemegang AP terbuka boleh mengimport kenderaan "tuned-up" dengan menggunakan kuota AP terbuka mereka, tertakluk kepada pemeriksaan Jabatan Pengangkutan jalan.

Kerajaan akan menghadkan pengimportan kenderaan terpakai melalui AP terbuka kepada kenderaan yang berusia satu hingga lima tahun sahaja. Kenderaan terpakai yang berusia kurang daripada satu tahun tidak boleh diimport. Pengimportan seumpama ini pada masa lalu telah mendorong penyelewengan;

Selain itu lima kawasan iaitu Gurun di Kedah, Bertam dan Seberang Perai di Pulau Pinang, Pekan di Pahang, Tanjung Malim di Perak, Shah Alam dan Rawang di Selangor ditetapkan sebagai pusat pengeluaran bagi sektor automotif negara.

Dasar Automotif Nasional akan diumumkan dalam tempoh satu hingga tiga bulan lagi, tertakluk kepada kajian yang sedang dijalankan sekarang.

No comments: